Oleh ROSLAN SHAHIR
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk "Fitna" yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran dan Nabi Muhammad saw. Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas.
Dato Seri Tuan Guru merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.
Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.
Tambah Dato Seri Tuan Guru, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia.
29 Mac 2008
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Akhbar Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta
Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh
-
*TEMERLOH*: Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta
dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua
kenderaan ter...
18 hours ago
No comments:
Post a Comment