LIVE DARI PARLIMEN

TERKINI

Showing posts with label pas. Show all posts
Showing posts with label pas. Show all posts

Kenyataan Penuh Bekas Rakan Kongsi Rohaizat Menafikan Tuduhan Umno

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Bukit Gantang Kini Kubu Kuat Pakatan Rakyat

Kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang Selasa lalu melambangkan perubahan minda rakyat yang mahukan landasan politik baru dalam kancah senario politik Malaysia yang merentasi fahaman agama, budaya dan kaum.

Peningkatan undi majoriti yang diperolehi Pakatan Rakyat juga memperlihatkan penolakan rakyat terhadap amalan dan percaturan politik kerangka lama yang di bawa oleh Umno dan Barisan Nasional yang berteraskan kepada politik ugutan, perkauman.

Dalam sidang media yang diadakan di Markas Pas Air Kuning, Taiping pagi tadi, Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri Perak, Asmuni Awi berkata kemenangan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah hasil sokongan padu semua lapisan masyarakat di Bukit Gantang dengan peningkatan undi kepada Pakatan Rakyat.

"Secara keseluruhannya Pakatan Rakyat berpaus hati di atas prestasi kami yang memuaskan di Bukit Gantang. Dakwaan bahawa jumlah pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat juga dapat ditangkis melihat kepada peratusan yang diperolehi sebanyak 43 peratus pada PRK ini berbanding 40 peratus semasa pilihan raya umum lalu," Asmuni berkata.

Pada sidang media harian yang terakhir beliau juga memberi statistik berhubung PRK P059 yang baru berlangsung.

Menurut Asmuni peningkatan jumlah pengundi yang keluar mengundi juga membantu kemenangan Pakatan Rakyat daripada 72.6 peratus pada PRU 2008 kepada 75 peratus pada PRK Bukit Gantang, masing-masing 40,301 dan 41,626.

Peratusan sokongan undi kaum Cina juga meningkat daripada 65 peratus kepada 75 peratus sementara undi kaum India tidak banyak berubah sekitar 62 peratus.

"Pakatan Rakyat mendapat undi padu daripada pengundi Cina di Bukit Gantang kerana mereka sekarang faham Pas bukanlah parti seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Umno dan BN bahawa sekiranya mereka menyokong Pas mereka akan dikenakan hukum hudud, tidak boleh makan babi, tidak boleh minum arak dan sebagainya.
"Kini orang Cina faham Pas dan Pakatan Rakyat sebenarnya menghormati budaya dan budaya kaum Cina malah melindungi hak dan kepentingan mereka.
"Ini mereka dapat melihat perlaksanaan dasar Pakatan Rakyat selama 11 bulan ia memerintah Perak dan juga di negeri Kedah dan Selangor," jelas Asmuni lagi.

Jumlah pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat juga meningkat berbanding luar bandar disebabkan faktor akses kepada maklumat.

Dari segi undi menurut pecahan dewan undangan negeri, Pakatan Rakyat menang lima daripada 13 peti undi di Kuala Sepetang dengan peningkatan 1,000 undi daripada 7,490 kepada 8,496 sementara BN juga menunjukkan sedikit peningkatan daripada 6,193 kepada 6,259.

Pakatan Rakyat kalah di lapan daripada 11 peti undi di Changkat Jering, penurunan satu peti undi berbanding PRU 12.

Di DUN Trong pula Pakatan Rakyat menang di 6 peti undi, merosot satu peti undi berbanding PRU 12 tetapi jumlah undi yang diperolehi naik sedikit daripada 3.301 kepada 3,367 sementara BN mendapat 4,124 berbanding dulunya 4.021.

Antara peti undi dimenangi Pakatan Rakyat di Trong termasuk Pekan Trong, Trong Barat, Air Terjun, Sg Rotan dan Kuala Trong manakala di Pulau Pasir Hitam Pakatan Rakyat dan BN seri.

Peratusan saluran 4 dan 5 yang mewakili pengundi muda menunjukkan peningkatan bagi Pakatan Rakyat di kebanyakan peti undi menandakan golongan muda mahukan perubahan kepada sistem politik yang di amalkan Umno dan BN selama ini.

"Dalam pilihan raya kecil ini kita lihat semua isu seperti derhaka, tanah kepada masyarakat Cina miskin berjaya kita cairkan sehingga isu-isu ini sudah tidak lagi relevan.
"Dua atau tiga hari sebelum hari mengundi umno dan BN menukar taktik dan menyerang peribadi Datuk Seri Nizar dengan sementara kami tidak pernah menyerang sekali pun peribadi calon BN.
"Kami hanya menumpukan kepada penerangan isu-isu melalui ceramah, risalah dan sebagainya.
"Tidak pernah saya melihat sepanjang saya menjadi pengarah operasi pilihan raya Perak Umno dan BN terlalu terdesak sehingga jelek dan jijik sekali taktik mereka seperti yang mereka lakukan di Bukit Gantang.
"Ini menunjukkan Umno dan BN amat terdesak dan tertekan, mereka tidak akan berubah jadi mereka akan rebah selepas ini," kata Asmuni.

Beliau juga berkata pihak Pas bersama-sama Pakatan Rakyat akan mengambil langkag konkrit untuk terus memberi penerangan kepada rakyat Bukit Gantang mengenai fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan BN terutamanya di semua kawasan.

"Sejak merdeka lagi Bukit Gantang menjadi kubu kuat Umno tetapi selepas ini ia akan menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pula.
"kami akan kuatkan jentera dan sekretariat bagi membantu Datuk Seri Nizar dan akan berusaha sedaya upaya kami untuk memenuhi segala keperluan rakyat Bukit Gantang dan memberi khidmat sebaik mungkin tidak kira siapa," ujar beliau.

Asmuni berkata kini rakyat Bukit Gantang telah menghantar isyarat supaya dewan undangan negeri Perak dibubarkan segera agar rakyat dapat memilih kerajaan pilihan mereka.

dari: http://www.tvantara.com

Bkt Selambau cipta sejarah: 15 calon!

mstar-Mar 29, 09 9:34am

kemaskini 11.01am Tiga pilihanraya kecil berjalan serentak hari ini bagi kawasan-kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Penamaan calon yang bermula jam 9 pagi tadi akan disahkan jam 11 nanti jika tiada bantahan. Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan calon-calon yang bertanding.

Setakat ini di Bukit Gantang, calon BN Ismail Safian (umno) berdepan dengan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Di Batang Ai, calon BN Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang dan calon bebas Johnny Chuat.

Pemimpin PKR Sarawak, Dominique Ng mendakwa calon bebas menarik diri di saat akhir dan menyokong calon parti itu.

Beliau juga mempersoalkan sama ada calon BN benar-benar melepaskan jawatannya sebagai pegawai daerah.

Di Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.

Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.

Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.

Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut.

Ketiga-tiga pilihanraya ini diadakan serentak pada 7 April ini.

SUASANA PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG-mstar online

9.45 PAGI : Polis dan pemimpin Pakatan Rakyat terpaksa menenangkan penyokong-penyokong Pakatan yang bersorak dan berteriak. Kumpulan ini berada berhampiran dengan pondok khas tetamu BN yang berada dalam kawasan dewan penamaan calon, wujud sedikit ketegangan.

9.43 PAGI : Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin bersalam dengan penyokong PAS disambut dengan sorakan.

9.35 PAGI : Calon bebas, Kamarul Ramizu masuk ke dalam dewan bagi menyerahkan borang penamaan calon.

9.30 PAGI : Jumlah orang ramai yang berhimpun di sekitar pusat penamaan calon hampir 20,000.

9.20 PAGI : Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di kawasan dewan penamaan calon.

9.15 PAGI : Bekas MB Perak Nizar Jamaluddin dan calon BN Ismail Safian sudah serah borang penamaan calon.

9.10 PAGI : Calon BN, Ismail Safian tiba dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

9.05 PAGI : Datuk Seri Mohamad Nizar masuk menyerahkan borang penamaan calon.

9 PAGI : Proses penamaan calon bermula.

8.45 PAGI : Calon PAS, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tiba.

8.30 PAGI : Hampir 12,000 orang sudah mula berhimpun melibatkan kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat.

Kelihatan lebih ramai penyokong Pakatan.

8 PAGI : Pemimpin kanan BN dan Pakatan mula berhimpun termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih Timbalan Presiden Umno Khamis lalu.

7.50 PAGI : Pasukan FRU dikerah untuk mengelak suasana tegang dan kumpulan penyokong Pakatan Rakyat diarah beralih sejauh 100 meter dari kawasan himpunan BN.

7.40 PAGI : Suasana tegang mulai dirasai dengan penyokong-penyokong mula 'bersemuka' dalam jarak tidak sampai 10 meter.

7.30 PAGI : Ribuan penyokong mula berkumpul di kawasan sekitar Wisma Perbandaran Taiping.

Hanya 19 peratus Melayu mahu Umno perintah

KUALA LUMPUR, 13 Mac : - Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk " Umno corrupt, says survey".

Menurut laporan itu, dalam tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 responden itu, prospek Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi.

Hanya satu peratus responden berbangsa Cina dan tiga peratus responden berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.

Lebih buruk lagi, tidak ada seorang pun responden Cina yang percaya Umno akan melaksana dan menunaikan janjinya walaupun satu peratus di kalangan mereka yang menaruh harapan kepada Umno untuk membangunkan negara ini.

Tinjauan pendapat itu juga jelas memperlihatkan imej Umno semakin buruk.

61 peratus berpendapat rasuah adalah masalah Umno yang paling serius manakala 13 peratus peratus berpendapat masalah kedua Umno yang paling serius ialah kegagalan parti itu memahami masalah rakyat.

Selaras dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap, lemah dan pengecut, para pengundi juga bimbang dengan "pemimpin yang lemah" dan "pentadbir ekonomi yang lemah" dalam Umno.

Dari 1,031 responden itu, 57 peratus adalah orang-orang Melayu, 31 peratus China and 12 peratus India berdasarkan tinjauan rawak.

Kajian Merdeka Center itu dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, mengulas isu rasuah Umno di dalam blognya, Dr Mahathir tidak percaya ada ahli-ahli parti itu yang akan didapati bersalah kerana terlibat dengan rasuah politik menjelang pemilihan parti itu bulan ini.

"Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah," katanya.

Mengulas pendedahan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang mendedahkan bahawa pihaknya menerima 900 aduan yang sebahagiannya berkaitan dengan politik wang, Dr Mahathir berkata: "Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.

"Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut.

"Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?"

Sekarang, kata bekas Presiden Umno itu, "kita dengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti.

"Katanya ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah? Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas?"

Menurut Dr Mahathir, wakil-wakil ke perhimpunan agong Umno bulan ini "boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka.

"Tetapi ingat. Rakyat sedang memerhati tingkahlaku Umno dan pemilihan yang akan dilakukan," katanya.

Dr Mahathir mengingatkan, jika pada bulan Mac tahun lalu ramai rakyat termasuk juga ahli-ahli Umno yang kecewa telah mengundi parti lawan, dalam Pilihanraya Umum ke-13 mereka ini akan mengundi parti lawan sekali lagi jika mereka lihat Umno sudah diambilalih oleh perasuah.Harakahdaily.

PAS, letak ADUN Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu

CALON PAS... Mohd. Abdul Wahid Endot selepas diumumkan sebagai calon PAS bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Batu Burok malam tadi. - foto The Star oleh M. AZHAR ARIF

PETALING JAYA: Dilihat sebagai pengumuman mengejutkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wakaf Mempelam lima penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan ini.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.

Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak, diumumkan di Kuala Terengganu pada pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang membuat pengumuman itu di Stadium Negeri di Batu Burok berkata, memilih calon PAS memang sukar tetapi "satu-satunya yang berada dalam fikiran kami merupakan calon yang berkebolehan."

Abdul Hadi berkata, beliau sendiri yang memilih Mohd. Wahid yang menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990, dan ia mendapat restu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Menurutnya dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai) dan istiqarah (sembahyang dan minta petunjuk).

"Sangat susah pilih calon Pas kerana caloncalon yang diketengahkan semuanya baikbaik... tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik," katanya.

Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan bekas graduan jurusan sains perikanan dan marin dari Universiti Putra Malaysia.

Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

KOMEN ABDUL WAHID

Sementara itu, Mohd Abdul Wahid ketika ditemui berkata, beliau mempunyai banyak isu yang hendak ditimbulkan semasa berkempen untuk pilihan raya kecil itu nanti.

Bagaimanapun beliau enggan menjelaskan isu-isu berkenaan buat masa ini.

"Tunggu. Banyak masa lagi untuk berkempen.

"Bila tiba masanya saya akan kupas satu persatu ikut keperluan semasa," katanya.

Mohd Abdul Wahid berkata, beliau juga tidak akan menyerang peribadi lawannya ketika berkempen untuk pilihan raya kecil itu.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid yang merupakan pemimpin peringkat nasional, Mohd Abdul Wahid berkata, kedudukan itu tidak menjamin kemenangan seseorang calon.

BN mengumumkan calonnya dua minggu lalu dan persaingan kali ini dijangka empat penjuru termasuk dua calon Bebas.

Wakaf Mempelam merupakan salah satu bahagian DUN dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Tiga DUN yang lain ialah Bandar, Ladang dan Batu Burok.

KOMEN WAN FARID

Wan Ahmad Farid ketika diminta mengulas mengenai calon PAS itu berkata, siapa pun lawan yang dinamakan untuk menentang beliau, ia tidak akan mengubah pendekatan BN serta falsafah parti untuk mendekati dan membawa mesej pembangunan kepada penduduk Kuala Terengganu.

Katanya, BN juga tidak gentar dengan isu-isu yang akan dibawa Pas semasa kempen nanti kerana ia adalah isu sama yang dibawa parti itu pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Beliau berkata, rakyat sendiri sudah dapat membuat penilaian dan memilih wakil BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail pada pilihan raya umum itu.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari ini dengan 11 hari berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Razali yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.

Jumlah keseluruhan pemilih berdaftar sehingga 4 Disember lalu dan layak mengundi ialah seramai 80,229 termasuk 1,035 pengundi pos.

Sebanyak 36 pusat mengundi disediakan di Parlimen Kuala Terengganu.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/2/mstar_berita/20090101225516&sec=mstar_berita


Umno Perak kini semakin gelabah - Mursyidul Am PAS

KOTA BHARU, 30 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pelawaan Umno untuk menubuhkan kerajaan bersama PAS di Perak menggambarkan parti itu kini semakin gelabah.

Mursyidul Am PAS berkata, pelawaan itu membuktikan parti tersebut begitu menyesal terhadap apa yang telah dilakukan terhadap PAS selama ini sehingga terpaksa mengajak untuk bergabung sekarang.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran tabung Penambahbaikan Masjid Al-Baraah dan Ceramah Israk Mikraj di perkarangan Pasar Besar Siti Khatijah hari ini katanya, tindakan seperti dilakukan Umno Perak menggambarkan mereka bermasalah.

"Kalau di dunia sudah memperlihatkan masalah, apa lagi�kalau di akhirat, lagi bermasalah," kata beliau.

Image Kelmarin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dilaporkan mengajak PAS menubuh kerajaan campuran di Perak sebagai simbol perpaduan Islam dan Melayu.

Ekoran tawaran tersebut Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian petang semalam membuat laporan polis kerana menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Perak itu mempunyai unsur-unsur rasuah.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata, keputusan mengenai perkara akan dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Lumpur esok.

Beliau yang akan menghadiri mesyuarat itu esok menjelaskan pendiriannya tetap sama sebagaimana sebelum ini iaitu muqabalah dibolehkan dengan Umno dan tidak mungkin untuk bergabung dalam pakatan politik.

"Muqabalah dengan sesiapa sahaja boleh, sebab Islam sendiri telah mengajar pertemuan perlu diadakan sekiranya ia dapat menyelesaikan masalah masyarakat.

"Nabi Muhammad saw pernah mengadakan muqabalah dengan kaum musyrikin untuk menyelesaikan masalah masyarakat di zaman baginda.

"Begitu juga sekarang muqabalah dengan sesiapa pun boleh, tetapi jangan libatkan gabungan politik," ujarnya. Image

Menurutnya, muqabalah, muzakarah, musyawarah atau seumpamanya tiada masalah diadakan, sebaliknya berbincang politik dengan parti lawan (Umno) perlu berhati-hati kerana peristiwa lama telah berlaku 50 tahun lalu.

Beliau menegaskan PAS memang terluka hati dengan tindakan Umno menyingkir PAS setelah bergabung dalam Barisan Nasional pada 1970-an.

"Peristiwa Memali, peristiwa Lubuk Merbau, penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan dan membatal pendaratan minyak dan gas di Pantai Senok Bachok adalah antara peristiwa yang tidak mudah dilupakan," ujarnya.

Beliau juga berkata, muqabalah yang diadakan di antara pemimpin PAS dan Umno sebelum ini menyebabkan situasi tidak tenang berlaku di kalangan penyokong PAS.

"Mereka marah saya macam-macam sehingga pedih telinga mendengarnya," ujar beliau. - mj � _

Siumankah Untuk Mengatakan Pas Bekerjasama Dengan Umno

Listed by -mbo -

Oleh YB Hj Mahfuz Omar
TIDAK semena-mena bertiup kencang cerita PAS sedang berunding dengan Umno untuk mengadakan kerjasama atau pakatan politik, kononnya demi ketuanan politik Melayu. Entah siapa yang memulakannya, tetapi ia telah tersebar luas di blog-blog dan juga berkeliaran dalam sms.

Ramai juga peminat politik yang percayakan desas-desus ini kerana mungkin logik juga kalau hendak dicarikan sebab mengapa PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tetapi ramai yang memandang jejek kepada perbuatan ini jika PAS berhasrat demikian.


Tidak timbul isu ini benar atau tidak, kerana saya sudah pun menafikan adanya rundingan sulit untuk ‘mengahwinkan’ PAS dengan Umno. Lagipun perkahwinan politik seperti ini mungkin ‘tidak sah’ kerana antara PAS dan Umno memang tidak ‘sekufu’. PAS mempunyai dasar Islam, sedangkan Umno ‘beraqidah’ Islam Hadhari. Jika Umno itu ‘ahli Kitab’ ada juga tendensinya, tetapi dengan Islam Hadhari ini PAS terpaksa menjauhkan diri. Lagipun PAS amat tidak sekufu dengan Umno kerana PAS adalah parti yang masih suci, sedangkan Umno sudah terpalit dengan noda-noda rasuah, politik wang, kronisme, nepotisme dan macam-macam kebejatan yang lain.

Ada pihak yang berpandangan supaya PAS tidak harus ‘menjual mahal’ dalam konteks kepentingan politik nasional, tetapi isu yang berbangkit sekarang bukannya kepentingan negara, sebaliknya adalah kepentingan survival politik Umno itu sendiri. Kerjasama ini adalah talian hayat yang amat diharapkan oleh Umno dan sudah tentu mereka sanggup bergolok-gadai untuk memenuhi keperluan PAS demi talian hayat ini. PAS tidak akan menjual maruahnya dengan harga yang murah kepada Umno, sebaliknya akan terus mempertahankan prinsip demi kepentingan dan kebajikan rakyat yang sudah lama dipijak-pijak oleh Umno/BN apatah lagi kini dengan kenaikan harga minyak, kerajaan Umno/BN tergamak membawa satu usul dalam perlimen bagi menghalalkan tindakan untuk menindas rakyat. Maka ternyatalah 129 ahli-ahli perlimen BN menyokong usul untuk menindas rakyat. PAS akan terus memikul amanah dan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat, dan akan terus memberikan pembelaan kepada rakyat yang ditindas oleh kerajaan BN.

Sejarah telah membuktikan bahawa PAS adalah parti yang paling terbuka di negara ini sehingga menjadi parti yang paling banyak menjalin kerjasama politik. Keterbukaan Islam yang didukung oleh PAS diterjemahkan melalui siri-siri kerjasama sama bukan sahaja dengan orang Melayu, bahkan semua kaum. PAS pernah duduk semeja dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya dalam National Conference pada 1953, kemudian menyertai National Convention yang turut diserati oleh Umno dan MCA mulai September tahun yang sama. PAS juga berpakat dengan parti-parti kiri ketika memperjuangkan kemerdekaan, sebelum bekerjasama dengan Dato’ Onn dalam pilihan raya 1959. Kerana kerjasama PAS Dato’ Onn menang di Terengganu.

PAS juga mempunyai hubungan yang baik dengan Sosialis Front pada 1959 dan 1964 walaupun pakatan itu dianggotai oleh pendukung sosialis seperti Parti Rakyat, Parti Buruh dan National Convention Party. Selepas krisis politik 1969, PAS telah memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan yang ketika itu sudah disertai oleh parti-parti dari Sabah dan Sarawak, selain PPP dan Gerakan. Pada 1986, PAS bersama tiga parti lain menubuhkan Harakah Keadilan rakyat (HAK), di samping hubungan dengan masyarakat Cina melalui CCC. Kemudian PAS menyertai pula Angkatan Perpaduan Ummah (1988-1996) dan Barisan Alternatif (1999-2008) sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas pilihan raya ini. Inilah keterbukaan PAS!

Dengan Umno sendiri, PAS sudah dua kali berpengalaman. Pada 1953, atas usaha keras bapa Perdana Menteri, Ustaz Haji Ahmad Badawi, PAS meninggalkan Dato’ Onn dan National Conference untuk menyertai National Convention yang ditaja oleh Umno-MCA. Apabila berunding tentang pilihan raya pertama, cadangan PAS untuk membela kepentingan orang Melayu dengan menolak jus soli dalam hak mengundi serta menambahkan wakil ekonomi Melayu dalam Dewan Undangan Persekutuan telah ditolak oleh Umno. Umno bersikap demikian kerana menjaga kepentingan MCA. PAS tidak dapat menerima kerjasama yang membunuh bangsa sendiri, lalu keluar daripada National Convention sebelum 1953 berakhir.

Apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969, PAS memandang kepentingan perpaduan nasional dan survival politik orang Melayu. Walaupun Muktamar Khas PAS meluluskan dengan majoriti mudah – sebagai tanda berat hati PAS – Kerajaan Campuran PAS-Perikatan dibentuk pada 1973. Kemudian PAS bersama-sama parti lain menubuhkan Barisan Nasional pada 1974. PAS yang mencadangkan nama Perikatan ditukar kepada BN dan simbol dacing itupun dicadang oleh Dato’ Mohd Asri bagi menggantikan Kapal Layar. Tun Ghafar Baba melukiskan simbol dacing itu. Tetapi Umno mengkhianati PAS dengan memainkan peranan untuk melagakan pimpinan PAS di Kelantan, kemudian didaruratkan Kelantan.

Akibat darurat itu, PAS kehilangan Kelantan yang dikuasainya sejak 1959. PAS terpaksa menentang usul mendaruratkan Kelantan kerana percaya ada tujuan politik sulit di sebalik undang-undang darurat itu. Tetapi PAS tidak mengkhianati BN dengan keluar dari pakatan itu seperti yang dilakukan oleh PBS pada 1990 dahulu. Sebaliknya, Umno yang mencadangkan supaya PAS disingkirkan pada Disember 1977 dan akhirnya PAS tidak lagi sebulu dengan Umno. Sejak itu, PAS sentiasa ditindas dalam berbagai-bagai isu seperti Pembunuhan Memali, Ops Lalang, Ops Kenari dan lain-lain. Namun, PAS masih bersedia duduk semeja dengan Umno ketika membantah isu nuklear dan isu Palestin kerana kepentingan kemanusiaan.

Hari ini apabila Umno sudah tersepit, mereka mencari PAS semula seperti mana Tun Razak lakukan dahulu. Mereka sanggup tawarkan apa sahaja jika PAS bersedia. Tidak cukup dengan itu, dek cemburu oleh kejayaan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, mereka melancarkan perang saraf kononnya PAS sedang berunding dengan Umno. Mereka mahu PAS renggan dengan rakan Pakatan Rakyat dan terus menggoda PAS supaya terima sahaja tawaran mereka. PAS sedar tawaran ini bukannya untuk menjayakan matlamat politik PAS, tetapi memberikan nyawa baru kepada Umno yang sudah tidak diyakini lagi oleh rakan-rakan BN mereka. Bila adalah wartawan mengatakan PAS adalah ‘real kingmaker’, Umno merasakan PAS pasti terjerat.

PAS tidak akan mengambil sikap demikian walaupun ada pandangan pemerhati politik picisan yang melihat bahawa PAS perlu memanfaatkan peluang ini jika mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang diperjuangkannya. Pemerhati-pemerhati politik ini berpandangan bahawa PAS masih sukar ‘bernafas’ dalam Pakatan Rakyat yang ada DAP ini. Mereka membangkitkan keadaan di Selangor yang lebih ‘mesra kandang babi’ daripada ‘mesra masjid’. Inilah peluang PAS untuk memaksa Umno melaksanakan Islam, kata mereka. Ada kebenarannya. Tetapi kepimpinan PAS melihat bahawa tawaran kerjasama dengan Umno ini tidak akan membawa PAS ke matlamatnya, sebaliknnya menjadi alat untuk memulihkan semula Umno yang sudah parah itu.

Pada saya, walaupun banyak perkara yang perlu dirunding dan disepakati oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang memerintah di lima negeri, tetapi semua harus faham umur Kerajaan Pakatan Rakyat baru mencapai 100 hari dan amat memerlukan kesabaran komitmen semua pihak. PAS tetap bersabar dengan karenah rakan-rakan yang baru belajar memerintah dan yakin rakan-rakan Pakatan Rakyat tidak memandang sebelah mata kepada PAS. Kesemua pihak dalam Pakatan Rakyat mestilah boleh menerima dan memberi yang penting semua parti mesti setia sebagai rakan pakatan. Ketiga-tiga parti mesti melihat bahawa setiap antara mereka ada wibawanya yang harus dihormati, dengan itu sahaja pakatan ini boleh dipertahankan.

Jika ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat adil sesama senndiri, maka saraf Umno untuk memecahkan pakatan ini akan menjadi seperti menjual buah yang tidak laku dan akhirnya busuk begitu sahaja. Tetapi, jika kita sengaja membiarkan ketidakpuasan hati ahli-ahli dan penyokong-penyokong pakatan di bawah, mungkin mereka akan berubah sikap terhadap pakatan ini. Sebab itu mungkin ada ahli dan penyokong-penyokong bersikap positif dengan desas-desus kerjasama ini. PAS sudah beberapa kali belajar daripada ‘eksploitasi politik’ Umno ini dan adalah mustahil PAS dipatuk pada lubang yang sama sekali lagi. Pimpinan tertinggi PAS sudah bertegas bahawa tidak akan ada rundingan dan kerjasama politik PAS-Umno selagi Umno dengan wajah yang sedia ada. Mursyidul Am PAS sudah bertegas dalam soal ini.

Pada masa ini ahli-ahli PAS atau ahli serta penyokong Pakatan Rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah palsu ini. Ia adalah serangan minda untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan masa depan Umno. Pimpinan PAS amat sedar tentang siuman atau tidak untuk menerima kerjasama ini. Kalau kita percayakan khabar angin ini, maka kita seolah-olah tidak siuman sebenarnya, bahkan Umno sendiripun tidak siuman jika terus mewar-warkan berita palsu ini. Bukan PAS namanya jika kita meninggalkan harapan besar rakyat, kerana mengejarkan pangkat dan wang ringgit yang ditaburkan. Lebih tidak siuman jika kagum dengan dunia sehingga melupakan perjuangan panjangnya. Adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat yang dibinanya dan ‘memuziumkan’ Umno bersama kebobrokannya.

YB Hj Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ezam ibarat ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekornya dipenuhi najis

Mohd Rashidi Hassan
Thu | May 29, 08 | 4:33:19 pm MYT

Ada banyak rumours diperkatakan apabila Ezam Mohamed Nor menyerahkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam.

Ezam mengatakan beliau berhasrat masuk Umno bukan kerana mengkagumi personaliti Abdullah, sebaliknya perubahan dasar yang dijalankan khususnya dalam persoalan Badan Pencegah Rasuah dan isu kehakiman, begitu menarik minatnya.

Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah.

BN dan Umno sudah berubah? Benarkah begitu? Apakah pendirian yang diambil Ezam sekarang ini, sinomin dengan perjuangan beliau selama ini?

Ezam sejak dua tahun lepas adalah orang yang tidak berparti. Kisah Ezam keluar KeADILan bukan lagi menjadi isu. Dua tahun lalu beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda atas alasan hendak menumpukan kepada Gerak.

Namun, ada yang mengatakan beliau bergaduh dengan Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmi Ali, ada juga yang mendakwa Ezam bergaduh dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ketika Anwar dipecat pada tahun 1998, Ezam adalah Setiausaha Politiknya, manakala Azmin sebagai Setiausaha Sulit.

Kedua-dua anak muda ini merupakan antara tonggak utama dan orang kepercayaan Anwar untuk menggerakkan gerakan reformasi semasa Anwar merengkok dalam tahanan.

Dalam parti politik, pemimpin memang ada banyak perbezaan pendapat. Soal pergaduhan dan bagaimana bentuk pendekatan masing-masing tidak perlu dihuraikan di sini.

Kunjungan Ezam ke Harakah

Kira-kira tiga minggu sebelum Parlimen dibubarkan Februari lepas, Ezam Mohd Noor berkunjung ke pejabat Harakah, menemui Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman.

Jika tidak silap, hari itu hari Ahad. Hari cuti. Banyak pejabat ditutup, begitu juga dengan Harakah. Hanya dua tiga orang sahaja yang bekerja.

Kami mencadangkan perjumpaan dibuat pada hari lain, namun beliau tetap mahu berjumpa katanya, atas urusan yang amat penting.

Saya dimaklumkan oleh Ketua Pemberita, Wan Nordin Wan Yaacob tentang kehadiran Ezam bertemu dengan Lutfi, tetapi tidak dapat turut serta kerana ada tugasan di Alor Setar.

Butiran mengenai pertemuan tersebut dimaklumkan oleh Lutfi dalam mesyuarat Jabatan Pengarang selepas itu.

Dalam pertemuan tersebut saya dimaklumkan Ezam begitu beriya-iya meminta dibekalkan bahan-bahan untuk membantunya berkempen membantu pembangkang, khususnya PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 12.

Bahan utama yang diminta beliau ialah mengenai laporan Badan Pencegah Rasuah dan sebarang dokumen mengenai penyelewengan yang membabitkan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Seri Mohd Khir Toyo.

Bahan-bahan tersebut sememangnya ada pada Lutfi, kerana sebelum ini beliau begitu giat mendedahkan apa yang disifatkan penyelewengan, salah laku dan rasuah yang membabitkan seorang bertaraf MB.

Pada saya, apa yang diminta Ezam barangkali ada relevannya dengan peranan beliau sebagai Pengerusi Gerak, yang digiat memperjuangan budaya bersih rasuah dalam negara.

Namun, sampai kesudah Lutfi enggan menyerahkan dokumen tersebut, setelah didesak beberapa kali oleh Ezam.

Saya bertanya kepada Lutfi, mengapa tidak diberikan sahaja dokumen itu kepada Ezam, barangkali boleh membantu kempen PAS di Selangor.

Namun Lutfi enggan memberikan, katanya, dia berasa hairan mengapa Ezam tiba-tiba meminta dokumen mengenai Khir dan merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku.

Benarkah Ezam dibeli?

Sewaktu saya berbual-bual dengan rakan-rakan KeADILan di pejabat Anwar di seksyen 16 Petaling Jaya beberapa hari sebelum PRU, saya ada memaklumkan kepada mereka bahawa bekas sahabat baik mereka ada mengunjungi Harakah.

"Ah! Engkau pedulikan sahaja dia tu, dia dah kena beli dengan Khairy (Khairy Jamaluddin)," dakwa seorang bekas Setiausaha Anwar.

Belum pun saya bertanya lebih lanjut beliau mendakwa, "Kami dapat maklumat dari budak-budak Gerak, RM1 juta dah masuk dalam akaun dari Norza, budak Khairy."

Saya faham mereka mendakwa seolah-olahnya Ezam sudah memperolehi sesuatu dari Khairy, melalui Dato' Norza Zakaria, Ahli Majlis Tetinggi Umno, yang dikaitkan sebagai kroni rapat menantu PM itu.

Persoalan mengapa Ezam meminta dokumen mengenai Khir Toyo terjawab. Khairy dikatakan tidak menyukai bekas MB Selangor itu dan berusaha untuk menjatuhkannya dengan menggunakan Ezam.

Oleh kerana itu pada saya, kebimbangan Lutfi di atas gaya body language Ezam dalam pertemuan mereka barangkali juga ada asasnya.

Di kalangan KeADILan diberitahu, Ezam ada membuat beberapa kali pertemuan dengan Khairy, sebelum ini.

Kes tentang apa yang didakwa membabitkan 'perundingan' Ezam dengan pemimpin-pemimpin Umno bukannya baru.

Beberapa tahun lepas, didedahkan kes yang sama timbul sewaktu 'perundingan' diadakan dengan Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kalangan yang masuk Umno ketika itu, membabitkan bekas Naib Ketua Pemudanya, Zahid Mat Arif dan bekas tahanan ISA, Lokman Nor Adam yang didakwa memperolehi sejumlah wang atau 'ghanimah politik' di atas penggadaian prinsip perjuangan mereka.

Zahid dan Lokman beserta beberapa yang lain, ditempelak hebat kerana meninggalkan perjuangan untuk memasuki Umno.

Ketika Lokman ditempelak, untuk menjawab segala tohmahan, Lokman mengatakan bukan inisiatif beliau pada asalnya pertemuan yang diadakan di sebuah hotel di Subang dibuat.

Katanya, beliau ada bukti dan gambar ada pimpinan tertinggi KeADILan yang mengetuai delegasi perundingan untuk memasuki Umno, ketika itu.

Ada yang mengatakan dakwaan mereka ada kaitannya dengan Ezam.

Jika ini benar, soal Ezam hendak masuk Umno, bukannya perkara baru. Maka Ezam tidak boleh mengelak untuk dikaitkan dengan persepsi bahawa, perundingan beliau masuk Umno barangkali membabitkan soal jawatan dan 'peruntukan'.

Soal banyak mana, apa yang diperolehi oleh Ezam dan rakan-rakan rapatnya, yang mendorong mereka memasuki Umno, tidak dapat dipastikan.

Apa yang Ezam mampu lakukan dalam Umno?

Sebelum ini, khususnya sewaktu Ezam 'bercerai' dengan KeADILan, beliau begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Ezam juga sering berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ada banyak janji 'tidak akan masuk Umno' yang sering Ezam ulang-ulangkan di hadapan pemimpin PAS.

Ada banyak "Sumpah Keramat" Ezam dalam ceramah-ceramahnya yang menempelak, mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib dan banyak lagi yang masih ada dalam rekod berbentuk kaset dan VCD.

Semua rekod-rekod ini menjadi bukti bahawa Ezam sebenarnya sudah menggadaikan prinsip perjuangan yang beliau sendiri bersumpah acapkali.

Tanpa disedarinya sumpah-sumpah ini semua sedang memakan diri Ezam. Hanya masa dan waktu sahaja akan menentukan. Wallahu a'lam.

Apa pun yang berlaku, sama ada ungkapan Ezam berbentuk janji, sumpah dan sebagainya, hakikat yang dibuktikan sekarang di hati Ezam hanya ada Umno, bukan PAS, jauh sekali KeADILan.

Ezam barangkali berfikir, laluannya memasuki Umno, menerusi Khairy terus kepada Abdullah boleh menjadi suatu advantage baginya.

Semuanya belum tentu! Orang-orang Umno sedang mencongak, ada tiga kemungkinan yang boleh berlaku dengan kemasukan Ezam ke dalam parti yang hampir karam itu.

Pertama, seperti kata Dato' Seri Najib Tun Razak, 'Ezam ada banyak maklumat'. Mungkin maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk membelasah Anwar dan menghalang pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kemungkinan kedua; Tidak boleh dinafikan wujud persepsi bahawa Ezam masih agen Anwar Ibrahim. Dalam keadaan sekarang, ada kalangan ahli Umno yang bimbang, Ezam boleh digunakan Anwar untuk menambahkan kerosakan dalam Umno.

Kemungkinan ketiga; Tiada apa-apa pun perubahan yang boleh berlaku kepada Umno! Sewaktu berbondong-bondong ahli Umno diketuai bekas Presidennya, Dr Mahathir keluar Umno kerana kegagalan Abdullah Badawi, Ezam pula hendak masuk Umno atas alasan Abdullah sudah mengubah Umno dan kerajaan.

Apa yang Abdullah ubahkan pun tidak diketahui. Malah Abdullah, BN dan Umno ditolak rakyat dalam PRU Mac lepas kerana dasar-dasar yang lapuk yang tidak boleh diterima.

Malahan sebahagian besar orang-orang Umno berpendapat, parti itu hanya akan berubah hanya apabila Abdullah Badawi meletakkan jawatan.

Umno ibarat Titanic dan tongkang pecah yang sedang menanti untuk karam. Mudah-mudahan 'niat' baik Ezam dan suku sakatnya menyertai kapal, boleh menampung kerosakannya untuk terus berlayar.

Barangkali Umno/BN boleh terus berlayar, tetapi bukan sebagai kerajaan, tetapi sebagai pembangkang.

Ikutlah, mungkin juga nasib Ezam untuk terus menjadi pembangkang.

Cuma, pesanan bekas rakan-rakan seperjuangan kepada anda, jangan jadi seperti "Ayam jantan yang gah berkokok berderau-derau, tetapi ekornya bergelumang dengan najis."

Apa pun, well...good luck saudara Ezam!

Selamat Jalan Ezam!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil


Saya telah menulis berita tentang kemasukan Ezam ke dalam UMNO pada 26 Mei 2008 (Ezam, Marilah Bersama PAS) dan 22 Mei 2008 (Akhirnya Ezam Pergi Jua - Versi Baru).
.
Kedua tulisan saya ini menghuraikan bagaimana Ezam dilaporkan akan meninggalkan perjuangan reformasi dan akan meyertai UMNO semula. Tulisan saya yang kedua lebih bertujuan untuk 'memujuk' Ezam agar menyertai PAS daripada UMNO.
.
Nampaknya, Ezam masih tetap dengan pendiriannya untuk menyertai UMNO semula. Esok beliau akan membuat sidang media untuk memperjelaskan sebab-sebab beliau menyertai UMNO walaupun sebelum ini beliau cukup dikenali sebagai seorang anak muda yang gigih berjuang dalam gerakan reformasi sehingga berjaya melahirkan golongan anak muda yang cukup optimis dengan perjuangan Ezam.
.
Sejak daripada pukul 3 petang tadi saya tertunggu-tunggu maklumat terkini daripada media tentang hasil pertemuan Ezam dengan Pak Lah. Walaupun saya dapat membaca bahawa Ezam akan melahirkan hasratnya untuk menyertai UMNO tetapi saya masih meletakkan beberapa peratus harapan agar Ezam akan berubah fikiran.
.
Ada sahabat yang menghantar SMS beberapa minit tadi memaklumkan bahawa 'idola' saya dalam perjuangan telah menyertai UMNO. Saya tidak kisah sangat pun dengan perkembangan ini kerana inilah dia yang dinamakan perjuangan.
.
Sebab itu Tuan Guru Nik Aziz pernah menyebut bahawa seseorang tokoh itu lebih baik diiktiraf selepas daripada kematian tokoh tersebut kerana kita tidak tahu apa akan terjadi selepas anugerah tersebut diberikan. Mungkin tokoh tersebut telah melakukan sesuatu yang bertentangan daripada ketokohannya maka apakah kita akan tetap panggil dia tokoh?
.
Sama juga dengan Ezam, pimpinan muda yang cukup dihormati oleh kawan dan lawan termasuk saya sendiri. Pastinya, anak-anak muda akan cukup terkilan dengan keputusan Ezam ini.
.
Saya membayangkan bahawa, di antara sebab-sebab Ezam menyertai UMNO semula adalah kerana :-
.
i. Dia tidak percaya kepada Anwar Ibrahim,
ii. Perjuangan untuk membela Melayu adalah melalui UMNO,
iii. PKR telah lari daripada dasar perjuangan yang asal,
iv. Ingin membetulkan UMNO daripada dalam,
.
Banyak lagi alasan yang dapat dihuraikan oleh Ezam esok namun yang pastinya Ezam telah melangkahkan kakinya ke dalam UMNO semula.
.
Berita kemasukan Ezam sudah pasti akan menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan pemimpin UMNO kerana sebagai pemimpin yang berpengaruh, Ezam sudah tentu dilihat sebagai seorang individu yang akan menggugat kedudukan lain-lain pemimpin dalam UMNO.
.
Adakah Ini bermakna Ezam akan bertanding sebagai Ketua @ Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Ataupun, Ezam akan menjadi 'orang kuat' Pak Lah untuk menentang gelombang Najib Razak? Pelbagai kemungkinan akan terjadi.
.
Saya tidak kisah dengan apa yang akan terjadi kepada Ezam setelah menyertai UMNO kerana itu semua tidak termasuk dalam agenda perjuangan saya ketika ini.
.
Kepada sdr. Ezam, saya tidak berhasrat untuk mengkritik saudara walaupun kita sudah berbeza haluan tetapi saya berjanji kepada diri saya bahawa sekiranya saudara mengambil sikap menyerang Pakatan Rakyat terutamanya PAS selepas ini, saya tidak akan teragak-agak menyerang saudara secara terbuka dalam arus perdana politik ketika ini.
.
Salam perpisahan....
.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
28 Mei 2008, 6.12 petang

Tindakan Mahathir bukti Umno tidak layak dipercayai

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tue | May 20, 08 | 6:18:14 am MYT

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini.

PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.

PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Presiden PAS

Dr M keluar Umno: "Saya orang paling gembira di dunia"

Oleh Bernama
Isnin, 19 Mei 2008

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau orang paling gembira di dunia dengan keputusan itu kerana ini memberi perangsang kepada PAS memperkukuhkan pengaruh politiknya.

Pemimpin parti pembangkang tidak menjangka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan keluar Umno berkuatkuasa hari ini tetapi menyambut baik keputusan itu.

Ada di antara mereka yang berpendapat tindakan itu akan membawa satu senario baru dalam politik Umno selain memberi faedah kepada parti pembangkang.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau orang paling gembira di dunia dengan keputusan itu kerana ini memberi perangsang kepada PAS memperkukuhkan pengaruh politiknya. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menghormati Dr Mahathir sebagai tokoh pemimpin yang terkenal di seluruh dunia dengan mempunyai pemikiran yang tajam dalam membawa kemajuan negara.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan mengenang jasa Dr Mahathir berhubung isu Palestin dengan menuduh rejim Zionis sebagai punca dunia Arab berpecah belah.

PAS sentiasa memberi ruang kepada Dr Mahathir untuk menyertai parti itu kerana ketokohannya dan kebijaksanaannya akan memberi kelebihan pada PAS, katanya ketika mengulas tindakan Dr Mahathir keluar Umno berkuatkuasa serta merta.

Di PULAU PINANG, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan Dr Mahathir untuk keluar daripada Umno akan menjadi gempa bumi politik amat besar yang melanda parti itu selepas tsunami politik pada 8 Mac.

Dalam satu kenyataan, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata persaingan dalaman ini adalah sebahagian daripada pergelutan kuasa yang hebat oleh pihak berkepentingan dalam lingkungan Umno.

Wakil PAS hadiri Himpunan Nakbah di Brussel, Belgium


Mohd Rashidi Hassan
Sun | May 18, 08 | 11:32:48 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) - Tiga pemimpin PAS Pusat menghadiri Muktamar Nakbah Palestin di Brussel, Belgium yang bermula 14 April dan berakhir semalam.

Dalam perutusan yang dihantar dari Brussel, PAS diketuai Naib Presiden, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar dan AJK PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Syed Azman yang juga Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat memaklumkan, PAS dijemput gerakan Islam di wilayah Nusantara bagi membantu memperjuangkan pembebasan wilayah Palestin dijajah secara haram oleh Israel sejak tahun 1948.

Katanya, himpunan anjuran 'International Union of Parlimentarian for the support of Palestine' itu, berjaya enghimpunkan lebih 100 ahli-ahli parlimen seluruh dunia termasuk dari negara EU serta Amerika Selatan.

"Di akhir himpunan tersebut semua peserta telah membuat satu resolusi bersama bagi mengutuk kekejan rejim zionis Israel yang telah lebih 60 tahun menindas, merampas serta membunuh beribu-ribu rakyat Palestin yang tidak berdosa," ujar beliau.

Himpunan tersebut diadakan bersempena tarikh, 15 Mei 2008, genap 60 tahun Hari Naqba ialah suatu hari peringatan pencerobohan Israel ke atas tanah air Palestin.

Permasalah besar kepada umat Islam Palestin antara lain berpunca daripada sikap tidak prihatin dengan kerajaan yang pernah menjadi Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Islam Dunia (OIC) yang tidak pernah gemengeluarkan kenyataan mengenai Hari Nakbah.

Pemimpin-pemimpin NGO yang membuat bantahan kepada PBB di Kuala Lumpur baru-baru ini menyifatkan pemimpin OIC seluruh dunia, termasuk Pengerusinya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, masih takut dan dayus untuk membela Palestin dan membebaskan masjid Al-Aqsa daripada cengkaman Israel Zionis.

"Malah tindakan Perdana Menteri kita sekarang ini melambangkan beliau seorang pemimpin yang lemah dan hal ini menyebabkan kami terlalu kecewa," tegasnya mereka.

Dedah laporan video Lingam agenda siapa?

Abdul Halim Mohd Rashid
Sat | May 17, 08 | 4:23:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - PAS melihat pendedahan awal beberapa media yang dikuasai parti-parti di dalam Barisan Nasional (BN) sebagai agenda politik dalaman Umno untuk mengalihkan hasil kajian usaha memulihkan sistem kehakiman kepada agenda memulihkan krisis kepimpinan Umno, kata Ketua Penerangannya, Haji Mahfuz Omar.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam membuat laporan polis ekoran tindakan beberapa organisasi media menyiarkan isi kandungan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V. K. Lingam sebelum kabinet membuat keputusan untuk mendedahkan laporan itu.

Tindakan tersebut dilaporkan telah diambil kerana beberapa akhbar telah menyiarkan isi kandungan laporan suruhanjaya itu sebelum Kabinet bermesyuarat membincangkan perkara itu pagi ini.

"Kita tidak pasti sama ada laporan ini bertujuan �mengenakan� (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) atau ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan calon proksi Dr Mahathir, tetapi yang pasti ia adalah agenda untuk memerkukuhkan pengaruh pihak tertentu dalam Umno.

"Pada hari ini walau apa pun yang dilaporkan oleh media, hakikat wujudnya persaingan pengaruh dalam Umno amat ketara. Kini ada di kalangan mereka cuba mengalihkan isu siasatan pita video ini untuk kepentingan politik Umno" katanya.

PAS, katanya, memandang serius pendedahan kandungan Laporan Suruhanjaya Diraja tentang Klip Video Lingam oleh media massan, khususnya Kumpulan NSTP.

Seperti yang dimaklumi umum, katanya, ketika perkara itu dibocorkan akhbar-akhbar tersebut, Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja mahupun kabinet belum membuat keputusan sama ada mahu mendedahkan atau tidak laporan ini kepada umum.

"Perdana Menteri sendiri sebelum ini memberitahu kerajaan akan mengkaji sama ia perlu didedahkan atau sebaliknya. Tetapi, yang menjadi persoalan bagaimana hasil siasatan tersebut boleh didedahkan lebih awal oleh media massa," Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Umum mengetahui, kata Mahfuz, bahawa Kumpulan NSTP adalah antara akhbar yang dimiliki oleh Umno dan kumpulan tertentu dalam Umno dikatakan menguasai media ini.

"Sebelum ini, Dr Mahathir pernah membangkitkan tentang perlantikan Datuk Kalimullah Hassan sebagai ketua pengarang kumpulan akhbar ini. Dan hari ini, bberapa akhbar utama NSTP seperti Berita Hatian dan New Straits Times telah membuat pendedahan terhadap laporan siasatan diraja ini dengan mendakwa dua kroni Dr Mahathir, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Tan Sri Vincent Tan sebagai terlibat terhadap usaha mempengaruhi perlantikan hakim," kata beliau.

PAS, katanya lagi, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu ang cuba menggunakan media bagi membangkitkan isu yng sebenarnya masih menjadi �rahsia negara�.

"Adakah ini satu pedekatan politik BN ketika mereka sedang tersepit antara kemaraan Pakatan Rakyat dengan pergolakan dalaman Umno/BN?

"Isu Lingam ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan masalah Umno, melainkan untuk membersihkan institusi kehakiman semata-sama. Jadi mengapa ada usaha dari tangan-tangan ghaib untuk mempergunakan media bagi menjerat pihak tertentu dalam usaha memperkukuhkan pengaruh masing-masing dalam Umno.

"PAS bimbang sekiranya isu ini menjadi agenda politik yang sempit dan akhinya tujuan asal untuk membersihkan institusi kehakiman bertukar menjadi agenda untuk membersihkan pengaruh kumpulan tertentu dalam Umno," katanya lagi.

Para pemimpin BN sudah tekan ' panic button'....


Pengarah Strategi PKR,Saifuddin Nasution nampaknya tidak terusik dengan cakap-cakap yang tidak yakin dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mereka sudah ada dalam tangan jumlah Ahli Parlimen BN yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Sewaktu ditemui di bilik rehat Ahli Parlimen petang Rabu ,beliau yang juga Ahli Parlimen PKR kawasan Machang,Kelantan relaks saja kata, “ samada perkara ini real atau persepsi…jawapannya real… do we have the numbers …jawapanya yes… so isunya apa…isunya timing .”

Beliau juga dengan penuh yakin berkata semua komponen untuk menjayakan hasrat mereka sudah diambil kira.

Ditanya apakah ‘lompat ‘ itu menerusi penyertaan sesebuah parti lain sebelum menyertai pembangkang atau ‘ lompat’ terus masuk PKR,Saifuddin berkata itu soal kaedah.

“Samada tanggal jaket ke ( lompat terus) atau seperti Ahli Parlimen Kalabakan sebut ( Ghafur Salleh semasa berucap dalam perbahasan di Dewan Rakyat) tubuh parti baru…itu semua kaedah.

“Kita driven by objektif…apa jua jalan yang membawa kearah itu kaedah itu biarlah fleksibel.Strategi politik mesti fleksibel bukan rigid.

Ditanya apakah yang dimaksudkan dengan istilah real itu,Saifuddin merujuk kepada reaksi-reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak piliihanraya 8 Mac lalu.

Sekalipun kalangan pimpinan BN menggangap PKR mimpi disiang hari nak tubuhkan kerajaan tetapi semuanya tidak boleh menafikan hakikat bahawa Perdana Menteri turun sendiri ke kedua-dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak dan timbul beberapa perkembangan darinya.

“Misalnya ini kali pertama ( Dewan Rakyat) dapat Speaker dari Sabah.Bagi saya pemimpin tertinggi BN itu sudah push the panic button .Lagi pun isu lompat parti ini mengundang komen kesemua watak utama BN.

“Perdana Menteri kata as of now I am the Prime Minister…bagaimana dengan Datuk Seri Najib..beliau kata kita mesti take it seriously .Apa komen Tengku Razaleigh…katanya Anwar betul-betul serius.Apa komen Tun Dr Mahathir…hal ini boleh terjadi…maka lengkap sudah…tak payah nak cakaplah pasal komen pemimpin di peringkat Pemuda ke …Wanita ke.

"Kenapa saya menilai komen empat pemimpin utama ini…kerana mereka kaya dengan pengalaman politik…sekilas ikan diair mereka dah tahu jantan betina.

Ditanya pula bagaimana dengan komen Ahli Parlimen Bebas kawasan Pasir Mas Kelantan Datuk Ibrahim Ali yang tidak yakin langsung PKR boleh dapat 30 Ahli Parlimen BN untuk tubuh kerana,Saifuddin berkata,” dia lainlah… different treatment …tak payah runding…pelawa sudah…- 14/5/2008

Datuk Rusli Ibrahim dicalon sebagai Senator


Lanjusoh
Wed | May 14, 08 | 2:53:57 pm MYT

KETEREH, 14 Mei (Hrkh) - Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dicalonkan sebagai anggota Dewan Negara bagi mewakili Kelantan.

Pengumuman perkara itu dibuat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di pekan Kok Lanas malam tadi, sempena program ceramah isu semasa.

Menteri Besar berkata, Rusli telah melakukan pengorbanan besar kepada perjuangan gerakan Islam di Kelantan sejak menyertai PAS lebih dua tahun lalu.

"Sebelum ini kita melantiknya sebagai Penyelia di Dun Kok Lanas biar pun jawatan itu tidak sepadan dengan kewibawaan yang ada padanya.

"Dan pada pilihan raya umum lalu beliau dicalonkan mewakili PAS di Dun Kok Lanas. Kepetahannya bercakap membuatkan orang kampung mudah faham apa yang disampaikan," katanya.

Oleh itu beliau berkata, dengan mengambil kira segala kelebihan tersebut maka wajar sekali beliau dicalonkan sebagai Senator bagi mewakili Kelantan ke Dewan Negara.

Malah katanya beliau lebih mudah untuk bergerak ke mana sahaja di negara ini bagi menyampaikan mesej dakwah dan penerangan isu-isu semasa.

Menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, Rusli mempunyai kedudukan tinggi dalam Umno sebelum menyertai PAS.

Kata beliau selepas menyertai PAS beliau sanggup pergi ke mana sahaja untuk berceramah bagi memberi penerangan mengenai isu-isu semasa kepada masyarakat.

"Tiada benda lain yang dapat kita balas melainkan jawatan Senator yang saya sendiri akan cadangkan pada persidangan Dun Ogos depan.

"Kalau tuan-tuan hendak panggil Dato' Rusli sebagai YB mungkin sudah boleh agaknya," katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Sementara itu, Rusli merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Menteri Besar dan kerajaan negeri yang bakal mencalonkan namanya bagi mewakili Kelantan ke Dewan Negara.

Pada persidangan Dun Kelantan pada 28 hingga 30 April lalu, agenda ke-11 dicatat sebagai pemilihan Ahli Dewan Negara pada susunan urusan persidangan.

Bagaimanapun Speaker, Ustaz Nasuruddin Daud mengumumkan agenda pelantikan itu ditangguhkan.

Kuota bagi jawatan Senator mewakili Kelantan kosong satu kerusi berikutan Wan Ubaidah Omar bertanding di Dun Kijang dan memenangi kawasan itu.

Seorang lagi penyandang jawatan itu, Mumtaz Mohd Nawi dijangka disambung perkhidmatan bagi penggal kedua. Setiap penggal selama tiga tahun.

Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan hanya melantik wakil muslimat sebagai Senator mewakili negeri ini. - mj

PAS tetap berpegang kepada Islam - Dr Mariah

Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | May 13, 08 | 10:55:45 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - PAS tetap berpegang kepada konsep Islam dan tidak lari dari konsep Islam, tegas Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja).

"PAS masih berkonsepkan Islam dan tidak lari dari konsep Islam," tegas beliau.

Mengenai konsep yang dikemukakan oleh PAS dalam pilihan raya baru-baru ini, iaitu amanah, adil dan berkebajikan, beliau menjelaskan konsep itu adalah terjemahan dari konsep Islam yang dipegang oleh PAS.

Dr Siti Mariah, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, mencadangkan supaya dirangka strategi untuk membalas budi suri-suri rumah.

Beliau mencadangkan supaya diwujudkan skim seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso kepada mereka

"Wang boleh disumbangkan oleh suami atau kerajaan," katanya.

Beliau menyeru semua Ahli Parlimen supaya memberikan sokongan jika penghargaan sedemikian dicadangkan untuk suri-suri rumah.

Sambil memperingatkan bahawa tugas sebagai suri rumah adalah kerja mulia, beliau juga menyeru supaya diberi tempat yang sewajarnya kepada suri-suri rumah.

"Mereka adalah peyumbang produktiviti negara kerana merekalah yang membesarkan modal insan," tegas beliau.

Sumbangan mereka tidak boleh diukur (intangible) dan tidak cukup 'lip service' sahaja, katanya.

Dr Siti Mariah juga mengulangi seruan PAS selama ini supaya subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda.

Sambil menyatakan hasil kajian yang membuktikan bahawa ilmu-ilmu abstrak seperti Sains dan Matematik lebih berkesan jika diajar dalam bahasa ibunda, beliau mengingatkan kerajaan supaya menghentikan "double jeorpady" terhadap murid-murid yang dipaksa belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, terutama murid-murid yang mempunyai ibubapa yang tidak tahu Bahasa Inggeris.

Beliau juga menyatakan kebimbangannya terhadap tindakan menswastakan perkhidmatan kesihatan.

Walaupun kerajaan mendakwa hospital-hospital kerajaan tidak akan diswastakan, katanya, tetapi bekalan ubat-ubatan, perkhidmatan jururawat, ambulan dan perkhidmatan doktor pakar telah diswastakan.

Pesta Liar di Port Dickson: PAS serah memo kepada MB

Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | May 13, 08 | 4:16:35 pm MYT

SEREMBAN, 13 Mei (Hrkh) - PAS Negeri Sembilan telah menyerahkan memorandum bantahan dan mendesak kerajaan pimpinan Dato' Seri Mohammad Hassan menyiasat penganjuran pesta liar di Port Dickson pada 10 mei lalu.

Memorandum itu diserahkan rombongan yang dikepalai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohamed Omar kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson hari ini.

Zulkifly Mohamed Omar dalam ulasannya menggesa pihak berkuasa menyiasat bagaimana permit kepada penganjur hiburan yang akhirnya bertukar kepada pesta liar.

Zulkifly menyatakan kekesalan beliau atas kelemahan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa terutamanya penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson serta pihak polis yang menyebabkan program hiburan tersebut akhirnya bertukar menjadi pesta liar.

Zulkefly mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara ini daripada setiap sudut undang-undang dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat agar perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Sekiranya permit hiburan telah diluluskan, pihak berkuasa pula haruslah menyiasat sama ada pihak penganjur telah melanggar syarat-syarat permit dan seterusnya dibuat pendakwaan untuk dihadapkan ke muka pengadilan," tegasnya.

Beliau juga merasa amat kesal akibat daripada peristiwa ini Port Dickson secara khusus dan Negeri Sembilan secara tidak langsung mungkin akan dikenali sebagai Pusat Pelancongan Pesta Liar bukannya Pusat Pelancongan Keluarga.

Tidak selamanya saya kekal wakil rakyat Bebas � Ibrahim Ali

Rizal Tahir
Mon | May 12, 08 | 6:23:05 pm MYT

KOTA BHARU, 12 Mei (Hrkh) - Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali membuat pengakuan hanya akan menyertai parti yang benar-benar sesuai dengan perjuangannya.
berita selanjutnya...

Benteng Pemecah Ombak (Breakwater) - Rahsia yang masih di sembunyikan


Ditulis oleh SM Noor & Wan Kay
Monday, 12 May 2008


Projek Benteng Pemecah Ombak (Breakwater) di muara Sungai Terengganu, menimbulkan banyak kontroversi. Ia pernah di sebut oleh Menteri Besar, Dato’ Mad Said sebagai projek yang membazir

Sehingga kini, projek tersebut sebagaimana yang tertera di papan tanda (sign board) kerja yang diletakkan, projek tersebut tiada tarikh mula dan tiada tarikh siap.

Adakah ia bermakna projek tersebut akan berpanjangan dan tidak akan berhenti? Sejak dimulakan sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 2002, projek tersebut telah disambung kali kedua apabila BN mengambil alih pemerintahan pada tahun 2005 dan sehingga kini dikatakan disambung lagi bagi kali ketiga.

Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang baru lalu, ADUN Wakaf Mempelam, YB Mohd Abdul Wahid Endut (Wahid) telah menanyakan soalan lisan berkenaan projek Benteng Pemecah Ombak tersebut. Kemudian ia diikuti soalan tambahan oleh YB ADUN Ladang, Dato Tengku Hasan Tengku Omar (Dato’ Ku).

Semasa sesi soal jawab, telah berlaku pertikaman lidah diantara Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, YB Yahaya Khatib Mohamad (Exco) dengan wakil-wakil PAS. Walaupun beberapa rahsia tentang projek tersebut akhirnya diketahui umum, namun ada perkara yang masih dirahsiakan oleh pihak kerajaan Negeri Terengganu

Berikut adalah catatan sesi soal jawab Projek Pemecah Ombak dalam Sidang DUN Terengganu : -

Exco : Bagi menjawab soalan daripada Wakaf Mempelam mengenai kos untuk projek benteng pemecah ombak. Sebenarnya kerja-kerja bagi projek ‘Benteng Pemecah Ombak’ di muara Sungai Terengganu di Kuala Terengganu terbahagi kepada tiga Fasa .



Fasa 1, kos asal dan kos sebenarnya adalah RM42 juta dan telah pun siap sepenuhnya pada tahun 2003/04 yang lalu semasa pemerintahan kerajaan PAS.
Dan Fasa 2, kos asalnya adalah sebanyak RM366 juta, manakala kos sebenarnya adalah RM366,845,000 manakal kos sebenarnya RM408,747,949, yang bermula pada April 2005 dan berakhir pada bulan April 2008.
Fasa 3, kos asalnya adalah RM100 juta dan projek ini masih dalam perlaksanaan, yang bermula pada bulan November 2007 sehingga akan mencapaisasaran kerjayanya pada bulan April 2009

Wahid : Ada tiga Fasa, ketiga-tiga fasa tersebut adakah diberikan kepada kontraktor yang sama, secara tender atau runding

Exco : Soalan ni nampaknya soalan ilmiah sangat, patutnya berilah soalan bertulis, saya baru ambil alih, saya rasa wakaf mempelam lebih maklum, kerana projek2 pun banyak, jadi saya rasa saya memerlukan notis, saya perlu notis, soalan ni nampak detail sangat

Wahid : Walaupun baru ambil alih, tapi dah lama dalam Dewan ni, dua penggal dah, saya Tanya soalan mudah je

Exco : Masa tu kita, kita jadi wakil rakyat gitu je, sama dengan wakaf mempelam juga, sama-sama cap ayam belaka

Wahid : Yang Berhormat DiPertua, soalan saya mudah je, ada tiga fasa dengan angka-angka kos yang disebutkan tadi, saya nak tanya adakah ketiga-tiga fasa ni diberikan kepada kontraktor…..

Exco : Saya dah jawab tadi, jawapan saya tadi saya memerlukan notis, thas all

Wahid : Soalan Kedua, adakah maknanya ketig-ketiga fasa tadi, adakah kontraktor yang sama takkan itu nak notis juga.

Exco : Saya memerlukan soalan notis itu je..

Wahid : Nak susup punca..

Exco : Itu je…

Speaker : Soalan ketiga sila (ADUN) Ladang

Dato Ku : Yang Berhormat Yang Dipertua, Saya ingin mendapatkan jawapan, yang dikatakan kos RM42 juta tadi, apakah sebenarnya kos itu untuk mendalamkan laluan untuk Monsoon Cup

Dato Ku : sekejap…. Ada dan…. tambahan

Exco : Ada lagi… ada lagi… banyak sangat, satu sudahlah

Dato Ku : Apakah benar, yang dikatakan kos RM 100 juta itu adalkah untuk memudahkan ‘Star Cruise’ untuk masuk ke muara sungai

Exco : Sedap sikit soalan, boleh tahan juga wakil Ladang ni

Exco : Jadi bagi menjawab soalan Wakil Ladang, masa zaman PAS dulu iaitu Fasa 1, ia hanya melibatkan kerja-kerja mengorek muara sungai sahaja, yang melibatkan kos RM 42 juta, manakala untuk Fasa 2, masa kerajaan BN memerintah, memang pertambahan sebanyak RM 42 juta juga, kita kena korek juga sebab korek masa PAS dulu tak berapa dalam. Kita kena korek semula Lembangan sebelah dalam (inner basin) dan laluan pelayaran, memang kita akui untuk penganjuran Monsoon Cup 2005, dan untuk Fasa 3, kerja-kerja merupakan skop agak luas, dimana kita tambahkan kerja-kerja tambahan tambakan tanah di utara pemecah ombak, (asal) 70 ekar untuk jadikan 140 ekar untuk lebih luas lagi dan yang kedua disebelah selatan pemecah ombak (asal) 30 ekar untuk jadikan 44 ekar dan juga melibatkan industri maritime di Kg Pak Abu Seberang Takir. Dan juga pengorekan lembangan sebelah luar (outer basin)dan laluan sebelah luar hingga 10 meter dalam, tapi kerja-kerja tak siap lagi..

Dato’ Ku : soalan saya tadi saya Tanya adakah RM 100 juta untuk laluan memudahkan kapal mewah Star Cruise masuk.

Exco : Jawab dah tadi kan, memang Ya

Dato’ Ku : Tak sebut Star Cruise

Exco : betullah tu, memang ya lah

Bacaan berkaitan :
Tambahan RM42 juta dalamkan laluan anjur Piala Monsun