himpunan berita-berita terkini tentang PAKATAN RAKYAT -PAS, PKR, DAN DAP yang kebanyakkannya tidak disiarkan dalam akhbar dan media elektonik arus perdana
LIVE DARI PARLIMEN
TERKINI
-
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang FC Pula Tarik Diri - MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan. Dua kelab yan...2 days ago
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...2 days ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...2 months ago
-
Siasatan Gisbh: Hukum Pihak Bersalah, Hindari Ketidakadilan - PAS mengikuti rapat perkembangan siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) berkait beberapa isu, termasuk fahaman salah da...2 months ago
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...1 year ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...6 years ago
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 years ago
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi - Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh. Kunjungan mereka ...12 years ago
-
Bkt Selambau cipta sejarah: 15 calon!
kemaskini 11.01am Tiga pilihanraya kecil berjalan serentak hari ini bagi kawasan-kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.
Penamaan calon yang bermula jam 9 pagi tadi akan disahkan jam 11 nanti jika tiada bantahan. Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan calon-calon yang bertanding.
Setakat ini di Bukit Gantang, calon BN Ismail Safian (umno) berdepan dengan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.
Di Batang Ai, calon BN Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang dan calon bebas Johnny Chuat.
Pemimpin PKR Sarawak, Dominique Ng mendakwa calon bebas menarik diri di saat akhir dan menyokong calon parti itu.
Beliau juga mempersoalkan sama ada calon BN benar-benar melepaskan jawatannya sebagai pegawai daerah.
Di Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.
Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.
Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.
Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.
Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut.
Ketiga-tiga pilihanraya ini diadakan serentak pada 7 April ini.
SUASANA PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG-mstar online
9.45 PAGI : Polis dan pemimpin Pakatan Rakyat terpaksa menenangkan penyokong-penyokong Pakatan yang bersorak dan berteriak. Kumpulan ini berada berhampiran dengan pondok khas tetamu BN yang berada dalam kawasan dewan penamaan calon, wujud sedikit ketegangan.
9.43 PAGI : Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin bersalam dengan penyokong PAS disambut dengan sorakan.
9.35 PAGI : Calon bebas, Kamarul Ramizu masuk ke dalam dewan bagi menyerahkan borang penamaan calon.
9.30 PAGI : Jumlah orang ramai yang berhimpun di sekitar pusat penamaan calon hampir 20,000.
9.20 PAGI : Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di kawasan dewan penamaan calon.
9.15 PAGI : Bekas MB Perak Nizar Jamaluddin dan calon BN Ismail Safian sudah serah borang penamaan calon.
9.10 PAGI : Calon BN, Ismail Safian tiba dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
9.05 PAGI : Datuk Seri Mohamad Nizar masuk menyerahkan borang penamaan calon.
9 PAGI : Proses penamaan calon bermula.
8.45 PAGI : Calon PAS, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tiba.
8.30 PAGI : Hampir 12,000 orang sudah mula berhimpun melibatkan kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat.
Kelihatan lebih ramai penyokong Pakatan.
8 PAGI : Pemimpin kanan BN dan Pakatan mula berhimpun termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih Timbalan Presiden Umno Khamis lalu.
7.50 PAGI : Pasukan FRU dikerah untuk mengelak suasana tegang dan kumpulan penyokong Pakatan Rakyat diarah beralih sejauh 100 meter dari kawasan himpunan BN.
7.40 PAGI : Suasana tegang mulai dirasai dengan penyokong-penyokong mula 'bersemuka' dalam jarak tidak sampai 10 meter.
7.30 PAGI : Ribuan penyokong mula berkumpul di kawasan sekitar Wisma Perbandaran Taiping.
Ali Rustam dilarang tanding No 2 Umno
Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno hujung bulan ini selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno.
Bagaimanapun, Mohd Ali tidak digantung keahliannya dalam Umno.
Dengan itu, pertandingan bagi jawatan tersebut kini menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti, tetapi hanya diberi amaran.
Manakala seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.
Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam sidang akhbar khas yang sedang berlangsung di ibupejabat Umno di ibunegara petang ini.
Mohd Ali dan Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.
Perkara 10.1 itu berbunyi: Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah mana-mana melanggar peruntukan Tataetika Ahli Umno, maka Lembaga Disiplin bolehlah menganggap, setelah berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.
Tiga ejen bersalah
Ekoran itu, Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik.
Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil.Manakala Zalina adalah naib ketua Puteri Umno bahagian yang sama.
Berikutan itu, ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata siasatan telah dijalankan terhadap 29 orang.
Hasil siasatan tersebut, seorang - Mohd Ali Rustam - dilarang daripada bertanding, 10 orang lagi digantung keahlian selama tiga tahun, mulai 12 Mac, termasuk seorang ketua Pemuda Sabah, Datuk Japlin Akim @ Abd Hamid, dari bahagian Kota Belut.
Yang lainnya terdiri daripada ketua bahagian dan cawangan. Manakala empat orang diberi amaran termasuk Khairy.
Digantung keahlian
Khairy pula bertanggungjawab terhadap tindakan ejennya, tetapi Tengku Ahmad Rithauddeen enggan mendedahkan identitinya.
Bagaimanapun, katanya, kesalahan yang dilakukan oleh ejen Khairy itu tidak seberat kes yang membabitkan Mohd Ali.
Bagaimanapun, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini.
Siasatan lembaga itu juga mendapati 14 orang lagi tidak bersalah, termasuk Dr Mohd Khir.
Beliau sebelum ini berdepan dengan dakwaan melakukan kesalahan rasuah/sogokan politik, tindak tanduk ejen dan dakwaan mengadakan majlis dan pertemuan.
Manakala yang lainnya yang turut didapati bersalah dan digantung keahlian ialah Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Wanitanya, Salmah Pin.
Mokhtar digantung keahlian selama setahun manakala Salmah digantung keahlian selama tiga tahun, berkuatkuasa 12 Mac lalu.
Turut dikenakan tindakan ialah empat pemimpin dan ahli Umno Umno bahagian Paya Besar, Pahang. Mereka ialah ahli biasa Datuk Abdul Manan Ismail yang digantung keahlian selama setahun,kerana mengadakan majlis dan pertemuan serta membuat kenyataan akhbar.
Manakala tiga lagi pemimpin bahagian tersebut diberi amaran atas kesalahan yang sama, iaitu Timbalan Ketuanya, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Naib Ketua bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan AJK bahagian, Mohd Zaili Besar.
Turut digantung keahlian Ketua Pemuda bahagian Maran, Pahang, Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi (digantung tiga tahun mulai 13 Mac); Timbalan Ketua bahagian Kuala Krai, Kelantan, Amran Mat (digantung setahun mulai 12 Mac) dan ketua cawangan di Gua Musang, Mohd Zuki Mohd Zain (digantung setahun mulai 12 Mac).
Tidak bersalah
Manakala mereka yang didapati tidak bersalah ialah:
Timbalan Ketua bahagian dan Ketua Pemuda bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak.
AJK bahagian Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman.
Ketua bahagian Pendang, Datuk Paduka Md Rozai Shafian.
Timbalan Ketua bahagian Pendang, Shamsuddin Tahir.
AJK bahagian Pendang, Mohd Zaidi Othman.
Ketua bahagian Pasir Mas, Hanafi Mamat.
Timbalan Ketua cawangan (Pasir Mas), Shamsudin Che Hussein.
Timbalan ketua cawangan (Pasir Mas), Saari Hassan.
AJK bahagian Pasir Mas, Nor Azmawi Ab Rahman.
Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian, Anuar Safian.
Naib Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian, Bakri Yusoff.
AJK bahagian Maran, Mohamad Shahaimi Othman.
Penolong Bendahari Pemuda bahagian Johor Bahru, Mohd Shakir Abdul Rahman.
Sementara itu, Tengku Ahmad Rithuaddeen enggan mengulas ketika ditanya mengenai kedudukan Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said.
Beliau juga tidak menyentuhkan tentang kedudukan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan politik wang minggu lalu. http://malaysiakini.com
Hanya 19 peratus Melayu mahu Umno perintah
Menurut laporan itu, dalam tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 responden itu, prospek Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi.
Hanya satu peratus responden berbangsa Cina dan tiga peratus responden berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.
Lebih buruk lagi, tidak ada seorang pun responden Cina yang percaya Umno akan melaksana dan menunaikan janjinya walaupun satu peratus di kalangan mereka yang menaruh harapan kepada Umno untuk membangunkan negara ini.
Tinjauan pendapat itu juga jelas memperlihatkan imej Umno semakin buruk.
61 peratus berpendapat rasuah adalah masalah Umno yang paling serius manakala 13 peratus peratus berpendapat masalah kedua Umno yang paling serius ialah kegagalan parti itu memahami masalah rakyat.
Selaras dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap, lemah dan pengecut, para pengundi juga bimbang dengan "pemimpin yang lemah" dan "pentadbir ekonomi yang lemah" dalam Umno.
Dari 1,031 responden itu, 57 peratus adalah orang-orang Melayu, 31 peratus China and 12 peratus India berdasarkan tinjauan rawak.
Kajian Merdeka Center itu dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sementara itu, mengulas isu rasuah Umno di dalam blognya, Dr Mahathir tidak percaya ada ahli-ahli parti itu yang akan didapati bersalah kerana terlibat dengan rasuah politik menjelang pemilihan parti itu bulan ini.
"Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah," katanya.
Mengulas pendedahan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang mendedahkan bahawa pihaknya menerima 900 aduan yang sebahagiannya berkaitan dengan politik wang, Dr Mahathir berkata: "Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.
"Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut.
"Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?"
Sekarang, kata bekas Presiden Umno itu, "kita dengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti.
"Katanya ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah? Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas?"
Menurut Dr Mahathir, wakil-wakil ke perhimpunan agong Umno bulan ini "boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka.
"Tetapi ingat. Rakyat sedang memerhati tingkahlaku Umno dan pemilihan yang akan dilakukan," katanya.
Dr Mahathir mengingatkan, jika pada bulan Mac tahun lalu ramai rakyat termasuk juga ahli-ahli Umno yang kecewa telah mengundi parti lawan, dalam Pilihanraya Umum ke-13 mereka ini akan mengundi parti lawan sekali lagi jika mereka lihat Umno sudah diambilalih oleh perasuah.Harakahdaily. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM