Ekmal Yusof
Sat | Apr 19, 08 | 10:47:07 am MYT
KUALA KANGSAR, 19 April (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin dikurniakan Pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan dekat sini hari ini.
Beliau adalah di antara 46 orang kenamaan yang menerima Bintang Darjah Kebesaran Negeri Perak pada hari ini oleh Paduka Seri Sultan Azlan Shah sempena Sambutan Perayaan Keputeraan Baginda yang ke-80 tahun.
Senarai pertama penerima adalah Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato' Abdul Hamid Mohammad dengan Darjah Seri Paduka Curah Si Manja Kini (SPCM) dan dikuti Ketua Polis Negara Tan Seri Musa Hassan dengan Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS).
Juga tidak ketinggalan Exco Kanan Perak, Ngen Koo Ham menerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) dengan membawa gelaran Dato'.
Malam tadi, Paduka Seri Sultan telah berkenan berangkat ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar untuk menyaksikan permainan bunga api di dataran Tebing Kg. Sayong berhadapan Bandar tersebut. - mns
Sebanyak 1,003 Kes Kebakaran Terbuka Direkodkan Di Pahang Bagi Tempoh 1 Jan
Hingga 31 Ogos Tahun Ini, Luas 2,721.88 Hektar
-
*KUANTAN: *Sebanyak 1,003 kes kebakaran terbuka direkodkan di Pahang bagi
tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos tahun ini melibatkan kawasan seluas kira-kira
2,721...
22 hours ago
No comments:
Post a Comment