ALOR STAR, 19 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta.
Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.
"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini Isnin.
Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.
"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya.
Budaya Politik Dendam Serta Ugutan Perlulah Dihentikan Segera, Ia Boleh
Cetuskan Persepsi Negatif Dan Calar Reputasi Individu Terbabit
-
*KUALA LUMPUR:* Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz
Hashim menyifatkan budaya politik dendam dan politik ugutan yang terus
dimaink...
5 hours ago
No comments:
Post a Comment