himpunan berita-berita terkini tentang PAKATAN RAKYAT -PAS, PKR, DAN DAP yang kebanyakkannya tidak disiarkan dalam akhbar dan media elektonik arus perdana
LIVE DARI PARLIMEN
TERKINI
-
Anak Pahang Khususnya Perantau Di Lembah Klang Dipelawa Kongsi Pandangan, Cadangan Dan Idea Baharu Bersama Kerajaan Negeri - *KUANTAN*: Anak Pahang khususnya perantau di Lembah Klang dialu-alukan untuk berkongsi pandangan, cadangan dan idea baharu bersama kerajaan negeri mener...17 hours ago
-
Apakah Hadi dan Anwar tidak akan bersama waima dalam syurga? - PANDANGAN DAN ULASAN *Anwar dimajlis HAMKA.*SEMASA berdialog dalam Himpunan Anak Muda (HAMKA) Antarabangsa 2026 yang dihadiri mahasiswa termasuk dari 16 bu...1 day ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...1 year ago
-
Siasatan Gisbh: Hukum Pihak Bersalah, Hindari Ketidakadilan - PAS mengikuti rapat perkembangan siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) berkait beberapa isu, termasuk fahaman salah da...1 year ago
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...2 years ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...8 years ago
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 years ago
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi - Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh. Kunjungan mereka ...13 years ago
-
Bukit Gantang Kini Kubu Kuat Pakatan Rakyat
Peningkatan undi majoriti yang diperolehi Pakatan Rakyat juga memperlihatkan penolakan rakyat terhadap amalan dan percaturan politik kerangka lama yang di bawa oleh Umno dan Barisan Nasional yang berteraskan kepada politik ugutan, perkauman.
Dalam sidang media yang diadakan di Markas Pas Air Kuning, Taiping pagi tadi, Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Perak, Asmuni Awi berkata kemenangan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah hasil sokongan padu semua lapisan masyarakat di Bukit Gantang dengan peningkatan undi kepada Pakatan Rakyat.
"Secara keseluruhannya Pakatan Rakyat berpaus hati di atas prestasi kami yang memuaskan di Bukit Gantang. Dakwaan bahawa jumlah pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat juga dapat ditangkis melihat kepada peratusan yang diperolehi sebanyak 43 peratus pada PRK ini berbanding 40 peratus semasa pilihan raya umum lalu," Asmuni berkata.
Pada sidang media harian yang terakhir beliau juga memberi statistik berhubung PRK P059 yang baru berlangsung.
Menurut Asmuni peningkatan jumlah pengundi yang keluar mengundi juga membantu kemenangan Pakatan Rakyat daripada 72.6 peratus pada PRU 2008 kepada 75 peratus pada PRK Bukit Gantang, masing-masing 40,301 dan 41,626.
Peratusan sokongan undi kaum Cina juga meningkat daripada 65 peratus kepada 75 peratus sementara undi kaum India tidak banyak berubah sekitar 62 peratus.
"Pakatan Rakyat mendapat undi padu daripada pengundi Cina di Bukit Gantang kerana mereka sekarang faham Pas bukanlah parti seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Umno dan BN bahawa sekiranya mereka menyokong Pas mereka akan dikenakan hukum hudud, tidak boleh makan babi, tidak boleh minum arak dan sebagainya.
"Kini orang Cina faham Pas dan Pakatan Rakyat sebenarnya menghormati budaya dan budaya kaum Cina malah melindungi hak dan kepentingan mereka.
"Ini mereka dapat melihat perlaksanaan dasar Pakatan Rakyat selama 11 bulan ia memerintah Perak dan juga di negeri Kedah dan Selangor," jelas Asmuni lagi.
Jumlah pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat juga meningkat berbanding luar bandar disebabkan faktor akses kepada maklumat.
Dari segi undi menurut pecahan dewan undangan negeri, Pakatan Rakyat menang lima daripada 13 peti undi di Kuala Sepetang dengan peningkatan 1,000 undi daripada 7,490 kepada 8,496 sementara BN juga menunjukkan sedikit peningkatan daripada 6,193 kepada 6,259.
Pakatan Rakyat kalah di lapan daripada 11 peti undi di Changkat Jering, penurunan satu peti undi berbanding PRU 12.
Di DUN Trong pula Pakatan Rakyat menang di 6 peti undi, merosot satu peti undi berbanding PRU 12 tetapi jumlah undi yang diperolehi naik sedikit daripada 3.301 kepada 3,367 sementara BN mendapat 4,124 berbanding dulunya 4.021.
Antara peti undi dimenangi Pakatan Rakyat di Trong termasuk Pekan Trong, Trong Barat, Air Terjun, Sg Rotan dan Kuala Trong manakala di Pulau Pasir Hitam Pakatan Rakyat dan BN seri.
Peratusan saluran 4 dan 5 yang mewakili pengundi muda menunjukkan peningkatan bagi Pakatan Rakyat di kebanyakan peti undi menandakan golongan muda mahukan perubahan kepada sistem politik yang di amalkan Umno dan BN selama ini.
"Dalam pilihan raya kecil ini kita lihat semua isu seperti derhaka, tanah kepada masyarakat Cina miskin berjaya kita cairkan sehingga isu-isu ini sudah tidak lagi relevan.
"Dua atau tiga hari sebelum hari mengundi umno dan BN menukar taktik dan menyerang peribadi Datuk Seri Nizar dengan sementara kami tidak pernah menyerang sekali pun peribadi calon BN.
"Kami hanya menumpukan kepada penerangan isu-isu melalui ceramah, risalah dan sebagainya.
"Tidak pernah saya melihat sepanjang saya menjadi pengarah operasi pilihan raya Perak Umno dan BN terlalu terdesak sehingga jelek dan jijik sekali taktik mereka seperti yang mereka lakukan di Bukit Gantang.
"Ini menunjukkan Umno dan BN amat terdesak dan tertekan, mereka tidak akan berubah jadi mereka akan rebah selepas ini," kata Asmuni.
Beliau juga berkata pihak Pas bersama-sama Pakatan Rakyat akan mengambil langkag konkrit untuk terus memberi penerangan kepada rakyat Bukit Gantang mengenai fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan BN terutamanya di semua kawasan.
"Sejak merdeka lagi Bukit Gantang menjadi kubu kuat Umno tetapi selepas ini ia akan menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pula.
"kami akan kuatkan jentera dan sekretariat bagi membantu Datuk Seri Nizar dan akan berusaha sedaya upaya kami untuk memenuhi segala keperluan rakyat Bukit Gantang dan memberi khidmat sebaik mungkin tidak kira siapa," ujar beliau.
Asmuni berkata kini rakyat Bukit Gantang telah menghantar isyarat supaya dewan undangan negeri Perak dibubarkan segera agar rakyat dapat memilih kerajaan pilihan mereka.
dari: http://www.tvantara.com
Tahniah Rakyat Terengganu, Tahniah Untuk Semua
| Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sun | Jun 15, 08 | 8:45:09 pm MYT | |
| Setelah sekian lama rakyat Terengganu dizalimi dan dinafikan hak untuk memperolehi hasil royalti minyak, maka akhirnya bayaran royalti ini dikembalikan ke pangkuan rakyat negeri Terengganu. Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 14 Jun 2008 bahawa bayaran royalti minyak ini akan dikembalikan telah memberi gambaran bahawa sememangnya pembayaran tunai hasil royalti minyak sejak dari 5 September 2000 telah dinafikan walaupun ianya telah termaktub dalam perjanjian perundangan antara kerajaan pusat dan negeri Terengganu. Ternyata rakyat telah dianiaya dan dizalimi hasil dari tindakan politik sempit kerajaan pusat apabila PAS mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 yang lalu. Penafian hak ini berlaku semata-mata kerana rakyat telah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada lunas demokrasi dalam pilihan raya. Sejak itu PAS telah mengambil tanggungjawab untuk mendapatkan kembali hak yang sememangnya termaktub dalam perjanjian ini dengan memulakan proses perundangan setelah kerajaan pusat pimpinan BN terus menerus menunjukkan sikap tidak peduli dengan permintaan kerajaan negeri pimpinan PAS untuk mendapatkan kembali royalti minyak. Ternyata bukan sahaja kerajaan pusat tidak menghormati prinsip perjanjian yang telah ditandatangani, tetapi juga telah secara tidak beretika menukarkan status wang royalti dengan nama yang lain tanpa secara sah dan bertanggungjawab. Apabila pimpinan kerajaan negeri Terengganu bertukar tangan pada tahun 2004, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh tidak berusaha mendapatkan kembali wang royalti ini, sebaliknya menerima peruntukan Dana Khas yang berjumlah berbilion ringgit kononnya sebagai ganti wang royalti minyak yang sepatutnya dibayar. Hasilnya, pembelanjaan terhadap peruntukan Dana Khas ini tidak dilaksanakan dengan telus dan berintegriti sebagaimana yang telah dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2007. Sepanjang tempoh ini, PAS sentiasa konsisten memperjuangkan hak rakyat ini tanpa henti. PAS menaruh harapan yang tinggi agar khazanah negeri ini digunakan secara telus, adil dan penuh integriti untuk kepentingan seluruh warga negeri Terengganu tanpa mengira anutan agama, bangsa dan fahaman politik kepartian. PAS juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS, badan-badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), orang perseorangan dan seluruh rakyat Malaysia yang telah melakukan pelbagai usaha sehingga akhirnya wang royalti minyak ini kembali ke pangkuan rakyat. Tahniah Rakyat Terengganu, Tahniah Untuk Semua. Presiden PAS_ |
Tindakan Mahathir bukti Umno tidak layak dipercayai
Tue | May 20, 08 | 6:18:14 am MYT
Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.
PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.
PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.
PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:
1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.
2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.
3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.
4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.
PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini.
PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.
PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.
Presiden PAS
Kenyataan Media Presiden PAS berkaitan Tun Mahathir
Tindakan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan keluar dari Umno hari ini merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti. PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.
PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya. PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan samada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:
1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik
2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk
3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua
4. Proses prubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik
PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini. PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang. PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.
Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Presiden PAS
Sembang santai bersama Presiden PAS

Azamin Amin | Foto Wan Zahari
Wed | Apr 23, 08 | 6:48:42 am MYT
KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Setelah berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu selama enam hari semenjak dimasukkan pada 10 April lalu, kini Presiden PAS Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah mula menjalankan tugasnya seperti biasa dan sempat berseloroh dalam suasana ceria ketika ditemubual wartawan dan jurugambar Harakahdaily di Pejabat Agung PAS pagi semalam.
Image"Saya semakin sihat. Cuma doktor nasihatkan supaya saya mengemaskinikan program yang perlu dihadiri dan jadual kerja yang begitu padat menyebabkan kesihatan saya boleh terjejas," kata Ustaz Hadi sebagai mukadimah perbualan dengan Harakah.
"Pun begitu saya tetap akan hadir ke Parlimen dan mesyuarat PAS Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi. Terima kasihlah kepada semua yang mendoakan dan prihatin kepada saya selama ini."
Dalam pada itu beliau menjelaskan walaupun dinasihatkan supaya banyak beristirehat namun tidak bermakna beliau perlu melupakan tanggungjawab beliau sebagai seorang Presiden dan tenaga pengajar dalam kuliah-kulaih agama yang dianjurkan.
Katanya beliau masih meneruskan sesi kuliah dan mengajar hari Jumaat dan malam Khamis di Terengganu kerana itu merupakan jadual wajib beliau sebelum menjadi Presiden PAS lagi dan memperuntukan hari Sabtu, Ahad dan Isnin bagi tugasan rasmi, bertemu masyarakat dan berceramah di luar negeri kelahiran beliau itu.
"Sesibuk mana pun pasti dapatkan tidur yang cukup... itu pesan bekas Presiden PAS Almarhum Dr Haji Abbas kepada saya.
"Duduk diam pun boleh memberi tekanan. Jadi waktu lapang saya mengikuti perkembangan politik melalui akhbar dan internet termasuk menghabiskan masa menulis," katanya yang pernah menulis sebanyak 30 buah buku pelbagai judul.
Katanya, Islam mengajar umatnya untuk tidak membazirkan waktu dengan melakukan perbuatan sia-sia malah ketika berehat pun manusia dituntut untuk melakukan sesuatau yang mendapatngkan manfaat yang menyebabakan beliau sendiri 'tidak duduk diam' dan sentiasa mengisi masa terluang dengan plebagai aktiviti.
Dalam pada itu mengulas isu kesihatan Ustaz Hadi berkata sebagai ahli politik yang perlu bercampur dengan segenap lapisan masyarakat, beliau menghadapi masalah untuk mengawal pemakanan yang menjadi antara punca terganggunya kesihatan beliau selama ini.
"Kita tidak boleh tentukan dan pilih makanan ketika bermasyarakat, pergi ceramah atau hadir ke majlis walaupun ada yang tahu tetapi kita raikan mereka dan saya pun tidak pernah memilih..semua boleh.
Image"Masalahnya sebelum ceramah mereka sajikan makanan dan selepas ceramah pun makan lagi.Kita tahu mereka sayang kepada pemimpin, dan menyediakan pelbagai jenis hidangan tapi...nampaknya kena ada kawalan sikitlah," katanya tersenyum.
Ustaz Hadi sempat menceritakan antara hobi yang 'dirindui' beliau yang sudah tidak dapat dilakukan secara kerap semenjak menjadi Presiden ialah turun ke laut menjala ikan.
"Itulah kalau ada masa, saya akan ikut bot-bot untuk ke laut menjala ikan...hobi saya sejak zaman kanak-kanak lagi. Ia memberi ketenangan dan saya dapat menghirup udara bersih," katanya ketika berbicara di dalam pejabatnya.
Ditanya tentang amalan harian beliau dan kaedah menghadapi pelbagai serangan fitnah dan tohmahan termasuk masalah-masalah dalam arena politik yang memberi tekanan atau 'stress' bagi sesetengah pemimpin politik, Ustaz Hadi berpandukan amalan yang ditinggalkan oleh Rasullulah s.a.w. kepada umatnya yang berada dalam gerakan Islam.
"Kalau ada banyak masalah, banyakkan solat... itu yang Nabi ajar. Solat pemberi semangat dan inspirasi kepada kita dan sebab saya itu tidak ada masalah yang rumit sehingga tidak boleh diselesaikan dan menganggu tidur saya.
"Bagi fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh musuh, saya anggap ianya memberi pahala kepada saya jika kita sabar.
Nasihat beliau kepada rakan-rakan politik terutama yang berada dalam gerakan Islam dan menghadapi segala cabaran daan rintangan ialah supaya sentiasa meningkatkan dan mendekatkan diri dengan Tuhan di samping menambahkan ilmu dengan membaca dan melaksanakan amalan agama sebaik mungkin. - mks.
PAS bantah keras filem anti Islam Belanda
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk "Fitna" yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran dan Nabi Muhammad saw. Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas.
Dato Seri Tuan Guru merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.
Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.
Tambah Dato Seri Tuan Guru, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia.
29 Mac 2008
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Akhbar Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)