LIVE DARI PARLIMEN

TERKINI

Showing posts with label tun mahathir. Show all posts
Showing posts with label tun mahathir. Show all posts

apa kata Iraman Hj Karim tentang CHE DET

Salam Tun,
Bukannya macam tu seharusnya apa yang Tun perkatakan.
Tun harus panggil pemimpin utama dalam UMNO berbahas dengan mereka apa yang harus dibuat agar masalah kebencian masyarakat Malaysia terhadap UMNO dapat dikikis.

2. Ini seolah Tun marahkan nyamuk, kelambu Tun bakar. Marah kepada Pak Lah dan KJ, UMNO yang menerima akibatnya. Sama seperti satu ketika dulu apabila Tun dinyahkan drp UMNO oleh Tengku Abd. Rahman Putra Al-Haj, Tun berceramah di Flatform PAS.

3. Mengenai dengan perbuatan KJ, sepatutnya Tun mengurangkan taring suara Tun kerana perkara sedemikian banyak dilakukan sama oleh anak-anak dan ipar duai Tun ketika Tun menjadi PM dulu. Tun sendiri banyak diperkatakan seperti MAHAFIRUN oleh segelintir Blogger's yang sekarang ini ramai diantaranya memuji Tun dengan hebat sekali. Apakah jikalau Tun masih memegang jawatan PM, blogger's tersebut akan memuji Tun atau sebaliknya meneruskan anggapan Tun seperti MAHAFIRUN itu?

4. Tun memegang PM selama 22 tahun sedangkan Pak Lah baru je 5 tahun. Dalam tempuh yang lama, tentulah Tun mempunyai banyak waktu dan kaedah untuk mengembalikan maruah tercemar. Begitu banyak perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat semasa Tun menjadi PM dulu. Tun tentu sedar.

5. Bukan maksud saya untuk menghina Yang Berbahagia Tun, tetapi sekadar merayu agar cukup-cukuplah tu menghina Pak Lah. Tak kemana, bulan Mac 2009 Pak Lah akan berundur sepenuhnya. Saya sangat berharap, jika Pak Najib tidak menurut "perintah Tun", ketika itu nanti, janganlah pula Pak Najib menjadi lanyakkan Tun pula. Mereka mempunyai cara dan methodologi tersendiri untuk memerintah negara. Tentunya tidak sama dengan cara dan kaedah Tun. Mungkin antaranya mereka takut mendapat gelaran Mahafiraun.

6. Kenapa Tun sesenangnya menghina UMNO? Apakah perjuangan melayu sudah selesai? Kalau ia bagai dikata oleh sesetengah penulis blog, yang berkata itu semua taktik Tun untuk memprovokasi masyarakat melayu supaya sentiasa sedar kepada perjuangan bangsa, agama dan negara, kenakah dengan cara begini. Saya merasakan cara Tun ini akan melemahkan semangat pejuang-pejuang bangsa. Kerana Tun adalah seorang yang sangat berpengaruh. Mereka akan menganggap kata-kata Tun sesuatu yang benar dan mereka akan mengikut maksud lurus dari kata-kata Tun. Jika Tun kata UMNO akan hancur, maka kepada mereka kata-kata tersebut betul dan akibatnya bertempiaranlah mereka lari ke PKR maupun PAS. Sebabnya adalah Tun kata UMNO akan hancur.

"(Tetapi) itupun BN tidak berani, mengapa takut sangat," TUN MAHATHIR

Dr M: Muhyiddin mampu tewaskan Najib
Muda Mohd Noor | Jul 15, 08 12:12pm

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menewaskan Datuk Seri Najib Tun Razak jika beliau bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti yang akan datang.

Beliau berkata, Najib tidak akan dapat menjadi perdana menteri kerana beliau seorang pemimpin yang lemah dan tidak ada pendirian tetap.

muhyiddin yassin and najib and umnoNajib adalah timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno. Beliau menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti yang lalu.

Sebaliknya, Dr Mahathir meramalkan Muhyiddin lebih mudah diterima oleh ahli-ahli Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mereka yang tidak menyokong presiden parti sekarang.

"Orang-orang ini yang menentukan siapa yang menang dalam pilihanraya, berbanding dalam pemilihan Umno kerana (ia) boleh dimanipulasi dngan pemberian wang ringgit dan pemberian lain,"katanya.

"Saya rasa Tan Sri Muhyiddin patut diberi peluang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di ibunegara pagi ini.

"Saya tidak kata saya menyokong Tan Sri Muhyiddin, tetapi saya menyokong sesiapa sahaja kerana saya bukan lagi ahli Umno.

Perlu pencalonan

"Jika Tan Sri Muhyiddin melawan Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddn akan menang, Najib akan kalah...," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, jika muhuiddin menang timbalan presiden Umno, beliau sepatutnya dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Katanya, semasa Tun Musa Hitam meletak jawatan, beliau memberi jawatan timbalan perdana menteri kepada Tun ghafar Baba, setelah beliau menang dalam pertandingan umno.

Muhyiddin merupakan naib presiden Umno yang terkanan dari segi lama memegang jawatan tersebut. Seorang lagi ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Manakala kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dibatalkan selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang.

Untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden, Muhyiddin perlu mendapatkan 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 bahagian Umno yang akan mula bermesyuarat pada 9 Oktober depan.

Usul tidak percaya

Pada 10 Julai lalu,Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.

Beliau juga mengumumkan akan bertanding mempertahankan jawatan presiden parti dalam pemilihan Umno pada 16 Disember depan.

Ketika ditanya mengenai usul tidak percaya Pakatan Rakyat terhadap kerajaan Abdullah, Dr Mahathir berkata, ia patut benarkan kerana BN tahu parti lawan tidak cukup wakil rakyat.

"(Tetapi) itupun BN tidak berani, mengapa takut sangat," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kemasukan parti kaum India, selain MIC ke dalam BN, tidak berjaya kerana presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menentang kemasukan mereka.

Beliau berkata, dalam BN kemasukan parti baru adalah mustahil jika tidak mendapat persetujuan penuh dari komponennnya.

"Samy Vellu menentang parti kaum India lain masuk BN kerana dia hendak menjadi wakil kepada kaum India," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir pula cadang tubuh suruhanjaya


“Royal Commissions” itulah tajuk tulisan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya chedet.com. Tulisannya berkisar mengenai Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes rakam video Datuk V.K. Linggam yang dikaitkan dengan pengaturan perlantikan hakim.

Hasil inkuiri yang dijalankan oleh suruhanjaya berkenaan, nama Dr. Mahathir telah disebut dan membawa kepada kemungkinan beliau akan disiasat pihak berkuasa. Paling tidak itulah laporan yang memetik arahan kabinet supaya nama-nama mereka yang disebut dalam laporan suruhanjaya disiasat.

Berdasarkan tulisan beliau, jelas Dr. Mahathir menyifatkan penubuhan suruhanjaya itu memang bertujuan hendak ‘mengenakan’ atau mengheretnya ke mahakamah atau memalukan beliau.

Jika tidak pun katanya, anggota suruhanjaya telah diarahkan untuk ‘mengenakan beliau’.

Dalam tulisan terbarunya, beliau menggunakan hujah serta rujukan-rujukan tertentu dalam laporan suruhanjaya video Linggam sebagai sindiran dalam tulisannya.

Berdasarkan cara Dr. Mahathir, baik pertuturan mahupun tulisannya ia penuh dengan sindiran, beliau dalam tulisannya mencadangkan penubuhan suruhanjaya bagi menyiasat pihak-pihak lain yang paling tidak tambahnya, boleh menyebabkan wujudnya kecurigaan terhadap kewibawaan seseorang itu.

Sebagai permulaan, beliau mencadangkan suruhanjaya bagi menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, suruhanjaya yang pertama boleh melakukan siasatan ke atas laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengaitkan Abdullah semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dengan program Dana Untuk Makanan Iraq.

“Beliau juga berdasarkan rekod menyalahgunakan kedudukannya apabila melobi pihak berkuasa Iraq untuk kepentingan ipar perempuannya,” sambil menambah Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri dilarang daripada berniaga.

Sedangkan menurut tulisannya, surat sokongan Abdullah untuk ipar perempuannya jelas satu perbuatan melobi. (Melobi adalah antara perkara yang berbangkit dalam inkuiri video Linggam – perbuatan melobi untuk melantik hakim).

Suruhanjaya berikutnya, kata Dr. Mahathir boleh menyiasat mengenai penggabungan ECM Libra dan sebuah syarikat milik kerajaan Avenue Assets yang melibatkan kepentingan menantu Perdana Menteri dan kroninya, Kalimullah.

Selain itu, Dr. Mahathir terus dengan sindiriannya agar diwujudkan satu lagi suruhanjaya bagi menyiasat penggunaan lima peratus wang ehsan yang kemungkinan berlakunya amalan rasuah.

Dengan itu tulisnya, suruhanjaya boleh melakukan siasatan atas dasar kemungkinan berlakunya rasuah yang membabitkan Perdana Menteri, Menteri Besar Terengganu dan menantunya, Khairy Jamaluddin. (apa yang ditegaskan oleh Dr. Mahathir ialah kemungkinan kerana dalam laporan suruhanjaya Linggam disebut kemungkinan adalah ketara mengenai penglibatannya).

Di akhir tulisannya, Dr. Mahathir dengan sindiran tajamnya menulis, setelah suruhanjaya berkenaan menyelesaikan tugasnya, bolehlah ditubuh satu lagi suruhanjaya menyiasat kemungkinan wujudnya penyalahgunaan kuasa kerajaan sekarang dan kerajaan-kerajaan sebelum ini. – 3/6/2008

apa kata rakyat tentang TUN MAHATHIR

Sekarang ni kita yang berdepan keadaan bahaya. Bahaya dari segu untuk mempertahankan maruah Malaysia itu sendiri daripada tergadai. Pemerintah walaupon secara kulitnya sanggup mempertahankan maruh Malaysia tapi amat diragui.

Maruah Malaysia? Peristiwa kehilangan Batu Putih adalah melibatkan maruah Malaysia sebenarnya. Perkara yang berlaku ada baik dan buruknya. Amat sedih bila kita terlepas Batu Putih dengan hanya disebabkan oleh sekeping surat, yang mana walaupun atas peta Batu Putih adalah hak kita sebenarnya. Sama la kes dengan tuntutan penjagaan anak yang diserahkan pada orang lain untuk menjaganya. Anak itu sendiri pun tak nak tinggal bersama ibu bapa sebenarnya. Apa puncanya? Ibu bapa sudah tidak mahu menjalankan amanah Allah yang diberikan kepadanya... oleh itu terima la balasan dari Allah.

Walau sedih dengan kes Batu Putih, kita perlu mengambilnya sebagai teladan dan anggaplah ianya adalah warning dari Allah SWT untuk rakyat Malaysia amnya dan orang Melayu khususnya. Ni Allah baru tarik hak kita terhadap Batu Putih. Dalam kes dalaman Malaysia sekarang ni pulak, kalau kita menjalankan tanggungjawab kita pada kali ni, agak-agak kita apa hak kita yang akan kita hilang?

Hangpa jangan ingat Yahudi tu zalim. Memang dia menzalimi rakyat Palestin. Dulu orang-orang Arab yang kaya yang ada banyak tanah, jual pada Yahudi. Yahudi beli secara yang sah tanah-tanah orang Arab untuk buat rumah. Dia panggil Yahudi serata dunia supaya menetap di Isreal. Adakah Yahudi menzalimi bangsa dia sendiri tak?

Tapi mungkin Melayu sanggup menzalimi bangsa dia sendiri demi tamakkan kuasa. Kalau tak percaya... kita tengok la keadaan sekeliling kita. So sapa yang paling jahat, Yahudi ke Melayu??? Fikir la sendiri. Kalau kita tidak bertindak sekarang, terima sumpah seranah anak cucu cicit kita nanti.

To all Malaysian ....take action now!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

apa kata rakyat tentang TUN MAHATHIR

Tun :
Waktu pemerintahan Tun Demokrasi Tun adalah demokrasi ala Mahathir, zaman pemerintahaan Adullah Badawi mempunyai demokrasi ala Paklah... masing masing mempunyai kekejaman dan kelebihannya tersndiri. Memang tidak menafikan sejak PRU12, nampaknya Tun semakin hari semakin naik ganas, asyik menghentam kiri kanan, kritikan Tun membawa perpechaan kaum Melayu, Tun sendiri melemparkan cat perkauman dan menanam semangat anti pembangkang.
adakah ini cara ahli politick yang berjuang untuk negara???

Apa yang mengkagumkansaya, Tun sudi keluar dari UMNO, tetapi kenapa tidak sudi keluar jawatan dari Petronas, Proton... banyak lagi jawatan.... kesemua ini duit rakyat. kalaulah saya jadi tun , saya rasa dosa terhadap bangsa dan negara.

"Duri dalam daging"

Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.

Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.

Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.

TERKINI!! MOKHZANI KELUAR UMNO

Sekalipun Datuk Mukhriz Mahathir nak kekal dalam UMNO untuk perjuangkan pendiriannya dari dalam…Datuk Mokhzani pula hari ini umum keluar parti menyertai tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad.Abang kepada Mukhriz itu ialah bekas Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.Mokhzani buat pengumuman nak keluar parti itu menerusi satu surat yang difaks ke pejabat UMNO Bahagian Merbok,Kedah dimana beliau jadi ahli- 21/5/2008

Mukhriz kekal bersama UMNO tapi tetap mahu Pak Lah berundur

TERBARU: Sah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir akan terus kekal bersama UMNO dan tidak ikut jejak bapanya yang keluar parti. Bercakap pada sidang media khas di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 5.50 petang, Mukhriz memberitahu, walaupun kekal bersama UMNO beliau akan menjadi suara yang lantang menegur kepincangan kepimpinan parti. "Dengan ini saya mendesak sekeras-kerasnya agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional dengan segera," katanya. Beliau memberikan tempoh sehingga sebelum mesyuarat UMNO Cawangan bermula Julai depan untuk Abdullah meletakkan jawatan dan jika ia tidak berlaku, beliau tidak teragak-agak mengubah pendirianya yang terus kekal dalam UMNO. Menjawab satu soalan, beliau berkata, keputusannya hari ini tidak dibincangkan dengan ayahnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah berlepas ke Tokyo bagi menghadiri satu persidangan. Turut hadir pada sidang media beliau ialah tiga orang Exco Pemuda UMNO Malaysia dan beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian daripada seluruh negara. Mukhriz juga mendakwa, daripada maklum balas yang diterimanya ramai ahli-ahli UMNO yang menyokong tindakan Dr Mahathir dan ada yang ingin mengambil tindakan sama keluar UMNO.

Tindakan Mahathir bukti Umno tidak layak dipercayai

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tue | May 20, 08 | 6:18:14 am MYT

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini.

PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.

PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Presiden PAS

Pengumuman Keluar Dari UMNO

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.


Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

Kenyataan Media Presiden PAS berkaitan Tun Mahathir

Oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Tindakan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan keluar dari Umno hari ini merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti. PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya. PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan samada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik
2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk
3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua
4. Proses prubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini. PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang. PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Presiden PAS

Dr M keluar Umno: "Saya orang paling gembira di dunia"

Oleh Bernama
Isnin, 19 Mei 2008

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau orang paling gembira di dunia dengan keputusan itu kerana ini memberi perangsang kepada PAS memperkukuhkan pengaruh politiknya.

Pemimpin parti pembangkang tidak menjangka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan keluar Umno berkuatkuasa hari ini tetapi menyambut baik keputusan itu.

Ada di antara mereka yang berpendapat tindakan itu akan membawa satu senario baru dalam politik Umno selain memberi faedah kepada parti pembangkang.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau orang paling gembira di dunia dengan keputusan itu kerana ini memberi perangsang kepada PAS memperkukuhkan pengaruh politiknya. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menghormati Dr Mahathir sebagai tokoh pemimpin yang terkenal di seluruh dunia dengan mempunyai pemikiran yang tajam dalam membawa kemajuan negara.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan mengenang jasa Dr Mahathir berhubung isu Palestin dengan menuduh rejim Zionis sebagai punca dunia Arab berpecah belah.

PAS sentiasa memberi ruang kepada Dr Mahathir untuk menyertai parti itu kerana ketokohannya dan kebijaksanaannya akan memberi kelebihan pada PAS, katanya ketika mengulas tindakan Dr Mahathir keluar Umno berkuatkuasa serta merta.

Di PULAU PINANG, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan Dr Mahathir untuk keluar daripada Umno akan menjadi gempa bumi politik amat besar yang melanda parti itu selepas tsunami politik pada 8 Mac.

Dalam satu kenyataan, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata persaingan dalaman ini adalah sebahagian daripada pergelutan kuasa yang hebat oleh pihak berkepentingan dalam lingkungan Umno.

Yang telah keluar Umno setakat in

*
Tan Sri Sanusi Junid
*
Tun Dr Mahathir Mohamad

Oleh Mstar
Isnin, 19 Mei 2008

VETERAN Umno Tan Sri Sanusi Junid turut mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno.

"Saya akan buat kenyataan lengkap saya sendiri nanti. Buat masa ini, cukuplah kalau saya katakan saya juga sudah keluar Umno," katanya kepada mStar.

Sanusi yang merupakan antara pengikut setia Dr Mahathir dan bekas setiausaha agung Umno ketika krisis parti 1988 enggan memberikan ulasan lanjut.

TUN MAHATHIR KELUAR UMNO!!!!

Tun Dr Mahathir Mohamad telah umum keluar dari UMNO.Bekas Perdana Menteri itu membuat pengumuman itu di majlis anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Star.Sebelum itu semasa majlis dailog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya beliau mencadangkan Ketua-ketua UMNO cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.Katanya ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan UMNO Disember ini Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.Beliau terus membuat pengumuman keluar parti bila salah seorang hadirin mencabarnya buat pengumuman itu.Menjawab soalan para wartawan dalam sidang akhbar lepas majlis itu Dr Mahathir beritahu beliau akan hantar surat rasmi keluar UMNO kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat.Katanya beliau akan masuk balik UMNO sekiranya Abdullah letak jawatan.Dr Mahathir bagaimanapun tidak meminta para ahli UMNO yang nak ikut tindakannya itu masuk parti lain.Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dalam reaksi segera kepada tindakan Dr Mahathir nak keluar UMNO meminta Perdana Menteri segera duduk dan berbincang dengan bekas Perdana Menteri itu.Beliau menilai tindakan keluar parti itu tidak wajar dan boleh mengugat kestabilan parti.Beliau juga mendesak semua para pemimpin UMNO khususnya para ahli Majlis Tertinggi bertindak segera menyelesaikan kemelut terbaru ini.Katanya mereka tidak boleh lagi diam dalam soal ini.Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang menghubungi Agendadaily petang ini merayu kepada Dr Mahathir menarik balik tarik balik tindakan keluar UMNO.Katanya tindakan itu lebih banyak merugikan dari menguntungkan.Katanya beliau akan mengetuai satu rombongan Badan Perhubungan UMNO Perlis untuk bertemu segera dengan Dr Mahathir.Serentak dengan itu beliau juga menyeru seluruh pimpinan UMNO gembeling usaha segera selesai kemelut ini.Katanya mereka tidak patut tunggu arahan Pak Lah dalam soal ini. “ Adakalanya kita semuanya nak tunggu arahan Pak Lah…dalam soal ini semua kena bertindak serta merta.Katanya Dr Mahathir sebagai pejuang nombor satu UMNO tidak harus berbuat demikian. “Kalau nak kira kecewa saya sendiri pun kecewa tetapi tidak bertindak begitu…lagipun masalah Dr Mahathir hanya dengan Presiden parti bukan dengan seluruh ahli UMNO...maka ia harus diselesaikan dengan baik,”katanya. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin pula meminta para ahli UMNO bertenang dalam menghadapi kemelut Dr Mahathir bertindak keluar parti.Beliau berpendapat tindakan ini tidak akan selesai masalah."Kita masuk UMNO ini bukan kerana Pak Lah atau Dr Mahathir,"katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika dihubungi Agendadaily untuk mengulas hal itu.Beliau harap para ahli UMNO tidak akan sertai langkah Dr Mahathir itu.Menurutnya mereka harus berpegang kepada asas penyertaan mereka dalam parti.

19/5/2008

TERKINI: TUN MAHATHIR KELUAR UMNO!!!!

ALOR STAR, 19 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta.

Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini Isnin.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya.

Dr Mahathir sedia didakwa di mahkamah

TERBARU: Tun Dr. Mahathir Mohamad hari Sabtu mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menyiasatnya ekoran laporan inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai video V.K. Lingam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau sedia untuk didakwa di mahkamah kerana kesempatan itu akan digunakannya untuk membela diri di samping mendedahkan hal-hal lain yang termasuk para hakim yang melobinya.

Beliau juga sedia menerima sebarang keputusan dan redha jika didapati bersalah di mahkamah daripada 'dibicarakan' dengan cara-cara lain.

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, jangan pula selepas kerajaan membuat keputusan siasatan dibuat tetapi akhirnya didapati tiada kes pula.

Ini kerana katanya, akan ada pula tuduhan beliau melobi agar tidak didakwa di mahkamah. Dr. Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan seorang peserta pada forum mengenai pilihan raya umum ke-12 di Johor Bharu.

Menjawab soalan mengenainya dalam sidang akhbar kemudian Dr Mahathir tidak melihat sebnagai satu kesalahan sesiapa saja melobi untuk tujuan apa sekalipun.

Katanya semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu macam-macam orang datang melobi untuk berbagai tujuan.Ini,katanya kerana akhirnya beliau membuat keputusan sendiri berasaskan pertimbangannya sendiri.

Katanya kalau melobi satu kesalahan maka ramailah orang yang akan kena tangkap.

Diminta mengulas lanjut mengenai kenyataanya bahawa ada juga para hakim yang melobi,bekas Perdana Menteri itu kata hal itu akan diceritakan di mahkamah kelak.-17/5/2008

Laporan Suruhanjaya Pita Lingam - Anwar jawab Mahathir


Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | May 12, 08 | 6:42:32 pm MYT

PETALING JAYA, 12 Mei (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menjawab tuduhan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ke atas dirinya berhubung isu klip video VK Lingam.

ImageKatanya ketika insiden dan rakaman itu dibuat, beliau masih berada di penjara Sungai Buloh.

"Saya maafkan Mahathir sebab dia terlupa saya masih di penjara Sungai Buloh pada tahun 2001," katanya sinis, dalam satu sidang media di Petaling Jaya sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Mahathir bahawa klip video itu dibuat untuk tujuan peras ugut.

Dr Mahathir juga dilaporkan berkata bahawa setiapkali seseorang itu membuat rakaman rahsia, niatnya ialah untuk mengugut dan beliau bimbang 'kerajaan telah menjadikan percubaan memeras ugut itu, berjaya'.

Anwar dibebaskan pada September 2004 ketika Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri manakala Isu klip video 'Linggam' muncul pada 2002 tetapi menimbulkan kontroversi di Malaysia pada tahun 2007.

Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka, Dato' V.K. Linggam dan seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002.

Sebelum itu dalam kenyataannya Anwar menggesa kerajaan mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam skandal kehakiman seperti dirumus oleh suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam.

Image"Perdana menteri Dato' Seri Abdullah Badawi berhasrat melaksanakan reformasi badan kehakiman, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dalam dilaksanakan.

"Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidakadilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu di bawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut," katanya.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar petang tadi:

Kami mengalu-alukan penyerahan Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai video klip Lingam kepada Yang Di-Pertuan Agong dan meminta laporan itu segara didedahkan kepada umum.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat melaksana reformasi badan kehakiman, seperti mana yang beliau umumkan sebelum ini, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dapat dilaksanakan.

ImageKami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidak adilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu dibawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut.

Amat mendesak sekali untuk kerajaan mengambil tindakan wajar mengembalikan keyakinan terhadap badan kehakiman serta memastikan agar penyiasatan dan pendakwaan salah laku jenayah oleh Jabatan Peguam Negara yang bebas dari gangguan pemerintah.

Ini pastinya melibatkan beberapa percanggahan dan kaedah yang dipertikai yang sewajarnya dipatuhi oleh pihak berwajib dalam penyiasatan kes yang melibatkan pimpinan kanan kerajaan termasuk kes-kes yang tercela seperti pembunuhan dan yang melibatkan dana yang besar.

Rakyat Malaysia prihatin tentang permasalahan tersebut dan justeru itu tidak harus diremehkan oleh pemeritnhn sekarang. Sebarang tindakan yang dianggap tidak bersungguh-sungguh bagi memulihkan kewibawaan badan kehakiman pasti nya tidak akan berhasil.

ANWAR IBRAHIM - mr

Kos tanggung tiga penasihat PM cecah RM 1.2 juta

Azamin Amin
Fri | May 09, 08 | 9:35:42 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi dibidas kerana membelanjakan jumlah peruntukan yang besar sebanyak RM1,134,401.40 setahun untuk menanggung tiga penasihat beliau.

Tiga penasihat ialah Penasihat Petronas Tun Dr. Mahathir Mohamad;Penasihat Agama Islam Tan Sri Abdul Hamid Othman dan Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosial Dato� Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam jawapan bertulis Abdullah kepada soalan lisan Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (KeADILan- Kulim Bandar Baharu) menyatakan bahawa peruntukan seperti gaji, emolumen, elaun dan kos untuk penasihat Petronas itu berjumlah RM15,000-00 sebulan.

Ini tidak termasuk kemudahan yang disediakan seperti kos kakitangan, pejabat, logistik dan lain-lain yang tidak diberikan jumlahnya.

Manakala peruntukan untuk Penasihat Agama Islam pula ialah RM27,163.00 sebulan dan RM18,643.25 untuk gaji serta elaun kakitangan.

Bagi Shahrizat selaku Penasihat Wanita, beliau dibayar RM33,727.20 sebulan dan tidak termasuk gaji dan elaun kakitangan yang masih dalam proses kelulusan JPA.

"Ini adalah satu jumlah yang besar untuk menanggung tiga orang Penasihat yang tiada sebarang fungsi ataupun fungsi yang bertindih (duplicate).

"Sedangkan Abdullah sudah punya Lembaga Pengarah Petronas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Agama Dato' Dr. Zahid Hamidi dan Menteri Pembangunan Wanita & Sosial Dato' Ng Yen Yen untuk menasihati beliau dalam hal-hal berkaitan," kata Zulkifli dalam blognya.

Katanya perkara ini merupakan satu penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat sedangkan pemimpin sentiasa mendengar rintihan rakyat miskin samada yang disuarakan dalam Parlimen atau diluar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tambah Zulkifli lagi wang rakyat berjumlah RM1.2 juta itu boleh menanggung seorang anggota polis selama 12,371 bulan atau 1,030 tahun (pada kadar gaji RM900.00 sebulan) manakala dengan peruntukan penasihat itu boleh membina 36 biji rumah untuk rakyat miskin pada kadar RM25,000.00 sebuah rumah.

"Mengapakah perlu wang rakyat sebanyak ini dibazirkan kepada 'dinasour' Umno, pupusan Wanita Umno dan golongan pencen Umno?

"Kita berdoa semoga rakyat tidak kira apa bangsa dan agama akan celik mata melihat sandiwara keangkuhan dan kesombongan rejim Umno dan BN ini," katanya yang juga seorang peguam.

Kumpulan 11 muncul…dakwa Dr Mahathir penyebab UMNO haram

Bunyi nama kumpulan mereka seperti penyamun dan penyangak.Dalam sejarah UMNO ‘Kumpulan 11’ tercatat sebagai perosak yang akhirnya telah menyebabkan mahkamah membuat keputusan parti itu haram 20 tahun yang lampau.

Generasi muda hari ini mungkin tidak kenal wajah-wajah 11 orang ahli UMNO itu yang mempertikaikan kesahihan Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987 yang menyaksikan pertandingan antara Team A Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Team B Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam pertandingan bersejarah pada 24 April 1987 itu Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh dengan majoriti cuma 43 undi.

Segalanya bermula bila kumpulan yang asalnya dianggotai oleh 12 orang itu merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat kerana mendakwa ada beberapa kes dimana ada mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian tidak sah .

Selepas ia tidak dilaya baru mereka membawanya ke mahkamah.

Jika mesyuarat cawangan dan bahagian itu tidak sah maka dengan sendirinya perwakilan mereka yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO itu juga tidak sah.

Ini yang akhirnya membawa kepada Hakim Harun Hashim memutuskan UMNO haram.

Pagi Sabtu salah seorang anggota Kumpulan 11 itu,Rahim Abdul Rahman ( baju merah) mengadakan satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menuntut agar diperbetulkan fakta sejarah tentang fiasco pengharaman UMNO itu.

Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar ini tidak mahu lagi kumpulan itu terus menerus dipandang sebagai ‘ budak jahat’.

Rahim tampil ke depan setelah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan kesungguhan beliau untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara.

Khamis malam Perdana Menteri menghadiri jamuan makan malam Majlis Peguam yang turut dihadiri oleh bekas Ketua Hakm Negara Tun Salleh Abas dan tiga lagi bekas hakim yang dipecat dari jawatan mereka oleh sebuah tribunal hakim 20 tahun lampau atas alasan melakukan salahlaku kehakiman.

Pemecatan Salleh dan lima lagi hakim dikaitkan dengan keputusan mahkamah mengharamkan UMNO ekoran pemilihan jawatan Presiden UMNO antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun1987.

Rahim yang kata beliau mewakili rakan-rakan lain dalam kumpulan itu ( ada yang sudah meninggal dunia) mendakwa bahawa UMNO haram kerana tindak tanduk Dr Mahathir yang tidak mahu melihat UMNO pulih sebab bimbang pemilihan UMNO perlu diadakan semula waktu itu.

Katanya tindakan mereka membawa kes mesyuarat cawangan dan bahagian yang tidak sah itu semata-mata bertujuan agar Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula dan bukan hendak melihat UMNO haram.

Dakwa Rahim semasa mereka merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO masa itu Tan Sri Sanusi Junid bersikap tidak demokratik tidak melayan dan menjawabnya dengan betul.

“Sebelum ini tidak seorang pun berani mempertikaikan tingkah laku Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid yang dengan sewenang-wenangnya mentabir parti mengikut acuan dan citarasa mereka,”katanya.

Beliau mendakwa Dr Mahathir tidak mahu Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula kerana tidak yakin keputusan akan menyebelahi beliau jika pemilihan diadakan semula.

Dakwannya sebab itu bekas Perdana Menteri itu lebih suka melihat UMNO haram.

“Di situlah bermulanya episod The Grand Design of Mahathir ,”dakwa Rahim yang turut melibatkan pemecatan para hakim itu.

Katanya beliau sedia disaman oleh Dr Mahathir dan berdepan dengannya di mahkamah kerana membuat dakwaan ini.

Beliau juga kesal dengan cara bekas Perdana Menteri itu membangkitkan banyak isu berhubung dengan kepimpinan Abdullah iaitu orang yang beliau tunjuk mengantikannya.

“Soalnya apakah beliau merupakan the saints yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa ?Soalnya apakah beliau lupa bahawa banyak kesalahan dan dosa beliau terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat masih belum tertebus?

“Pada hemat saya beliau sengaja melemparkan kritikan-kritikan pedas serta memperkecilkan YAB Perdana Menteri kerana tergugat oleh ketelusan YAB Perdana Menteri serta didorong oleh rasa takut bahawa kesalahan-kesalahan beliau akan terdedah satu demi satu,” dakwa Rahim.- 19/4/2008