LIVE DARI PARLIMEN

TERKINI

Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

DARI TERENGGANU-Maksiat - Penguatkuasa syariah tidak cukup

Gejala sosial dan maksiat yang berlaku di negeri ini sebagaimana yang didedahkan akhbar sudah tidak mampu ditangani oleh pihak kerajaan. Tambahan pula, sikap kerajaan BN negeri yang banyak menganjurkan konsert

dan program hiburan yang melalaikan mendorong golongan remaja bebas melakukan maksiat walaupun di tempat terbuka.

Lihatlah gelagat pasangan remaja di taman-taman rekreasi di sini seperti Taman Syahbandar, Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang, Hutan Lipur Sekayu di Hulu Terengganu, Pantai Ru Sepuluh (Setiu), Pantai Teluk Lipat (Dungun) dan lain-lain lagi.berita selanjutnya....

MASIHKAH KAU INGAT

Isu persenda istana di Terengganu, PM tidak bertindak?
Wartawan Kita
Sun | May 11, 08 | 5:51:55 pm MYT

KOTA BHARU, 11 Mei (Hrkh) � Masihkah anda ingat pada 29 April 1993 apabila seorang pemimpin Umno Kelantan ketika itu menabalkan seorang raja pada satu majlis di Ketereh.

Tidak pula kedengaran seorang pemimpin utama negara mengarahkan Setiausaha Agung Umno membuat laporan polis ke atas pemimpin yang jelas mempersendakan seorang sultan.

�Tidakkah ini jelas satu double standard yang dicerminkan pemimpin Umno sekarang. Sedangkan peristiwa yang berlaku pada April 1993 bukan sekadar mencabar raja malah cubaan menolak institusi raja-raja.

�Pemimpin Umno terbabit dianggap cuba mempengaruhi sekumpulan rakyat bagi membangkit kebencian terhadap raja-raja Melayu. Namun mengapa Perdana Menteri tidak bertindak agresif seperti sekarang,� kata seorang pegawai pencen.

Pada peristiwa yang mencatat sejarah hitam dalam institusi beraja di Kelantan itu kedengaran laungan Daulat Tuanku ketika menyambut ketibaan Tengku Ibrahim Petra pada majlis pemasyhuran Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra.

Ketibaan beliau di Sekolah Rendah Kebangsaan Ketereh disambut meriah dengan iringan sirih junjung dan perarakan pulut semangat dan paluan nobat.

Antara pemimpin Umno Kelantan yang dikatakan terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit iaitu Datuk Annuar Musa yang berjawatan menteri ketika itu.

Seorang lagi bekas kakitangan kerajaan mempersoalkan mengapa pula isu menghina Sultan Terengganu dengan perkataan �natang� semasa isu pelantikan Menteri Besar tidak dihebohkan seperti sekarang.

�Pemimpin Umno sendiri yang menolak pelantikan Datuk Ahmad Said sehingga mengugut mahu menyingkirkannya daripada parti.

�Tidakkah pemimpin utama Umno sendiri yang seolah-olah mengajar rakyat Terengganu tidak menghormati institusi raja dengan menolak Ahmad pada peringkat awalnya,� kata beliau.

Bekas anggota jawatankuasa Umno Kubang Kerian, Ibrahim Mamat berkata, dua peristiwa yang berlaku itu jauh berbeza dengan teguran Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

Menurutnya, kes yang berlaku di Kelantan pada 1993 dan di Terenganu baru-baru ini bukan lagi sekadar menghasut sebaliknya menghina institusi raja-raja Melayu. - mj

Rosol kata isu Monsoon Cup dan TTI lapuk?


SM Noor
Sun | May 11, 08 | 7:29:04 am MYT

Setelah tiga tahun dianjurkan dan berulang kali dipersoalkan oleh rakyat, Mad said telah memecahkan kebuntuan dengan membuat kenyataan bahawa kedua-dua projek mega tersebut perlu dikaji semula.

Kenyataan tersebut tidak pernah dibuat oleh kerajaan sebelum ini yang diketuai oleh Idris Jusoh, dan yang paling memeranjatkan Mad Said mengaku walaupun beliau sebagai Exco kerajaan, beliau sendiri tidak tahu berapakah sebenarnya kos yang dibelanjakan terhadap kedua-dua projek tersebut.

Ekoran dari itu, wakil-wakil PAS telah membawa persoalan berkenaan perkara yang ditimbulkan oleh Mad Said ke dalam Sidang DUN baru-baru ini bagi mendapat jawapan secara rasmi kerajaan.

Setelah rumah siap, pahat pun berbunyi ! Setelah Sidang DUN tamat, barulah Rosol bekas Exco kerajaan lalu, yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu membuat kenyataan di luar Dewan dengan mengatakan isu Monsoon Cup dan TTI adalah isu lapuk !

Semasa di dalam Sidang DUN baru-baru ini, Rosol hanya mampu meneruskan sifat 'kebudak-budakannya' mengacau wakil-wakil PAS berucap dan memberikan saranan. Dia sebenarnya tidak mampu untuk berhujah panjang kerana terlalu banyak melakukan kesilapan, baik semasa menjadi Exco dan juga semasa krisis pelantikan Menteri Besar.

ADUN Ladang, YB Dato' Tengku Hasan Tengku Omar ketika dihubungi mengatakan bahawa isu Monsoon Cup dan TTI bukan isu yang lapuk malah ianya akan sentiasa dipersoalkan oleh rakyat kerana menjadi sejarah pemborosan dan pembaziran wang rakyat yang keterlaluan yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu.

Beliau berkata dengan beliau sendiri yang membawa beberapa isu berkaitan Monsoon Cup, rakyat dapat mengetahui beberapa fakta yang tidak diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

"Untuk menganjurkan Monsoon Cup, kerajaan telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 42 juta bagi mendalamkan 'basin' Pualau Duyong pada tahun 2005 dan 2006, �ditambah dengan RM 11 juta lagi pada tahun 2007, kesemuanya berjumlah RM 53 juta, bukan jumlah yang sedikit,"kata Dato' Tengku Hassan.

Beliau berkata kerajaan juga membelanjakan RM 100 juta lagi bagi mendalamkan muara sungai Terengganu bagi membolehkan kapal mewah Star Cruise berlabuh dan ia adalah berkaitan dengan isu penganjuran Monsoon Cup.

Menurutnya kedua-dua isu ini juga baru ditimbulkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Mad Said.

"Adakah Rosol juga menyifatkan Dato Mad Said sebagai menyuarakan isu yang lapuk apabila MB menyuarakan isu ini?

"Bagaimana pula isu TTI adalah satu isu yang lapuk, sedangkan TTI belum pun siap lagi!," tambah Dato' Tengku Hassan. - buletinonline.net

Pak Lah Respon Permintaan Mad Said Dengan Alasan Remeh dan Tidak Jelas

Ditulis oleh SM Noor
Tuesday, 22 April 2008

Hari pertama selepas Mad Said mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan Pusat menyerahkan seluruh wang royalti untuk diuruskan oleh Kerajaan Terengganu, Perdana Menteri Malaysia. Abdullah Ahmad Badawi memberi respon yang negatif. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Mad Said dengan bersungguh-sungguh mengemukakan alasan-alasan sebagai justifikasi mengapa wang royalti harus kembali ke negeri dan rakyat Terengganu.

Antara alasan Mad Said adalah:

1. “Sejak Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) @ Wang Ehsan @ Royalti Petroleum diperkenalkan, semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk kepada kerajaan negeri, menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi impak kerana tidak mengambil kira keperluan rakyat.”

2. “buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta, kita hanya tahu tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya”.

3. ”Ada projek yang kita rancang... kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat, ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan.”

4. ”Apabila kementerian melaksanakan sesuatu projek, ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu, sedangkan wang yang dibelanjakan adalah wang rakyat”.

5. ”Saya cakap terus terang ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah”.

6. “jika Kerajaan Pusat menyerahkan kembali hak pengurusan DKKP, ia akan memudahkan kerajaan Terengganu membuat perancangan tentang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan”.

7. “kerajaan negeri mempunyai keutamaan sendiri dalam menentukan projek yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan jika wang itu ada pada kerajaan negeri, bajet dan perancangan akan menjadi lebih mudah”.

Tujuh hujah Mad Said kemukakan kepada Pak Lah kepada media supaya dihakimi oleh seluruh rakyat Malaysia betapa sebenarnya Dana Khas@Ehsan menyusahkan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu,

Pak Lah hanya menjawab dengan jawaban yang sama dan di ulang-ulang:

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemberian wang ehsan sebagai ganti pembayaran royalti minyak daripada Kerajaan Pusat kepada Terengganu membawa kebaikan kepada rakyat negeri itu.

Perdana Menteri berkata pemberian itu yang dibuat menerusi satu langkah yang diputuskan sebelum ini sebenarnya membantu rakyat Terengganu mencapai kejayaan.

“Ada satu kaedah yang sudah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama pada Dialog Integriti Asean 2008 di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang menyebut Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta Kerajaan Pusat mengembalikan pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri itu - Sumber Bernama

Ahmad: Saya tak perlu angkat sumpah


kemaskini 8:25pm Datuk Ahmad Said berkata beliau tidak perlu menjalani upacara angkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu yang baru kerana beliau telah menerima watikah pelantikan jawatan tersebut daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu.

Bagaimanapun, senarai ahli exco yang bakal dilantiknya selepas ini perlu mengangkat sumpah, katanya dalam sidang akhbar pertamanya selepas memulakan tugasnya sebagai menteri besar hari ini.

Pengelola istana hari ini dilaporkan berkata Ahmad akan mengangkat sumpah bersama barisan exco yang dilantiknya.

Menurut Mohd. Yasim Awang, tarikh majlis itu belum ditetapkan, lapor sebuah akhbar harian.

ahmad said terengganu mb istanaAhmad tiba di Wisma Darul Iman sebelum jam 8 pagi tadi.

Beliau kemudiannya terus ke tingkat 18 di mana satu majlis sembahyang hajat diadakan, yang dihadiri kira-kira 41 orang, termasuk kakitangan kerajaan.

Sembahyang hajat diadakan jam 8.14 pagi dan berakhir kira-kira lima minit kemudiannya.

Selepas itu, Ahmad mengadakan sidang akhbar.

Menurutnya beliau akan ke Putrajaya hari ini tetapi enggan mengulas lanjutnya mengenainya.

Ditanya sama ada beliau akan mengekalkan barisan exco lama, Ahmad berkata, ia akan merupakan campuran muka lama dan muka baru.

Sementara itu, satu sumber yang dekat dengan Umno bahagian Kemaman memberitahu Malaysiakini awal malam ini, Ahmad yang bertolak dari Terengganu petang tadi berjaya menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pertemuan selama satu jam bermula 5.30 petang ini berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan butiran perbincangan.

Krisis pelantikan menteri besar Terengganu bermula selepas majlis angkat sumpah Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 10 Mac ditangguhkan.

Calon-calon pengganti Idris bagaimanapun tidak diumumkan sehingga 14 hari kemudian apabila pejabat Sultan Terengganu menamakan Ahmad untuk jawatan itu Sabtu lalu.

Majlis angkat sumpahnya, yang dijadual kelmarin, ditangguhkan, dipercayai akibat pemulauan 23 Adun BN yang diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.

Kumpulan wakil rakyat BN itu menegaskan Idris satu-satunya calon yang layak untuk jawatan tersebut kerana mendapat sokongan majoriti dan surat sokongan daripada Perdana Menteri.

Sultan Terengganu Mesti Berdaulat dan tidak mengindahkan ugutan adun UMNO

Oleh ahmadhadeed

" Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah memilih Ahmad Said sebagai MB Terengganu baru. Rakyat terengganu berada di belakang Sultan kerana ia adalah selaras dengan undang undang Terengganu dan rakyat mengharap Ahmad Said dapat menjaga kepentingan Islam dan kepentingan rakyat Terengganu. SUDILAH KIRANYA Sultan Terengganu meneruskan upacara angkat sumpah walaupun di pulau oleh 23 ADUN UMNO keparat kerana tunduk kepada 23 adun tolol ini akan menghakis KEDAULATAN Sultan terengganu dan sultan Melayu.

Kita merasa malu dengan tindakan 23 adun UMNO yang ingin memulau majlis angkat sumpah MB baru saperti yang di lapor oleh utusan malaysia 22/03/2008 6:06pm tadi. Tindakan ini adalah derhaka kepada Sultan dan mencabar undang undang negeri terengganu.

Kami rakyat Terengganu merayu agar SUDILAH KIRANYA Sultan terengganu meneruskan upacara angkat sumpah MB esok kerana ia adalah kuasa prerogative Sultan Melayu Terengganu .Tunduk kepada penderhaka 23 orang ini akan menghakis kuasa raja melayu dan membenarkan lebih ramai manusia durjana berani melakukannya sekali lagi.Upacara perlantikan MB esok adalah pelaksanaan satu dari undang undang terengganu dan tidak hadir nya 23 orang umno yang tolol itu tidak akan menjejaskan majlis malah membuktikan bahawa udnang undang Terenganu lebih berkuasa dari 23 ADUN umno yang tolol itu.

Majlis angkat sumpah MB akan di susuli dengan majlis angkat sumpah exco pada hari yang lain dan tidak hadir nya 23 orang ini pada majlis pelantikan exco akan melayakkan orang lain dipilih menjadi exco mengikut pertimbangan MB baru Mohamad Said . Kuasa perundangan negeri Terengganu akan terus berjalan walau pun ada orang mahu mengagalkannya. Rakyat akan sentiasa bersama dengan sultan Terengganu walau apa pun terjadi dan kita rela bangkit menunjukkan kuasa rakyat kalau keadaan memerlukanya.

Untuk MB baru Ahmad Said , rakyat mengharap beliau membaiki segala kesilapan lama nya semasa bertugas dahulu atau semasa bermesyuarat di dalam Dewan undangan negeri. Sayiidina Omar pun berubah dan kita merasakan Mohamad Said Kijal pun boleh berubah dengan izin Allah. MB baru juga mesti setia kepada sultan terengganu bukan mengikuti perangai tolol 23 adun umno yang menderhaka.

Kita mengharapkanSUDILAH KIRANYA Sultan terenganu meneruskan pelaksanaan undang undang Terengganu dan melaksanakan kuasa kesultanan Melayunya tanpa di ugut atau digugat mana mana pihak yang tidak bertanggunjawab.

Rakyat Terengganu mendoakan agar Allah swt memberikan kemuliaan dan kesejahteraan kepada Sultan Terengganu yang di kasihi serta keluarga Tuanku dan kerabat di raja sekalian. Kepada Allah saja kita menaruh harapan dan mengharap pelindungan . Sesungguhnya Allah sebaik baik Pelindung dari mereka yang jahat dan fasik . ameen."