himpunan berita-berita terkini tentang PAKATAN RAKYAT -PAS, PKR, DAN DAP yang kebanyakkannya tidak disiarkan dalam akhbar dan media elektonik arus perdana
LIVE DARI PARLIMEN
TERKINI
-
Umur PM 70 tahun ke bawah, Hadi hantar mesej kepada Mahiaddin - *ULASAN* *Tenungan dan fokus Mahiaddin dan Haditidak sehaluan. Foto MK.* ABDUL HADI Awang memberi masej jelas kepada *Mahiaddin Yassin* yang beliau tidak m...10 hours ago
-
Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG - *KUANTAN:* Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan tadbir urus (...4 days ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...11 months ago
-
Siasatan Gisbh: Hukum Pihak Bersalah, Hindari Ketidakadilan - PAS mengikuti rapat perkembangan siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) berkait beberapa isu, termasuk fahaman salah da...11 months ago
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...1 year ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...7 years ago
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 years ago
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi - Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh. Kunjungan mereka ...12 years ago
-
Bukit Gantang Kini Kubu Kuat Pakatan Rakyat
Peningkatan undi majoriti yang diperolehi Pakatan Rakyat juga memperlihatkan penolakan rakyat terhadap amalan dan percaturan politik kerangka lama yang di bawa oleh Umno dan Barisan Nasional yang berteraskan kepada politik ugutan, perkauman.
Dalam sidang media yang diadakan di Markas Pas Air Kuning, Taiping pagi tadi, Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Perak, Asmuni Awi berkata kemenangan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah hasil sokongan padu semua lapisan masyarakat di Bukit Gantang dengan peningkatan undi kepada Pakatan Rakyat.
"Secara keseluruhannya Pakatan Rakyat berpaus hati di atas prestasi kami yang memuaskan di Bukit Gantang. Dakwaan bahawa jumlah pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat juga dapat ditangkis melihat kepada peratusan yang diperolehi sebanyak 43 peratus pada PRK ini berbanding 40 peratus semasa pilihan raya umum lalu," Asmuni berkata.
Pada sidang media harian yang terakhir beliau juga memberi statistik berhubung PRK P059 yang baru berlangsung.
Menurut Asmuni peningkatan jumlah pengundi yang keluar mengundi juga membantu kemenangan Pakatan Rakyat daripada 72.6 peratus pada PRU 2008 kepada 75 peratus pada PRK Bukit Gantang, masing-masing 40,301 dan 41,626.
Peratusan sokongan undi kaum Cina juga meningkat daripada 65 peratus kepada 75 peratus sementara undi kaum India tidak banyak berubah sekitar 62 peratus.
"Pakatan Rakyat mendapat undi padu daripada pengundi Cina di Bukit Gantang kerana mereka sekarang faham Pas bukanlah parti seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Umno dan BN bahawa sekiranya mereka menyokong Pas mereka akan dikenakan hukum hudud, tidak boleh makan babi, tidak boleh minum arak dan sebagainya.
"Kini orang Cina faham Pas dan Pakatan Rakyat sebenarnya menghormati budaya dan budaya kaum Cina malah melindungi hak dan kepentingan mereka.
"Ini mereka dapat melihat perlaksanaan dasar Pakatan Rakyat selama 11 bulan ia memerintah Perak dan juga di negeri Kedah dan Selangor," jelas Asmuni lagi.
Jumlah pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat juga meningkat berbanding luar bandar disebabkan faktor akses kepada maklumat.
Dari segi undi menurut pecahan dewan undangan negeri, Pakatan Rakyat menang lima daripada 13 peti undi di Kuala Sepetang dengan peningkatan 1,000 undi daripada 7,490 kepada 8,496 sementara BN juga menunjukkan sedikit peningkatan daripada 6,193 kepada 6,259.
Pakatan Rakyat kalah di lapan daripada 11 peti undi di Changkat Jering, penurunan satu peti undi berbanding PRU 12.
Di DUN Trong pula Pakatan Rakyat menang di 6 peti undi, merosot satu peti undi berbanding PRU 12 tetapi jumlah undi yang diperolehi naik sedikit daripada 3.301 kepada 3,367 sementara BN mendapat 4,124 berbanding dulunya 4.021.
Antara peti undi dimenangi Pakatan Rakyat di Trong termasuk Pekan Trong, Trong Barat, Air Terjun, Sg Rotan dan Kuala Trong manakala di Pulau Pasir Hitam Pakatan Rakyat dan BN seri.
Peratusan saluran 4 dan 5 yang mewakili pengundi muda menunjukkan peningkatan bagi Pakatan Rakyat di kebanyakan peti undi menandakan golongan muda mahukan perubahan kepada sistem politik yang di amalkan Umno dan BN selama ini.
"Dalam pilihan raya kecil ini kita lihat semua isu seperti derhaka, tanah kepada masyarakat Cina miskin berjaya kita cairkan sehingga isu-isu ini sudah tidak lagi relevan.
"Dua atau tiga hari sebelum hari mengundi umno dan BN menukar taktik dan menyerang peribadi Datuk Seri Nizar dengan sementara kami tidak pernah menyerang sekali pun peribadi calon BN.
"Kami hanya menumpukan kepada penerangan isu-isu melalui ceramah, risalah dan sebagainya.
"Tidak pernah saya melihat sepanjang saya menjadi pengarah operasi pilihan raya Perak Umno dan BN terlalu terdesak sehingga jelek dan jijik sekali taktik mereka seperti yang mereka lakukan di Bukit Gantang.
"Ini menunjukkan Umno dan BN amat terdesak dan tertekan, mereka tidak akan berubah jadi mereka akan rebah selepas ini," kata Asmuni.
Beliau juga berkata pihak Pas bersama-sama Pakatan Rakyat akan mengambil langkag konkrit untuk terus memberi penerangan kepada rakyat Bukit Gantang mengenai fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan BN terutamanya di semua kawasan.
"Sejak merdeka lagi Bukit Gantang menjadi kubu kuat Umno tetapi selepas ini ia akan menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pula.
"kami akan kuatkan jentera dan sekretariat bagi membantu Datuk Seri Nizar dan akan berusaha sedaya upaya kami untuk memenuhi segala keperluan rakyat Bukit Gantang dan memberi khidmat sebaik mungkin tidak kira siapa," ujar beliau.
Asmuni berkata kini rakyat Bukit Gantang telah menghantar isyarat supaya dewan undangan negeri Perak dibubarkan segera agar rakyat dapat memilih kerajaan pilihan mereka.
dari: http://www.tvantara.com
Hanya 19 peratus Melayu mahu Umno perintah
Menurut laporan itu, dalam tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 responden itu, prospek Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi.
Hanya satu peratus responden berbangsa Cina dan tiga peratus responden berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.
Lebih buruk lagi, tidak ada seorang pun responden Cina yang percaya Umno akan melaksana dan menunaikan janjinya walaupun satu peratus di kalangan mereka yang menaruh harapan kepada Umno untuk membangunkan negara ini.
Tinjauan pendapat itu juga jelas memperlihatkan imej Umno semakin buruk.
61 peratus berpendapat rasuah adalah masalah Umno yang paling serius manakala 13 peratus peratus berpendapat masalah kedua Umno yang paling serius ialah kegagalan parti itu memahami masalah rakyat.
Selaras dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap, lemah dan pengecut, para pengundi juga bimbang dengan "pemimpin yang lemah" dan "pentadbir ekonomi yang lemah" dalam Umno.
Dari 1,031 responden itu, 57 peratus adalah orang-orang Melayu, 31 peratus China and 12 peratus India berdasarkan tinjauan rawak.
Kajian Merdeka Center itu dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sementara itu, mengulas isu rasuah Umno di dalam blognya, Dr Mahathir tidak percaya ada ahli-ahli parti itu yang akan didapati bersalah kerana terlibat dengan rasuah politik menjelang pemilihan parti itu bulan ini.
"Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah," katanya.
Mengulas pendedahan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang mendedahkan bahawa pihaknya menerima 900 aduan yang sebahagiannya berkaitan dengan politik wang, Dr Mahathir berkata: "Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.
"Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut.
"Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?"
Sekarang, kata bekas Presiden Umno itu, "kita dengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti.
"Katanya ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah? Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas?"
Menurut Dr Mahathir, wakil-wakil ke perhimpunan agong Umno bulan ini "boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka.
"Tetapi ingat. Rakyat sedang memerhati tingkahlaku Umno dan pemilihan yang akan dilakukan," katanya.
Dr Mahathir mengingatkan, jika pada bulan Mac tahun lalu ramai rakyat termasuk juga ahli-ahli Umno yang kecewa telah mengundi parti lawan, dalam Pilihanraya Umum ke-13 mereka ini akan mengundi parti lawan sekali lagi jika mereka lihat Umno sudah diambilalih oleh perasuah.Harakahdaily. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Anwar menang besar: Majoriti 15,671
9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.
Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.
Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.
Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.
Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.
Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR.
Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.
Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.
Beliau mendapatkan 30,348 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.
Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.
LAGI GAMBAR SEKITAR TANGKAPAN ANWAR
BERITA ANTARA GAMBAR SEKITAR TANGKAPAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TENGAH HARI SEMALAM
Anwar Ibrahim melambai ke arah wartawan ketika keluar dari IPK KL untuk menuju ke rumahnya.
DR. WAN AZIZAH DAN NURUL IZZAH TIBA DI IPK KL MALAM TADI
DR. WAN AZIZAH MELAMBAI KE ARAH WARTAWAN DI PEKARANGAN IPK KL
SUASANA DI KAWASAN SEKITAR IPK KL DIKERUMUNI ORANG RAMAI DAN ANGGOTA FRU.
MENTERI BESAR SELANGOR, TAN SRI KHALID IBRAHIM ANTARA YANG BERADA DI PEKARANGAN IPK KL MALAM TADI.
ANWAR IBRAHIM KETIKA DIBAWA KE HOSPITAL KUALA LUMPUR SEMALAM.
Anwar bebas jaminan polis pagi ini, kembali ke IPK 18 Ogos
(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Selepas ditahan polis lebih 18 jam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan atas jaminan polis, kata peguamnya Sankara Nair sebentar tadi.
Beliau dibebaskan kira-kira 9.40 pagi tadi.
Tiada sebarang pertuduhan akan dikenakan terhadap Anwar.
Pada 18 Ogos ini, Anwar akan kembali memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi.
Beliau dilihat keluar dari IPK Kuala Lumpur melalui pintu belakang dan meninggalkan premis itu dengan kereta yang dinaiki isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menuju ke rumahnya di Bukit Segambut.
Anwar dilihat meninggalkan perkarangan IPK KL pada 9.45 pagi melalui pintu pagar belakang yang menghala ke Jalan Hang Tuah dengan menaiki kereta pacuan empat roda warna hitam.
Beliau dilihat melambai tangan dari dalam keretanya ke arah petugas media yang cuba mengejar kenderaan beliau.
Seorang lagi peguam Anwar, R.Sivarasa, berkata Anwar ditahan sepanjang malam di dalam lokap kecuali ketika keterangannya diambil.
Sehingga dibebaskan, pihak polis masih terus mengambil keterangan daripada Anwar pagi ini bagi membantu siasatan dalam kes itu, katanya.
Anwar ditahan pada 1 tengah hari semalam oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kenderaan, 50 meter dari rumahnya di Segambut.
Bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Anwar telah memfailkan saman terhadap Mohamad Saiful kerana membuat laporan palsu berkenaan kejadian liwat itu yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lalu.
Turut serta mengiringi Anwar adalah kereta yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Kira-kira 35 minit kemudian, beliau tiba di rumahnya sambil ditemani oleh anak-anak dan isterinya.
Menurut peguamnya, Sankara, Anwar mengadu sakit belakang disebabkan tidur di atas lantai ketika ditahan reman sepanjang malam tadi.
Oleh itu, beliau akan menerima rawatan doktor di rumahnya.
Anwar dijangka akan membuat sidang media pada pukul 2 petang ini di rumahnya.
Difahamkan sebelum Anwar dibebaskan beliau telah diambil keterangan, susulan proses semalam.
Kira-kira 45 minit kemudian, peguamnya, Sivarasa Rasiah tiba di IPK.
Sementara Sankara pula tiba pada pukul 8.50 pagi.
Katanya, salah seorang pegawai penyiasat polis menelefon beliau untuk memaklumkan bahawa Anwar akan dibebaskan atas jaminan polis hari ini sejurus selesai memberikan keterangan kepada polis
Pasukan peguam Anwar telah mencuba untuk membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan atas jaminan polis sehingga tengah malam tadi.
Menurut Sankara, pegawai penyiasat itu juga berjanji kepada beliau di mana tahanan reman terhadap Anwar tidak akan dilanjutkan.
Turut serta adalah peguamnya yang ketiga iaitu Saiful Izham.
Pada pukul 9.30 pagi, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di IPKKL bersama tiga orang anaknya termasuk Nurul Izzah dengan menaiki kereta jenis Honda berwarna hitam.Anwar ditahan di IPK malam ini, Perdana Menteri jamin 'mata lebam' 98 tidak berulang
Oleh G. MANIMARAN, ARIFFUDDIN ISHAK, NURUL ALIN, ZANARIAH ABD. MUTALIB dan LEE YAN XIU
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur.
- foto SIN CHEW
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Selepas lapan jam ditahan polis, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini memberi jaminan kejadian "mata lebam" yang pernah dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis pada 1998 tidak akan berulang kali ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR ) itu ditahan kira-kira 1 tengah hari tadi mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat.
Sehingga 12.10 tengah malam, menurut peguamnya Sankara Nair, Anwar akan ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini.
Anwar ditahan polis, direman 24 jam
Oleh G. MANIMARAN, AFFIFUDDIN ISHAK dan LEE YAN XIU
Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni wakil media sejurus selepas memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya Beliau ditahan polis dekat rumahnya kemudian, kira-kira sejam sebelum dikehendaki hadir di IPK Kuala Lumpur. - foto REUTERS
(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar), ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.
Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di kawasan berhampiran dengan rumahnya.
Anwar mula memberikan kenyataan kepada polis mulai pukul 2.30 petang - kira-kira 70 minit selepas dibawa ke IPK Kuala Lumpur.
Beliau dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan DNA.
Kata Sankara polis boleh menasihatkan Anwar menjalani pemeriksaan di hospital tetapi tidak boleh memaksanya membekalkan sampel untuk DNA.
"Beberapa minit sebelum ditangkap, DSP Jude Pereira (pegawai penyiasat) menelefon saya dan mengesahkan tentang kedatangan mereka. Mereka kata hendak datang, tetapi (Anwar) ditahan di kawasan selekoh di Jalan Segambut (berhampiran rumah Anwar)," katanya.
Semalam polis telah mengeluarkan waran tangkap dan mengkategorikan Anwar sebagai suspek dalam tuduhan Mohd Saiful bahawa majikannya itu telah meliwatnya beberapa kali termasuk pada 26 Jun lalu. Kira-kira 200 penyokong Anwar pula sudah mula membanjiri kawasan berdekatan dengan IPK. Dia membuat laporan polis dua hari kemudian. Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan dakwaan seumpama itu selepas kali pertama pada 1998 dan September tahun itu juga beliau ditahan polis di rumahnya. Polis mengatakan bahawa anda (Anwar) ditahan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, Anwar akan direman 24 jam," kata Sankara dan menambah, polis perlu mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah jika mahu menahan Anwar lebih daripada 24 jam. Bagaimanapun, kata Sankara Anwar tidak digari semasa dibawa ke IPK. Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.15 tengah hari. Beliau ditahan di rumahnya di Segambut dekat sini selepas pulang dari memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya yang dibuat terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara pada 1 Julai lalu. Anwar keluar dari pejabat BPR pukul 12.10 tengah hari. Ketika ditemui wartawan di Putrajaya, Anwar berkata, beliau telah meminta BPR supaya proses memberi keterangan ditangguhkan kerana perlu hadir di IPK Kuala Lumpur pukul 2 petang ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat. Kata beliau: "Oleh kerana waran tangkap sudah dikeluarkan, saya perlu berada di IPK Kuala Lumpur dengan segera." Ketika ditanya mungkin ditahan, Anwar memberitahu, beliau bersedia jika polis hendak menahannya dan BPR boleh mengambil keterangan di lokap. Wartawan mStar Online yang berada di IPK Kuala Lumpur melaporkan Anwar dibawa dalam Pajero dengan diiringi kira-kira 15 buah kereta, dipercayai dinaiki anggota polis dan peguamnya. Surat arahan polis bertarikh 15 Julai (semalam) menyebut Anwar perlu hadir di IPK Kuala Lumpur dan menemui pegawai penyiasat Jude Pereira pada pukul 2 petang ini. Di IPK Kuala Lumpur Anwar ditemani peguam Sankara dan R. Sivarasa. Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula tiba di IPK dari Parlimen selepas dimaklumkan mengenai tangkapan Anwar. Beliau disusuli kehadiran peguam Karpal Singh yang tiba lima minit kemudian. "Sekarang tidak tahu keadaan lagi. Cara polis (menangkap Anwar) ganas, akan cuba menjamin beliau secepat mungkin," kata Azizah kepada para pemberita. Selepas keluar dari IPK, Dr. Wan Azizah meminta semua orang supaya bertenang. "Saya kecewa kerana polis bertindak sedemikian. Ini tidak diperlukan, saya kesal kerana suami saya ditangkap. "Kami sudah memberi jaminan bahawa Anwar akan datang sebelum pukul 2 petang," katanya lagi. Anak Anwar, Nurul Izzah memberitahu wartawan selepas memasuki bangunan IPK kira-kira 3.30 petang bahawa bapanya telah meminta ahli keluarga dan penyokongnya supaya berdoa. Terdahulu Karpal pula memberitahu, setakat ini (sehingga pukul 2.30 petang) Anwar tidak ditahan, cuma dibawa untuk memberi keterangan kepada polis. Sama ada ditahan ataupun sebaliknya hanya akan diketahui selepas keterangan diambil, kata Karpal. Beberapa pemimpin parti pembangkang juga kelihatan berada di IPK sejak Anwar dibawa masuk. Antara yang berada di ibu pejabat polis kontinjen itu ialah anak perempuan Anwar, Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR Tian Chua, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. |
Keputusan DEBAT antara DSAI vs DSC.
Round 1.
DSAI menang Besar!!!!
sebab: menjawab semua soalan yang diajukan mengikut fakta.
DSC kalah teruk!!!
sebab: tidak menjawab soalan sebaliknya termelalut menerangkan tentang sejarah DSAI yang lama.( masa kat U dulu).
Round 2.
DSAI menang Lagi!!!!
Sebab: tidak menjawab soalan yang berbentuk peribadi tetapi sebaliknya menggunakan masa yang ada untuk menerangkan keadaan ekonomi yang sebenarnya berlaku di malaysia malah di dunia kini..
DSC Kalah Besar!!!
sebab: kenyataan beliau bahawa kerajaan malaysia tidak mahu “mengajar rakyat malaysia dengan meurunkan harga minyak” macam cikgu sastera yang nak cuba ajar ekonomi lah pulak….
Round 3.
DSAI menang lagi besar!!!!
sebab: dengan tenang menerangkan kepada rakyat siapakah pengikut IMF yang sebenarnya….
DSC kalah lagi besar!!!!
sebab: langsung tidak menjawab soalan sebalik nya menceritakan tentang sejarah petronas!yang kita tahu penubuhan petronas itu memang untuk malaysia dan keuntungannya akan dapat dirasai nikmati oleh semua.
Pengulungan:
DSAI Menang di tambah BONUS Lagi.
Sebab: dapat mengulungkan semua fakta2 secara detail (satu persatu) dan yang penting sekali dapat BONUS,iaitu kita semua tahu baru-baru ini DSAI ada berkata saya akan istiharkan pilihanraya kecil di atas pentas ceramah nya..Namun hari ini beliau mengistiharkan Secara Langsung di TV…ini satu Bonus Kemenangan…
DSC:kalah teruk kerana tidak dapat menggulungkan usul harga minyak tetapi sebaliknya menggulungkan sapu tangannya dan menyapu air liur nya yang dah tidak tahan lagi mendengar kata-kata dusta yang keluar dari mulutnya….
Anwar ditahan polis jam 1 tengah hari tadi
Wan Azizah yang mengesahkan penahanan Anwar berkata, suaminya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari Putrajaya ke rumahnya di Segambut.
Penahanan Anwar dipercayai dibuat selepas polis mendapat waran tangkap supaya dia memberi keterangan berhubung dakwaan liwat membabitkannya.
Anwar dedah Najib punyai hubungan dengan Altantuya
Khamis, 3 Julai 2008 • Kategori: Berita Utama, English, Kenyataan, Nasional, Pilihanraya 2008
KUALA LUMPUR, 3 Julai (SK) - Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal hari ini mendedahkan Timbalan PM telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan pagi ini, Balasubramaniam telah memberikan beberapa butiran yang menunjukan hubungan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak bersama dengan Altantuya.
Beliau turut mendedahkan Najib Razak telah memperkenalkan Altantuya kepada Penganalisa Politik, Razak Baginda di satu pameran berlian di Singapura.
Namun apa yang menggemparkan adalah: Najib pernah menyetubuhi mangsa. Menurut Balasubramaniam, siasatan beliau mengesahkan berlakunya hubungan seksual diantara Timbalan Perdana Menteri itu dan mangsa.
Tambah Balasubramaniam lagi, mangsa tiada masalah untuk diliwat oleh Timbalan Presiden Umno itu.
Saiful Bukhari Azlan tinggal di kondominium mewah RM2.2 juta ?
Tue | Jul 01, 08 | 8:53:45 pm MYT
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Mungkin ramai yang ingin mengenali siapa susuk watak Saiful Bukhari Azlan yang telah 'menggegarkan' negara dan antarabangsa tentang aduan dan dakwaan liwatnya oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun kes ini belum pun diputuskan kesahihannya malah masih dalam siasatan mengikut lunas undang-undang, namun segala tindakan individu selama ini masih menimbulkan tanda-tanya yang sehingga kini belum lagi muncul daripada 'tempat persembunyiannya' walaupun setelah membuat aduan dan laporan polis di pondok polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu.
Satu laporan menyiarkan Saiful disifatkan sebagai seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.
Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.
"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.
Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre'.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang dipetik sebagai berkata mengakui gambar yang tersiar diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari lalu bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.
"Dia (pembantu Anwar) seorang pemimpin di kalangan pelajar. Dia pun ambil gambar dengan pemimpin lain. Soalnya bukanlah peranan sesiapa tetapi sama ada perkara itu berlaku atau tidak. Saya bukan orang di sebalik perkara ini. Itu terserah pada polis untuk tentukan," katanya.
Najib berkata pembantu Anwar itu merupakan bekas pemimpin pelajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala pegawainya di dalam gambar itu bertanggungjawab antara lain, bagi perkara berkaitan dengan pendidikan tinggi.
"Adalah menjadi lumrah tetamu, terutamanya para pelajar yang datang ke pejabat TPM (Timbalan Perdana Menteri), untuk mengambil gambar dengan pegawai-pegawai sebagai kenangan lawatan mereka," katanya. _
Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib
Sun | Jun 29, 08 | 2:13:55 pm MYT
SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.
Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.
Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.
Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.
Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.seterusnya
Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.
Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.
PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.
Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.
Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.
Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.
Tegakkan keadilan
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.
Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.Sebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.
Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.
Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.
Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.
Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.
Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.
Laporan Suruhanjaya Pita Lingam - Anwar jawab Mahathir

Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | May 12, 08 | 6:42:32 pm MYT
PETALING JAYA, 12 Mei (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menjawab tuduhan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ke atas dirinya berhubung isu klip video VK Lingam.
ImageKatanya ketika insiden dan rakaman itu dibuat, beliau masih berada di penjara Sungai Buloh.
"Saya maafkan Mahathir sebab dia terlupa saya masih di penjara Sungai Buloh pada tahun 2001," katanya sinis, dalam satu sidang media di Petaling Jaya sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Mahathir bahawa klip video itu dibuat untuk tujuan peras ugut.
Dr Mahathir juga dilaporkan berkata bahawa setiapkali seseorang itu membuat rakaman rahsia, niatnya ialah untuk mengugut dan beliau bimbang 'kerajaan telah menjadikan percubaan memeras ugut itu, berjaya'.
Anwar dibebaskan pada September 2004 ketika Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri manakala Isu klip video 'Linggam' muncul pada 2002 tetapi menimbulkan kontroversi di Malaysia pada tahun 2007.
Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka, Dato' V.K. Linggam dan seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002.
Sebelum itu dalam kenyataannya Anwar menggesa kerajaan mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam skandal kehakiman seperti dirumus oleh suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam.
Image"Perdana menteri Dato' Seri Abdullah Badawi berhasrat melaksanakan reformasi badan kehakiman, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dalam dilaksanakan.
"Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidakadilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu di bawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut," katanya.
Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar petang tadi:
Kami mengalu-alukan penyerahan Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai video klip Lingam kepada Yang Di-Pertuan Agong dan meminta laporan itu segara didedahkan kepada umum.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat melaksana reformasi badan kehakiman, seperti mana yang beliau umumkan sebelum ini, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dapat dilaksanakan.
ImageKami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidak adilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu dibawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut.
Amat mendesak sekali untuk kerajaan mengambil tindakan wajar mengembalikan keyakinan terhadap badan kehakiman serta memastikan agar penyiasatan dan pendakwaan salah laku jenayah oleh Jabatan Peguam Negara yang bebas dari gangguan pemerintah.
Ini pastinya melibatkan beberapa percanggahan dan kaedah yang dipertikai yang sewajarnya dipatuhi oleh pihak berwajib dalam penyiasatan kes yang melibatkan pimpinan kanan kerajaan termasuk kes-kes yang tercela seperti pembunuhan dan yang melibatkan dana yang besar.
Rakyat Malaysia prihatin tentang permasalahan tersebut dan justeru itu tidak harus diremehkan oleh pemeritnhn sekarang. Sebarang tindakan yang dianggap tidak bersungguh-sungguh bagi memulihkan kewibawaan badan kehakiman pasti nya tidak akan berhasil.
ANWAR IBRAHIM - mr
Ku Li: Wakil BN lompat boleh berlaku
Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan dakwaan PKR bahawa 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan melompat menyertai Pakatan Rakyat, boleh menjadi kenyataan.
"Saya kenal banyak ahli parlimen (BN) yang terpilih baru-baru ini adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sewaktu beliau masih berkuasa dahulu dan mereka masih rapat dengan beliau.
"Kemungkinan mereka akan berpihak kepada PKR jika kita tidak mengambil tindakan tegas untuk mengawal perasaan mereka," kata ketika menjawab soalan dalam pertemuan dengan kira-kira 500 ahli Umno di sekitar Subang Jaya di sebuah hotel terkemuka hari ini.
Sebelum ini, bekas menteri kewangan itu menyampaikan ucapan bertajuk 'Halatuju umno selepas pilihanraya umum ke-12' di wacana perubahan dan pemikiran anjuran pemimpin veteran Umno, Datuk Mazlan Harun di tempat yang sama.
Beliau menegaskan demikian ketika menjawab soalan hadirin berhubung kenyataan ketua umum PKR itu bahawa ahli-ahli parlimen BN di Sabah itu telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
"Kita tahu PKR begitu serius hendak kalah kita, bukan di peringkat negeri sahaja tetapi juga di peringkat persekutuan.
Perasaan pada Umno
"Hingga sekarang pun PKR hendak tumbangkan kita. Dia sudah dedahkan cita-citanya itu seperti yang dilaporkan dalam akhbar.
"Dia sudah kata dia ada cukup bilangan kerusi parlimen untuk tubuhkan kerajaan, kalau tidak pada 31 Ogos, mungkin pada 16 Ogos," tambah Tengku Razaleigh.
"Ini bukan cakap main-main. Perasaan orang Sabah terhadap Umno tidak seperti kita di sini. Kita di sini dilahir dan dibesarkan dalam suasana Umno.
"Segala yang kita sentuh ada kaitan dengan perjuangan Umno. (Tetapi) perasaan orang Sabah tidak seperti perasaan orang Umno di sini, tidak tebal," tegasnya.
Sehubungan itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau bimbang dengan sikap pemimpin Umno yang tidak mengambil serius tentang perkara tersebut.
Di samping itu, katanya, isu-isu yang membabitkan Sabah sepertimana yang dibangkitkan oleh pemimpin Umno di negeri tersebut masih belum diselesaikan sepenuhnya.
PKR serius
"Walaupun pemimpin kita telah melawat Sabah untuk menyelesaikannya, tetapi saya diberitahu bahawa tidak ada penyelesaian yang dicapai," tambahnya.
"Jangan fikir kita akan terus berkuasa...hanya 30 kerusi boleh ubah pemerintahan negara ini. Ini bukan sesuatu yang susah hendak dibuat," tegasnya lagi.
Tengku Razaleigh berkata beliau terserempak dengan Anwar dalam penerbangan dari Kota Baru hari ini dan bertanyakan soalan itu kepada bekas timbalan perdana itu.
"Saya tanya beliau (mengenai perkara itu), jawabnya dia serius. Itu jawapan beliau kepada saya.
"Tidak terjamin kita boleh kekal, tidak terjamin, itulah sebabnya saya sendiri risau dengan sikap pemimpin kita (mengenai dakwaan tersebut)," tambah Tengku Razaleigh
Umno perlu berubah
Sementara itu, dalam ucapannya, Tengku Razaleigh berkata, usaha memulihkan kekuatan Umno mesti bermula dari dalam organisasi itu sendiri.
"Umno perlu periksa semula sistem dan peraturan yang baik dikekalkan manakala yang tidak baik, yang boleh melemahkam Umno, perlu diubah dan diganti dengan yang lebih baik," katanya sambil menambah perubahan itu mestilah yang fundamental dan bukan di luaran sahaja.
Katanya, salah satu perubahannya ialah mengembalilkan demokrasi dalam Umno dan segala peraturan yang menyekat kebebasan Umno memilih pemimpin dan membuat Umno lemah, hendaklah diubah sebelum parti menjadi mangsa kepada peraturan tersebut.
Di samping itu, katanya, Umno mesti mengekalkan semangat kebangsaannya untuk kepentingan negara jika mahu terus kekal dan relevan sebagai 'parti kebangsaan Melayu' dan 'parti kebangsaan negara'.
"Umno, walaupun adalah parti Melayu, mesti bergerak atas dasar kebangsaan, tidak atas dasar perkauman. Dasar kebangsaan bererti dasar untuk kepentingan negara, tidak untuk kepentingan etnik," katanya.
Beliau berkata, jika Umno hendak mengatasi parti lain yang asasnya bercorak kaum, Umno mestilah mengamalkan visi, dasar dan matlamat yang bercorak kebangsaan, yakni merentas sempadan dan kepentingan etnik.
Katanya, beliau menimbulkan soal ini kerana tidak mahu Umno dianggap sebagai beban atau liabiliti oleh MCA, Gerakan dan MIC kepada Barisan Nasional (BN).
'Anak hilang ibu'
Selain itu, katanya, kerajaan BN dan Umno juga tidak membenarkan suara orang Melayu dari badan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengkritik dan cuba menyampaikan pandangan untuk kebaikan bangsa.
"Kadang-kadang mereka yang membantah dianggap pengkhianat kepada bangsa dan dituduh anti-kemajuan bangsa Melayu. Itulah budaya Umno sekarang," katanya.
Ekoran itu, tegasnya, NGO yang tidak sedikit jumlahnya yang pro-kerajaan, semakin lama semakin tidak aktif dan tidak berani serta tidak berkesan lagi sebagai suara alternatif bangsa Melayu.
"(Akhirnya) mereka kehilangan ibu seperti anak ayam kehilangan ibu...jadi mereka mencari ibu tiri dan menyokong perjuangan parti lain seperti PAS dan lebih ketara lagi PKR.
"Hari ini bila Umno dan BN tidak kuat lagi, NGO inilah yang bangkit mengadakan forum membincangkan tentang permuafakatan Melayu dan nasib bangsa Melayu selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, tanpa melibatkan parti-parti politik," tambahnya.
Di samping itu, tegas Tengku Razaleigh, lebih ramai orang Melayu yang suka membaca blog dan tidak lagi membaca media perdana yang mereka anggap dikawal oleh kerajaan atau Umno.
Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang - Anwar

Nabila Abdullah
Thu | Apr 24, 08 | 2:20:44 pm MYT
PENAMPANG, 24 April (Hrkh) - "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam.
Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.
"Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya.
Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN.
"Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus terburu-buru", katanya.
"Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang.
Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya.
Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti.
Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu.
Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi mangsa, ujarnya.
"Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya./wann.