himpunan berita-berita terkini tentang PAKATAN RAKYAT -PAS, PKR, DAN DAP yang kebanyakkannya tidak disiarkan dalam akhbar dan media elektonik arus perdana
LIVE DARI PARLIMEN
TERKINI
-
Umur PM 70 tahun ke bawah, Hadi hantar mesej kepada Mahiaddin - *ULASAN* *Tenungan dan fokus Mahiaddin dan Haditidak sehaluan. Foto MK.* ABDUL HADI Awang memberi masej jelas kepada *Mahiaddin Yassin* yang beliau tidak m...10 hours ago
-
Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG - *KUANTAN:* Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan tadbir urus (...4 days ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...11 months ago
-
Siasatan Gisbh: Hukum Pihak Bersalah, Hindari Ketidakadilan - PAS mengikuti rapat perkembangan siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) berkait beberapa isu, termasuk fahaman salah da...11 months ago
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...1 year ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...7 years ago
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 years ago
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi - Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh. Kunjungan mereka ...12 years ago
-
Bukit Gantang Kini Kubu Kuat Pakatan Rakyat
Peningkatan undi majoriti yang diperolehi Pakatan Rakyat juga memperlihatkan penolakan rakyat terhadap amalan dan percaturan politik kerangka lama yang di bawa oleh Umno dan Barisan Nasional yang berteraskan kepada politik ugutan, perkauman.
Dalam sidang media yang diadakan di Markas Pas Air Kuning, Taiping pagi tadi, Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Perak, Asmuni Awi berkata kemenangan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah hasil sokongan padu semua lapisan masyarakat di Bukit Gantang dengan peningkatan undi kepada Pakatan Rakyat.
"Secara keseluruhannya Pakatan Rakyat berpaus hati di atas prestasi kami yang memuaskan di Bukit Gantang. Dakwaan bahawa jumlah pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat juga dapat ditangkis melihat kepada peratusan yang diperolehi sebanyak 43 peratus pada PRK ini berbanding 40 peratus semasa pilihan raya umum lalu," Asmuni berkata.
Pada sidang media harian yang terakhir beliau juga memberi statistik berhubung PRK P059 yang baru berlangsung.
Menurut Asmuni peningkatan jumlah pengundi yang keluar mengundi juga membantu kemenangan Pakatan Rakyat daripada 72.6 peratus pada PRU 2008 kepada 75 peratus pada PRK Bukit Gantang, masing-masing 40,301 dan 41,626.
Peratusan sokongan undi kaum Cina juga meningkat daripada 65 peratus kepada 75 peratus sementara undi kaum India tidak banyak berubah sekitar 62 peratus.
"Pakatan Rakyat mendapat undi padu daripada pengundi Cina di Bukit Gantang kerana mereka sekarang faham Pas bukanlah parti seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Umno dan BN bahawa sekiranya mereka menyokong Pas mereka akan dikenakan hukum hudud, tidak boleh makan babi, tidak boleh minum arak dan sebagainya.
"Kini orang Cina faham Pas dan Pakatan Rakyat sebenarnya menghormati budaya dan budaya kaum Cina malah melindungi hak dan kepentingan mereka.
"Ini mereka dapat melihat perlaksanaan dasar Pakatan Rakyat selama 11 bulan ia memerintah Perak dan juga di negeri Kedah dan Selangor," jelas Asmuni lagi.
Jumlah pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat juga meningkat berbanding luar bandar disebabkan faktor akses kepada maklumat.
Dari segi undi menurut pecahan dewan undangan negeri, Pakatan Rakyat menang lima daripada 13 peti undi di Kuala Sepetang dengan peningkatan 1,000 undi daripada 7,490 kepada 8,496 sementara BN juga menunjukkan sedikit peningkatan daripada 6,193 kepada 6,259.
Pakatan Rakyat kalah di lapan daripada 11 peti undi di Changkat Jering, penurunan satu peti undi berbanding PRU 12.
Di DUN Trong pula Pakatan Rakyat menang di 6 peti undi, merosot satu peti undi berbanding PRU 12 tetapi jumlah undi yang diperolehi naik sedikit daripada 3.301 kepada 3,367 sementara BN mendapat 4,124 berbanding dulunya 4.021.
Antara peti undi dimenangi Pakatan Rakyat di Trong termasuk Pekan Trong, Trong Barat, Air Terjun, Sg Rotan dan Kuala Trong manakala di Pulau Pasir Hitam Pakatan Rakyat dan BN seri.
Peratusan saluran 4 dan 5 yang mewakili pengundi muda menunjukkan peningkatan bagi Pakatan Rakyat di kebanyakan peti undi menandakan golongan muda mahukan perubahan kepada sistem politik yang di amalkan Umno dan BN selama ini.
"Dalam pilihan raya kecil ini kita lihat semua isu seperti derhaka, tanah kepada masyarakat Cina miskin berjaya kita cairkan sehingga isu-isu ini sudah tidak lagi relevan.
"Dua atau tiga hari sebelum hari mengundi umno dan BN menukar taktik dan menyerang peribadi Datuk Seri Nizar dengan sementara kami tidak pernah menyerang sekali pun peribadi calon BN.
"Kami hanya menumpukan kepada penerangan isu-isu melalui ceramah, risalah dan sebagainya.
"Tidak pernah saya melihat sepanjang saya menjadi pengarah operasi pilihan raya Perak Umno dan BN terlalu terdesak sehingga jelek dan jijik sekali taktik mereka seperti yang mereka lakukan di Bukit Gantang.
"Ini menunjukkan Umno dan BN amat terdesak dan tertekan, mereka tidak akan berubah jadi mereka akan rebah selepas ini," kata Asmuni.
Beliau juga berkata pihak Pas bersama-sama Pakatan Rakyat akan mengambil langkag konkrit untuk terus memberi penerangan kepada rakyat Bukit Gantang mengenai fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan BN terutamanya di semua kawasan.
"Sejak merdeka lagi Bukit Gantang menjadi kubu kuat Umno tetapi selepas ini ia akan menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pula.
"kami akan kuatkan jentera dan sekretariat bagi membantu Datuk Seri Nizar dan akan berusaha sedaya upaya kami untuk memenuhi segala keperluan rakyat Bukit Gantang dan memberi khidmat sebaik mungkin tidak kira siapa," ujar beliau.
Asmuni berkata kini rakyat Bukit Gantang telah menghantar isyarat supaya dewan undangan negeri Perak dibubarkan segera agar rakyat dapat memilih kerajaan pilihan mereka.
dari: http://www.tvantara.com
Umno Perak kini semakin gelabah - Mursyidul Am PAS
Mursyidul Am PAS berkata, pelawaan itu membuktikan parti tersebut begitu menyesal terhadap apa yang telah dilakukan terhadap PAS selama ini sehingga terpaksa mengajak untuk bergabung sekarang.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran tabung Penambahbaikan Masjid Al-Baraah dan Ceramah Israk Mikraj di perkarangan Pasar Besar Siti Khatijah hari ini katanya, tindakan seperti dilakukan Umno Perak menggambarkan mereka bermasalah.
"Kalau di dunia sudah memperlihatkan masalah, apa lagi�kalau di akhirat, lagi bermasalah," kata beliau. Kelmarin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dilaporkan mengajak PAS menubuh kerajaan campuran di Perak sebagai simbol perpaduan Islam dan Melayu.
Ekoran tawaran tersebut Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian petang semalam membuat laporan polis kerana menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Perak itu mempunyai unsur-unsur rasuah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata, keputusan mengenai perkara akan dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Lumpur esok.
Beliau yang akan menghadiri mesyuarat itu esok menjelaskan pendiriannya tetap sama sebagaimana sebelum ini iaitu muqabalah dibolehkan dengan Umno dan tidak mungkin untuk bergabung dalam pakatan politik.
"Muqabalah dengan sesiapa sahaja boleh, sebab Islam sendiri telah mengajar pertemuan perlu diadakan sekiranya ia dapat menyelesaikan masalah masyarakat.
"Nabi Muhammad saw pernah mengadakan muqabalah dengan kaum musyrikin untuk menyelesaikan masalah masyarakat di zaman baginda.
"Begitu juga sekarang muqabalah dengan sesiapa pun boleh, tetapi jangan libatkan gabungan politik," ujarnya.
Menurutnya, muqabalah, muzakarah, musyawarah atau seumpamanya tiada masalah diadakan, sebaliknya berbincang politik dengan parti lawan (Umno) perlu berhati-hati kerana peristiwa lama telah berlaku 50 tahun lalu.
Beliau menegaskan PAS memang terluka hati dengan tindakan Umno menyingkir PAS setelah bergabung dalam Barisan Nasional pada 1970-an.
"Peristiwa Memali, peristiwa Lubuk Merbau, penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan dan membatal pendaratan minyak dan gas di Pantai Senok Bachok adalah antara peristiwa yang tidak mudah dilupakan," ujarnya.
Beliau juga berkata, muqabalah yang diadakan di antara pemimpin PAS dan Umno sebelum ini menyebabkan situasi tidak tenang berlaku di kalangan penyokong PAS.
"Mereka marah saya macam-macam sehingga pedih telinga mendengarnya," ujar beliau. - mj � _
Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.
Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.
Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
- Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
- Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
- Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
- Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
- Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.
Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah.
Dr M keluar Umno: "Saya orang paling gembira di dunia"
Isnin, 19 Mei 2008
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau orang paling gembira di dunia dengan keputusan itu kerana ini memberi perangsang kepada PAS memperkukuhkan pengaruh politiknya.
Pemimpin parti pembangkang tidak menjangka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan keluar Umno berkuatkuasa hari ini tetapi menyambut baik keputusan itu.
Ada di antara mereka yang berpendapat tindakan itu akan membawa satu senario baru dalam politik Umno selain memberi faedah kepada parti pembangkang.
Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau orang paling gembira di dunia dengan keputusan itu kerana ini memberi perangsang kepada PAS memperkukuhkan pengaruh politiknya. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menghormati Dr Mahathir sebagai tokoh pemimpin yang terkenal di seluruh dunia dengan mempunyai pemikiran yang tajam dalam membawa kemajuan negara.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan mengenang jasa Dr Mahathir berhubung isu Palestin dengan menuduh rejim Zionis sebagai punca dunia Arab berpecah belah.
PAS sentiasa memberi ruang kepada Dr Mahathir untuk menyertai parti itu kerana ketokohannya dan kebijaksanaannya akan memberi kelebihan pada PAS, katanya ketika mengulas tindakan Dr Mahathir keluar Umno berkuatkuasa serta merta.
Di PULAU PINANG, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan Dr Mahathir untuk keluar daripada Umno akan menjadi gempa bumi politik amat besar yang melanda parti itu selepas tsunami politik pada 8 Mac.
Dalam satu kenyataan, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata persaingan dalaman ini adalah sebahagian daripada pergelutan kuasa yang hebat oleh pihak berkepentingan dalam lingkungan Umno.
Datuk Rusli Ibrahim dicalon sebagai Senator

Lanjusoh
Wed | May 14, 08 | 2:53:57 pm MYT
KETEREH, 14 Mei (Hrkh) - Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dicalonkan sebagai anggota Dewan Negara bagi mewakili Kelantan.
Pengumuman perkara itu dibuat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di pekan Kok Lanas malam tadi, sempena program ceramah isu semasa.
Menteri Besar berkata, Rusli telah melakukan pengorbanan besar kepada perjuangan gerakan Islam di Kelantan sejak menyertai PAS lebih dua tahun lalu.
"Sebelum ini kita melantiknya sebagai Penyelia di Dun Kok Lanas biar pun jawatan itu tidak sepadan dengan kewibawaan yang ada padanya.
"Dan pada pilihan raya umum lalu beliau dicalonkan mewakili PAS di Dun Kok Lanas. Kepetahannya bercakap membuatkan orang kampung mudah faham apa yang disampaikan," katanya.
Oleh itu beliau berkata, dengan mengambil kira segala kelebihan tersebut maka wajar sekali beliau dicalonkan sebagai Senator bagi mewakili Kelantan ke Dewan Negara.
Malah katanya beliau lebih mudah untuk bergerak ke mana sahaja di negara ini bagi menyampaikan mesej dakwah dan penerangan isu-isu semasa.
Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, Rusli mempunyai kedudukan tinggi dalam Umno sebelum menyertai PAS.
Kata beliau selepas menyertai PAS beliau sanggup pergi ke mana sahaja untuk berceramah bagi memberi penerangan mengenai isu-isu semasa kepada masyarakat.
"Tiada benda lain yang dapat kita balas melainkan jawatan Senator yang saya sendiri akan cadangkan pada persidangan Dun Ogos depan.
"Kalau tuan-tuan hendak panggil Dato' Rusli sebagai YB mungkin sudah boleh agaknya," katanya disambut gelak ketawa orang ramai.
Sementara itu, Rusli merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Menteri Besar dan kerajaan negeri yang bakal mencalonkan namanya bagi mewakili Kelantan ke Dewan Negara.
Pada persidangan Dun Kelantan pada 28 hingga 30 April lalu, agenda ke-11 dicatat sebagai pemilihan Ahli Dewan Negara pada susunan urusan persidangan.
Bagaimanapun Speaker, Ustaz Nasuruddin Daud mengumumkan agenda pelantikan itu ditangguhkan.
Kuota bagi jawatan Senator mewakili Kelantan kosong satu kerusi berikutan Wan Ubaidah Omar bertanding di Dun Kijang dan memenangi kawasan itu.
Seorang lagi penyandang jawatan itu, Mumtaz Mohd Nawi dijangka disambung perkhidmatan bagi penggal kedua. Setiap penggal selama tiga tahun.
Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan hanya melantik wakil muslimat sebagai Senator mewakili negeri ini. - mj
Pertemuan dua sifu

Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin
Mon | May 05, 08 | 12:21:04 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng HO milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Serch di Wangsa Maju, Setapak, Ahad lalu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum itu merasmikan cawangan baru kedai buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju.
Kehadiran beliau di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri. Amy yang terharu dengan kehadiran pemimpin utama PAS itu mengambil kesempatan membincangkan cadangannya menubuhkan sebuah rumah anak yatim dan tahfiz al-Qur'an di Johor. Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif. Berita penuh menyusul.- tajdid