LIVE DARI PARLIMEN

TERKINI

Showing posts with label pak lah. Show all posts
Showing posts with label pak lah. Show all posts

PENCALONAN UMNO-apa kata che det?

1. Selesailah sudah mesyuarat bahagian-bahagian UMNO untuk memilih kepimpinan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian serta pencalonan bagi jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi Parti.

2. Sistem kuota masih berkuat-kuasa dan pemerhati mengikuti jumlah pencalonan yang diperolehi oleh calon-calon tertentu dalam media samada mereka memenuhi kuota atau tidak.

3. Tetapi berita utama bukanlah berkenaan dengan layak atau tidak layak calon-calon. Berita utama ialah berkenaan dengan kegunaan wang sogokan oleh calon-calon tertentu. Di zaman keterbukaan yang dijunjung oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri dan Presiden UMNO, sogokan wang juga dibuat secara semakin terbuka.

4. Agen-agen calon secara terbuka memberi wang sogokan kepada jawatankuasa bahagian dan wakil ke mesyuarat bahagian. Agen-agen ini tidak segan-segan menyebut nama calon yang membekal wang. Mereka menunggu semasa mengundi untuk mengetahui siapa undi siapa.

5. Satu fenomena yang aneh ialah pencalonan bagi calon tertentu meningkat dengan mendadak pada minggu pertama dan ke-dua. Ternampak seolah-olah mereka ini akan menang tanpa bertanding.

6. Tetapi selepas dua minggu pencalonan bagi calon-calon yang nampak popular ini mula merosot. Masuk minggu ke-empat pencalonan mereka tidak bertambah lagi atau hanya sedikit sahaja.

7. Sebaliknya dari jauh di belakang, calon-calon yang mendapat amat sedikit pencalonan pada minggu-minggu awal tiba-tiba mendapat begitu banyak pencalonan. Demikianlah pencalonan yang mereka dapati sehingga mereka melepasi kuota dan layak bertanding.

8. Apakah yang menyebabkan fenomena ini berlaku? Kata orang (saya tak ada bukti) kata orang sahaja, wang yang amat banyak ditaburkan oleh mereka yang mulanya ketinggalan.

9. Kita juga dengar ada perwakilan yang apabila diminta supaya menyokong calon tertentu telah hantar melalui SMS (system pesanan ringkas) namanya dan nombor akaunnya di bank.

10. Yang lain pula berkata tak apalah. Kami terima sogokan dan kami calon mereka tetapi undi semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agong belum tentu.

11. Tengku Ahmad Rithaudeen, pengerusi Lembaga Disiplin telah melaporkan yang lembaga telah terima 900 laporan rasuah dalam pencalonan untuk Majlis Tertinggi dan jawatankuasa bahagian. Ini semasa 2-3 minggu bahagian-bahagian bermesyuarat. Apakah angka ini tidak bertambah?

12. Juga dilaporkan bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga mendapat banyak laporan berkenaan sogokan wang semasa pencalonan.

13. Saya tertanya-tanya apa yang telah jadi kepada laporan-laporan ini. Besar kemungkinan bukti tidak cukup dan siapa pun tidak akan didakwa.

14. Sebenarnya rakyat Malaysia semua tahu yang pencalonan dan pemilihan pemimpin UMNO adalah hasil sogokan wang berjuta-juta Ringgit. Anggapan bahawa jika tidak ada bukti yang boleh diterima mahkamah maka ini bermakna tidak ada sogokan, bahawa pemilihan dan pencalonan dalam UMNO adalah bersih seperti kain putih, sukar diterima oleh orang ramai. Mereka bukan bodoh seperti yang dianggap sesetengah Menteri UMNO. Mereka tahu sogokan wang memang berlaku.

15. Sesungguhnya kesan daripada tingkah laku calon-calon untuk jawatan dalam UMNO dan juga ahli-ahli UMNO yang tamak dan begitu bersedia untuk disogok sudah menjadikan UMNO sebuah pertubuhan yang dipandang hina dan dibenci oleh rakyat samada Melayu, Cina atau India. Mereka sedang melihat kelakuan buruk dan kotor orang UMNO tanpa memprotes atau menegur. Kononnya orang bukan UMNO terutama pesara UMNO tidak berhak menegur UMNO. Dan mereka pun tidak menegur. Maka akan selamatlah perasuah.

16. Parti lawan juga turut lihat pendedahan keburukan UMNO dan mereka berdiam diri. Lebih buruk kelakuan orang UMNO lebih baik bagi parti lawan. Kemungkinan mereka menang menjadi lebih cerah apabila UMNO menjadi lebih kotor dan dipandang jijik oleh pengundi.

17. Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia UMNO telah tolak UMNO hanya kerana pucuk pimpinan UMNO yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bemacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati, undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi UMNO dan BN yang menjadi mangsa.

18. Kali ini penolakan UMNO dan Barisan Nasional oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka, Melayu, Cina dan India, memandang jijik keseluruhan UMNO itu sendiri. Dengan mengetahui UMNO terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah decalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon UMNO? Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN.

19. Dahulu ramai berpendapat jika dapat tempat dalam UMNO banyak peluang dan keuntungan akan diperolehi. Ada yang akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan gelaran-gelaran Tan Sri, Dato dan sebagainya. Yang lain akan dapat kontrak, atau jadi pengarah dan mendapat pendapatan lumayan.

20. Kenapa tidak? UMNO tetap menang dan jadi Kerajaan.

21. Tetapi kerana kelakuan buruk ahli dan pemimpin UMNO kali ini besar kemungkinan BN dan UMNO akan kalah. Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini. Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam UMNO tidak akan dapat menjadi Mentri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.

22. Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah.

23. Apakah yang akan jadi pada UMNO yang sudah kalah? Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO? Tentu tidak. Jika tidak hancur, UMNO akan jadi parti yang tidak bermaya, tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair. Mungkinkah UMNO yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan UMNO pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka.

24. Jika UMNO hendak dipulih semula pemimpin yang telah kotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan UMNO.

25. Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir. Ingatlah apabila Abdullah umumkan yang dia akan bersara pada tahun 2010, pengumuman ini disambut dengan tepuk sorak. Tidak ada sesiapa yang merayu supaya dia tarik balik pengumumannya. Tidak ada yang menangis. Sebaliknya sejurus selepas pengumuman ini desakan dibuat lagi supaya peralihan kuasa dilakukan lebih awal.

26. Kenapakah UMNO dan rakyat lain hendakkan peralihan kuasa lebih awal? Apakah kerana tidak suka kepada tubuh badan Abdullah atau apakah kerana tidak suka kepada dasar-dasar dan pendekatannya dalam pentadbiran parti dan Negara? Apakah kerana mereka semata-mata mahu pemimpin lain menggantinya?

27. Sesungguhnya sambutan terhadap peralihan kuasa ialah kerana harapan rakyat supaya dasar-dasar, pendekatan dan tingkahlaku Abdullah diganti dengan dasar, pendekatan dan tingkahlaku yang lain, yang berbeza.

28. Jika penggantinya hanya akan teruskan semua dasar dan amalan Abdullah maka sia-sia sahajalah penggantian Abdullah dan peralihan kuasa.

29. Kata Mat Salleh, "You will be back to square one". Dan UMNO akan kalah.

MAJLIS TERTINGGI

|

1. Perbincangan di dalam Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya rahsia. Jadi amat memeranjatkan apabila akhbar melaporkan beberapa butiran penting berkenaan mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan pada hari Khamis, 18hb September. Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah laporan tersebut mendedahkan tentangan terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi oleh beberapa ahli majlis dan desakan oleh mereka agar peralihan kuasa diadakan sebelum mesyuarat Bahagian-bahagian yang akan menamakan calon Presiden.

2. Difahamkan bahasa yang digunakan sesetengah ahli agak keras. Dato Seri Rafidah Aziz turut membangkitkan peranan yang dimainkan menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan anak beliau, Kamaluddin.

3. Begitu keras bahasa yang digunakan hinggakan muka Abdullah berubah. Beliau nampak tertekan dengan desakan ahli majlis apabila Dato Seri Najib Tun Razak, yang sentiasa menjadi penyelamat Abdullah, menghentikan mesyuarat. Najib berjanji untuk bercakap dengan Abdullah berkenaan hal ini.

4. Difahamkan ahli Majlis Tertinggi yang lain merasa tidak puas hati kerana sekali lagi perkara kontroversi yang melibatkan majlis dijadikan bahan perbincangan tertutup antara Abdullah dan Najib. Menidakkan hak majlis adalah sesuatu yang sering dilakukan Abdullah dan Najib. Mereka berdua akan membuat keputusan yang tidak pun memuaskan hati ahli majlis. Najib kemudian akan tekankan betapa pentingnya untuk bersatu dan setia kepada Presiden.

5. Keadaan kali ini juga sama seperti sebelumnya. Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah rumit, Abdullah akan meminta nasihat keluarganya, terutama anak dan menantunya termasuk sekarang ini isterinya.

6. Umum mengetahui keluarganya mempunyai kuasa dan kebebasan untuk mempengaruhi segala keputusan-keputusan Abdullah berdasarkan kepentingan diri mereka iaitu untuk mengaut sebanyak mana kekayaan yang mungkin dan untuk mempastikan cita-cita politik Khairi termasuk untuk menjadi Perdana Menteri termuda.

7. Apabila tiba masanya untuk bertemu Najib, Abdullah sudahpun diberi taklimat oleh keluarganya tentang apa yang harus diperkatakan. Dan Najib akan terima apa sahaja keputusan Abdullah untuk meleraikan masalah yang timbul. Di dalam kes ini, Abdullah akan tetap dengan pendiriannya untuk kekal hingga Jun 2010 atau mungkin awal sedikit sebelumnya. Najib kemudian akan ditugaskan untuk "menjual" keputusan ini kepada Majlis Tertinggi. Dengan ini Najib akan lebih dipandang rendah oleh ahli majlis dan rakyat apabila sikapnya ini didedahkan kepada umum.

8. Apabila UMNO ditubuhkan, pemimpin terdahulu memastikan yang tidak akan ada keputusan-keputusan yang bercanggah dengan asas perjuangan parti dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Tertinggi. Apa yang terjadi kepada Dato Onn, Yang di-Pertua UMNO yang pertama merupakan contoh terbaik. Presiden tidak diturut secara buta-tuli. Sebaliknya apabila beliau mencadang sesuatu yang bercanggah dengan perjuangan parti, cadangan beliau ditolak dan sebagai seseorang yang mempunyai maruah, beliau telah mengundur diri.

9. Selama lebih kurang 50 tahun, Majlis Tertinggi memain peranan ini. Demikian apabila (Tun) Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden parti, Majlis Tertinggi yang bersidang tidak bersetuju bulat-bulat dengan Presiden, sebaliknya bermesyuarat hingga ke awal pagi dan membuat keputusan, walau apa juga pendapat Presiden, untuk menghantar satu delegasi yang terdiri daripada ahli-ahli kanan majlis ke London untuk memujuk Musa menerima kembali jawatan Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri. Musa bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden tetapi tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dengan itu beliau berada di landasan yang baik untuk cuba menjatuhkan saya dengan mempengaruhi Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan presiden menentang saya. Secara kebetulan semasa berkempen untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, beliau mendakwa mendapat sokongan saya.

10. Tetapi apabila Abdullah mengambil alih Presiden parti merangkap Perdana Menteri, perwatakan Majlis Tertinggi bertukar. Ianya menjadi alat peribadi Abdullah untuk melulus dan menghalalkan apa sahaja yang beliau buat.

11. Saya percaya pada hari Khamis keadaan ini telah berubah sedikit. Beberapa orang ahli telah berani meyuarakan desakan supaya Abdullah melepas jawatan awal. Sudah tentulah penyokongnya tidak beralih arah. Demikian ada kemungkinan majlis pecah dua.

12. Saya rasa ini merisaukan Najib yang hendakkan peralihan kuasa secara aman supaya parti tidak pecah-belah. Oleh itu dia akan terima apa sahaja cadangan yang membenarkan Abdullah lepaskan jawatan dengan penuh kegemilangan.

13. Malangnya Najib tidak akan capai impiannya. Tidak pernah ada Presiden UMNO yang begitu sekali dibenci rakyat seperti Abdullah. Melayu, Cina dan India, samada ahli parti komponen Kerajaan mahupun penyokongnya atau rakyat kebanyakan kesemuanya mahukan Abdullah mengundur diri. Lagi cepat lagi baik.

14. Yang mahukan beliau terus pegang jawatan adalah mereka yang kedudukan mereka bergantung kepadanya, atau mereka yang mendapt untung daripada pemberian kontrak dan sebagainya oleh beliau. Bagi sesetengah yang lain, termasuk kakitangan awam, hanya ketakutan terhadapnya yang menyebabkan mereka tidak mahu bersuara tetapi mereka tetap marah.

15. Yang peliknya ialah yang benar-benar menyokong Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO adalah pembangkang. Karpal Singh, Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz Nik Mat hendakkan beliau (Abdullah) kekal sekurang-kurangnya hingga pilihanraya akan datang.

16. Tetapi ini bukanlah kerana mereka sayang kepadanya tetapi kerana mereka percaya dengan beliau mengepalai Barisan Nasional, pembangkang mempunyai peluang yang lebih cerah memenangi pilihanraya umum ke-13 dan mendirikan Kerajaan. Mereka rasakan yang mereka hampir mencapai matlamat mereka dan tidak mahu golongan yang memberontak di dalam UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP kembali kepada parti dan menyukarkan usaha mereka untuk kalahkan BN.

17. Begitulah Majlis Tertinggi yang tidakpun lagi tinggi.

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA

Oleh peluit

Bagai yang diramalkan sebelum PR12, baik BN menang mahu pun tewas memang tidak dapat dielakkan mesti minyak petrol akan jadi bahan bagi mengikis duit rakyat.

Perlu diingat jika minyak petrol naik dari sebesar-besar barangan hinggalah sekecik-kecik barangan pasti naik.

Perlu juga diingat dari sekaya-kaya manusia hinggalah semiskin papa kedana terpaksa menerima musibahnya. Tidak dapat lari dari tekanan inflasi yang pasti meruncing.

Seperti yang Peluit fikirkan kenapa pula di hujung tahun diwar-warkan Petronas untung bukan jutaan RM tapi Berbilion RM. Yang kita nampak hasil minyak adalah hasil yang disedut dari bumi atau tanah air kita. Hasil minyak atau minyak mentah kerajaan akan proses di luar negara; kemudian tentunya kita terpaksa membeli minyak yang diproses tadi untuk kegunaan rakyat jelata.

Keuntungan dari hasil bumi atau hasil milik negara tadi apakah boleh kita katakan subsidi? Sefahaman Peluit hasil keuntungan ini seharusnya kita katakan dana negara. Dana atau harta negara yang perlu kita agih-agihkan. Perlukah timbul perkataan subsidi?. Memang Peluit .. teramat al-muskhil. Subsidi atau memang itu kewajiban kerajaan.
Kenapa tidak kita menjadi negara pengeluar minyak, negara pemprosesan minyak & sekali gus negara pengeluar minyak mentah mahupun minyak yang telah diproses tadi. Memang Peluit keliru tentang ini.

Tak apalah! jika memang kita tak mampu nak proses minyak sendiri, tak mampu buat biodiesel & sebagainya. Memang Peluit tahu banyak kilang biodiesel di Malaysia masih tidak mendapat keuntungan. Tetapi jangan umumkan Petronas untung berbilion RM. Teramat terfana hati, tersepit perasaan rakyat; kenapa kerajaan takut membantu masalah minyak ini jika memang kita telah untung berbilion RM dengan negara pengeluar minyak!. Pelik.

Jika lantaran minyak petrol telah meranakan rakyat kita. Tutup pelantar minyak nak buat apa bergantung & ambil keuntungan dengan minyak lagi. Guna bahan tenaga lain. Lagi rakyat tidak sakit hati. Biar kita sama-sama macam Peluit naik kapcai. Menteri pun kenalah berjimat. Guna kenderaan berkuasa kecik. Tak payahlah siap guna polis pengiring semua tu!.

Peluit ramai kenalan dari rakyat Palestin yang terhimpit dengan peperangan; dia mengatakan harga petrol di sana jauh lebih murah dari negara kita. Cuba bertanya rakyat Palestin apakah pengakuan ini benar. Cuba bandingkan negara pengeluar minyak di bumi Arab sana; apakah memang semahal kita atau lebih murah. Tidak adil mahu dibanding harga minyak negara kita dengan Thailand; Thailand atau Singapura yang bukan negara pengeluar minyak.

Okey! katakanlah memang minyak di sana mahal kena pulak tenguk hasil pendapatan mereka apakah seimbang dengan harga barangan buat rakyat mereka. Apakah semerana kita.

Andai kata seantero dunia dibebani oleh masalah mintak petrol ini. Cuba kita kaji kenapa Brunei, atau negara lain pengeluar minyak aman makmur saja.

Barangan telah pun melonjak naik, pastinya dengan kenaikan harga minyak petrol ini rakyat negara kita akan bertambah terhimpit!

Apa sebenarnya masalah dalaman negara kita ini. Sebab tertera di alam maya anak bekas PM pun menjadi antara 20 jutawan terkaya di Malaysia. Tentunya ada yang masih di kalangan pemimpin kini & kroninya tidak mengistihar harta mereka. Jika diistiharkan semuanya pasti rakyat marhaen lagi terkejut beruk!. Rasanya golongan ini yang merampas subsidi rakyat hingga kerajaan tak mampu lagi menampungnya. Subsidi tidak sampai ke mereka yang berhak memilikinya.

Peluit : Memang sering guna duit siling di hujung bulan.

Dr Mahathir pula cadang tubuh suruhanjaya


“Royal Commissions” itulah tajuk tulisan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya chedet.com. Tulisannya berkisar mengenai Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes rakam video Datuk V.K. Linggam yang dikaitkan dengan pengaturan perlantikan hakim.

Hasil inkuiri yang dijalankan oleh suruhanjaya berkenaan, nama Dr. Mahathir telah disebut dan membawa kepada kemungkinan beliau akan disiasat pihak berkuasa. Paling tidak itulah laporan yang memetik arahan kabinet supaya nama-nama mereka yang disebut dalam laporan suruhanjaya disiasat.

Berdasarkan tulisan beliau, jelas Dr. Mahathir menyifatkan penubuhan suruhanjaya itu memang bertujuan hendak ‘mengenakan’ atau mengheretnya ke mahakamah atau memalukan beliau.

Jika tidak pun katanya, anggota suruhanjaya telah diarahkan untuk ‘mengenakan beliau’.

Dalam tulisan terbarunya, beliau menggunakan hujah serta rujukan-rujukan tertentu dalam laporan suruhanjaya video Linggam sebagai sindiran dalam tulisannya.

Berdasarkan cara Dr. Mahathir, baik pertuturan mahupun tulisannya ia penuh dengan sindiran, beliau dalam tulisannya mencadangkan penubuhan suruhanjaya bagi menyiasat pihak-pihak lain yang paling tidak tambahnya, boleh menyebabkan wujudnya kecurigaan terhadap kewibawaan seseorang itu.

Sebagai permulaan, beliau mencadangkan suruhanjaya bagi menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, suruhanjaya yang pertama boleh melakukan siasatan ke atas laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengaitkan Abdullah semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dengan program Dana Untuk Makanan Iraq.

“Beliau juga berdasarkan rekod menyalahgunakan kedudukannya apabila melobi pihak berkuasa Iraq untuk kepentingan ipar perempuannya,” sambil menambah Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri dilarang daripada berniaga.

Sedangkan menurut tulisannya, surat sokongan Abdullah untuk ipar perempuannya jelas satu perbuatan melobi. (Melobi adalah antara perkara yang berbangkit dalam inkuiri video Linggam – perbuatan melobi untuk melantik hakim).

Suruhanjaya berikutnya, kata Dr. Mahathir boleh menyiasat mengenai penggabungan ECM Libra dan sebuah syarikat milik kerajaan Avenue Assets yang melibatkan kepentingan menantu Perdana Menteri dan kroninya, Kalimullah.

Selain itu, Dr. Mahathir terus dengan sindiriannya agar diwujudkan satu lagi suruhanjaya bagi menyiasat penggunaan lima peratus wang ehsan yang kemungkinan berlakunya amalan rasuah.

Dengan itu tulisnya, suruhanjaya boleh melakukan siasatan atas dasar kemungkinan berlakunya rasuah yang membabitkan Perdana Menteri, Menteri Besar Terengganu dan menantunya, Khairy Jamaluddin. (apa yang ditegaskan oleh Dr. Mahathir ialah kemungkinan kerana dalam laporan suruhanjaya Linggam disebut kemungkinan adalah ketara mengenai penglibatannya).

Di akhir tulisannya, Dr. Mahathir dengan sindiran tajamnya menulis, setelah suruhanjaya berkenaan menyelesaikan tugasnya, bolehlah ditubuh satu lagi suruhanjaya menyiasat kemungkinan wujudnya penyalahgunaan kuasa kerajaan sekarang dan kerajaan-kerajaan sebelum ini. – 3/6/2008

Ezam ibarat ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekornya dipenuhi najis

Mohd Rashidi Hassan
Thu | May 29, 08 | 4:33:19 pm MYT

Ada banyak rumours diperkatakan apabila Ezam Mohamed Nor menyerahkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam.

Ezam mengatakan beliau berhasrat masuk Umno bukan kerana mengkagumi personaliti Abdullah, sebaliknya perubahan dasar yang dijalankan khususnya dalam persoalan Badan Pencegah Rasuah dan isu kehakiman, begitu menarik minatnya.

Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah.

BN dan Umno sudah berubah? Benarkah begitu? Apakah pendirian yang diambil Ezam sekarang ini, sinomin dengan perjuangan beliau selama ini?

Ezam sejak dua tahun lepas adalah orang yang tidak berparti. Kisah Ezam keluar KeADILan bukan lagi menjadi isu. Dua tahun lalu beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda atas alasan hendak menumpukan kepada Gerak.

Namun, ada yang mengatakan beliau bergaduh dengan Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmi Ali, ada juga yang mendakwa Ezam bergaduh dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ketika Anwar dipecat pada tahun 1998, Ezam adalah Setiausaha Politiknya, manakala Azmin sebagai Setiausaha Sulit.

Kedua-dua anak muda ini merupakan antara tonggak utama dan orang kepercayaan Anwar untuk menggerakkan gerakan reformasi semasa Anwar merengkok dalam tahanan.

Dalam parti politik, pemimpin memang ada banyak perbezaan pendapat. Soal pergaduhan dan bagaimana bentuk pendekatan masing-masing tidak perlu dihuraikan di sini.

Kunjungan Ezam ke Harakah

Kira-kira tiga minggu sebelum Parlimen dibubarkan Februari lepas, Ezam Mohd Noor berkunjung ke pejabat Harakah, menemui Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman.

Jika tidak silap, hari itu hari Ahad. Hari cuti. Banyak pejabat ditutup, begitu juga dengan Harakah. Hanya dua tiga orang sahaja yang bekerja.

Kami mencadangkan perjumpaan dibuat pada hari lain, namun beliau tetap mahu berjumpa katanya, atas urusan yang amat penting.

Saya dimaklumkan oleh Ketua Pemberita, Wan Nordin Wan Yaacob tentang kehadiran Ezam bertemu dengan Lutfi, tetapi tidak dapat turut serta kerana ada tugasan di Alor Setar.

Butiran mengenai pertemuan tersebut dimaklumkan oleh Lutfi dalam mesyuarat Jabatan Pengarang selepas itu.

Dalam pertemuan tersebut saya dimaklumkan Ezam begitu beriya-iya meminta dibekalkan bahan-bahan untuk membantunya berkempen membantu pembangkang, khususnya PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 12.

Bahan utama yang diminta beliau ialah mengenai laporan Badan Pencegah Rasuah dan sebarang dokumen mengenai penyelewengan yang membabitkan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Seri Mohd Khir Toyo.

Bahan-bahan tersebut sememangnya ada pada Lutfi, kerana sebelum ini beliau begitu giat mendedahkan apa yang disifatkan penyelewengan, salah laku dan rasuah yang membabitkan seorang bertaraf MB.

Pada saya, apa yang diminta Ezam barangkali ada relevannya dengan peranan beliau sebagai Pengerusi Gerak, yang digiat memperjuangan budaya bersih rasuah dalam negara.

Namun, sampai kesudah Lutfi enggan menyerahkan dokumen tersebut, setelah didesak beberapa kali oleh Ezam.

Saya bertanya kepada Lutfi, mengapa tidak diberikan sahaja dokumen itu kepada Ezam, barangkali boleh membantu kempen PAS di Selangor.

Namun Lutfi enggan memberikan, katanya, dia berasa hairan mengapa Ezam tiba-tiba meminta dokumen mengenai Khir dan merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku.

Benarkah Ezam dibeli?

Sewaktu saya berbual-bual dengan rakan-rakan KeADILan di pejabat Anwar di seksyen 16 Petaling Jaya beberapa hari sebelum PRU, saya ada memaklumkan kepada mereka bahawa bekas sahabat baik mereka ada mengunjungi Harakah.

"Ah! Engkau pedulikan sahaja dia tu, dia dah kena beli dengan Khairy (Khairy Jamaluddin)," dakwa seorang bekas Setiausaha Anwar.

Belum pun saya bertanya lebih lanjut beliau mendakwa, "Kami dapat maklumat dari budak-budak Gerak, RM1 juta dah masuk dalam akaun dari Norza, budak Khairy."

Saya faham mereka mendakwa seolah-olahnya Ezam sudah memperolehi sesuatu dari Khairy, melalui Dato' Norza Zakaria, Ahli Majlis Tetinggi Umno, yang dikaitkan sebagai kroni rapat menantu PM itu.

Persoalan mengapa Ezam meminta dokumen mengenai Khir Toyo terjawab. Khairy dikatakan tidak menyukai bekas MB Selangor itu dan berusaha untuk menjatuhkannya dengan menggunakan Ezam.

Oleh kerana itu pada saya, kebimbangan Lutfi di atas gaya body language Ezam dalam pertemuan mereka barangkali juga ada asasnya.

Di kalangan KeADILan diberitahu, Ezam ada membuat beberapa kali pertemuan dengan Khairy, sebelum ini.

Kes tentang apa yang didakwa membabitkan 'perundingan' Ezam dengan pemimpin-pemimpin Umno bukannya baru.

Beberapa tahun lepas, didedahkan kes yang sama timbul sewaktu 'perundingan' diadakan dengan Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kalangan yang masuk Umno ketika itu, membabitkan bekas Naib Ketua Pemudanya, Zahid Mat Arif dan bekas tahanan ISA, Lokman Nor Adam yang didakwa memperolehi sejumlah wang atau 'ghanimah politik' di atas penggadaian prinsip perjuangan mereka.

Zahid dan Lokman beserta beberapa yang lain, ditempelak hebat kerana meninggalkan perjuangan untuk memasuki Umno.

Ketika Lokman ditempelak, untuk menjawab segala tohmahan, Lokman mengatakan bukan inisiatif beliau pada asalnya pertemuan yang diadakan di sebuah hotel di Subang dibuat.

Katanya, beliau ada bukti dan gambar ada pimpinan tertinggi KeADILan yang mengetuai delegasi perundingan untuk memasuki Umno, ketika itu.

Ada yang mengatakan dakwaan mereka ada kaitannya dengan Ezam.

Jika ini benar, soal Ezam hendak masuk Umno, bukannya perkara baru. Maka Ezam tidak boleh mengelak untuk dikaitkan dengan persepsi bahawa, perundingan beliau masuk Umno barangkali membabitkan soal jawatan dan 'peruntukan'.

Soal banyak mana, apa yang diperolehi oleh Ezam dan rakan-rakan rapatnya, yang mendorong mereka memasuki Umno, tidak dapat dipastikan.

Apa yang Ezam mampu lakukan dalam Umno?

Sebelum ini, khususnya sewaktu Ezam 'bercerai' dengan KeADILan, beliau begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Ezam juga sering berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ada banyak janji 'tidak akan masuk Umno' yang sering Ezam ulang-ulangkan di hadapan pemimpin PAS.

Ada banyak "Sumpah Keramat" Ezam dalam ceramah-ceramahnya yang menempelak, mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib dan banyak lagi yang masih ada dalam rekod berbentuk kaset dan VCD.

Semua rekod-rekod ini menjadi bukti bahawa Ezam sebenarnya sudah menggadaikan prinsip perjuangan yang beliau sendiri bersumpah acapkali.

Tanpa disedarinya sumpah-sumpah ini semua sedang memakan diri Ezam. Hanya masa dan waktu sahaja akan menentukan. Wallahu a'lam.

Apa pun yang berlaku, sama ada ungkapan Ezam berbentuk janji, sumpah dan sebagainya, hakikat yang dibuktikan sekarang di hati Ezam hanya ada Umno, bukan PAS, jauh sekali KeADILan.

Ezam barangkali berfikir, laluannya memasuki Umno, menerusi Khairy terus kepada Abdullah boleh menjadi suatu advantage baginya.

Semuanya belum tentu! Orang-orang Umno sedang mencongak, ada tiga kemungkinan yang boleh berlaku dengan kemasukan Ezam ke dalam parti yang hampir karam itu.

Pertama, seperti kata Dato' Seri Najib Tun Razak, 'Ezam ada banyak maklumat'. Mungkin maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk membelasah Anwar dan menghalang pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kemungkinan kedua; Tidak boleh dinafikan wujud persepsi bahawa Ezam masih agen Anwar Ibrahim. Dalam keadaan sekarang, ada kalangan ahli Umno yang bimbang, Ezam boleh digunakan Anwar untuk menambahkan kerosakan dalam Umno.

Kemungkinan ketiga; Tiada apa-apa pun perubahan yang boleh berlaku kepada Umno! Sewaktu berbondong-bondong ahli Umno diketuai bekas Presidennya, Dr Mahathir keluar Umno kerana kegagalan Abdullah Badawi, Ezam pula hendak masuk Umno atas alasan Abdullah sudah mengubah Umno dan kerajaan.

Apa yang Abdullah ubahkan pun tidak diketahui. Malah Abdullah, BN dan Umno ditolak rakyat dalam PRU Mac lepas kerana dasar-dasar yang lapuk yang tidak boleh diterima.

Malahan sebahagian besar orang-orang Umno berpendapat, parti itu hanya akan berubah hanya apabila Abdullah Badawi meletakkan jawatan.

Umno ibarat Titanic dan tongkang pecah yang sedang menanti untuk karam. Mudah-mudahan 'niat' baik Ezam dan suku sakatnya menyertai kapal, boleh menampung kerosakannya untuk terus berlayar.

Barangkali Umno/BN boleh terus berlayar, tetapi bukan sebagai kerajaan, tetapi sebagai pembangkang.

Ikutlah, mungkin juga nasib Ezam untuk terus menjadi pembangkang.

Cuma, pesanan bekas rakan-rakan seperjuangan kepada anda, jangan jadi seperti "Ayam jantan yang gah berkokok berderau-derau, tetapi ekornya bergelumang dengan najis."

Apa pun, well...good luck saudara Ezam!

Tindakan Mahathir bukti Umno tidak layak dipercayai

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tue | May 20, 08 | 6:18:14 am MYT

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini.

PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.

PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Presiden PAS

Pengumuman Keluar Dari UMNO

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.


Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

Kenyataan Media Presiden PAS berkaitan Tun Mahathir

Oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Tindakan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan keluar dari Umno hari ini merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti. PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya. PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan samada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik
2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk
3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua
4. Proses prubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini. PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang. PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Presiden PAS

TUN MAHATHIR KELUAR UMNO!!!!

Tun Dr Mahathir Mohamad telah umum keluar dari UMNO.Bekas Perdana Menteri itu membuat pengumuman itu di majlis anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Star.Sebelum itu semasa majlis dailog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya beliau mencadangkan Ketua-ketua UMNO cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.Katanya ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan UMNO Disember ini Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.Beliau terus membuat pengumuman keluar parti bila salah seorang hadirin mencabarnya buat pengumuman itu.Menjawab soalan para wartawan dalam sidang akhbar lepas majlis itu Dr Mahathir beritahu beliau akan hantar surat rasmi keluar UMNO kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat.Katanya beliau akan masuk balik UMNO sekiranya Abdullah letak jawatan.Dr Mahathir bagaimanapun tidak meminta para ahli UMNO yang nak ikut tindakannya itu masuk parti lain.Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dalam reaksi segera kepada tindakan Dr Mahathir nak keluar UMNO meminta Perdana Menteri segera duduk dan berbincang dengan bekas Perdana Menteri itu.Beliau menilai tindakan keluar parti itu tidak wajar dan boleh mengugat kestabilan parti.Beliau juga mendesak semua para pemimpin UMNO khususnya para ahli Majlis Tertinggi bertindak segera menyelesaikan kemelut terbaru ini.Katanya mereka tidak boleh lagi diam dalam soal ini.Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang menghubungi Agendadaily petang ini merayu kepada Dr Mahathir menarik balik tarik balik tindakan keluar UMNO.Katanya tindakan itu lebih banyak merugikan dari menguntungkan.Katanya beliau akan mengetuai satu rombongan Badan Perhubungan UMNO Perlis untuk bertemu segera dengan Dr Mahathir.Serentak dengan itu beliau juga menyeru seluruh pimpinan UMNO gembeling usaha segera selesai kemelut ini.Katanya mereka tidak patut tunggu arahan Pak Lah dalam soal ini. “ Adakalanya kita semuanya nak tunggu arahan Pak Lah…dalam soal ini semua kena bertindak serta merta.Katanya Dr Mahathir sebagai pejuang nombor satu UMNO tidak harus berbuat demikian. “Kalau nak kira kecewa saya sendiri pun kecewa tetapi tidak bertindak begitu…lagipun masalah Dr Mahathir hanya dengan Presiden parti bukan dengan seluruh ahli UMNO...maka ia harus diselesaikan dengan baik,”katanya. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin pula meminta para ahli UMNO bertenang dalam menghadapi kemelut Dr Mahathir bertindak keluar parti.Beliau berpendapat tindakan ini tidak akan selesai masalah."Kita masuk UMNO ini bukan kerana Pak Lah atau Dr Mahathir,"katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika dihubungi Agendadaily untuk mengulas hal itu.Beliau harap para ahli UMNO tidak akan sertai langkah Dr Mahathir itu.Menurutnya mereka harus berpegang kepada asas penyertaan mereka dalam parti.

19/5/2008

Laporan Suruhanjaya Pita Lingam - Anwar jawab Mahathir


Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | May 12, 08 | 6:42:32 pm MYT

PETALING JAYA, 12 Mei (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menjawab tuduhan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ke atas dirinya berhubung isu klip video VK Lingam.

ImageKatanya ketika insiden dan rakaman itu dibuat, beliau masih berada di penjara Sungai Buloh.

"Saya maafkan Mahathir sebab dia terlupa saya masih di penjara Sungai Buloh pada tahun 2001," katanya sinis, dalam satu sidang media di Petaling Jaya sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Mahathir bahawa klip video itu dibuat untuk tujuan peras ugut.

Dr Mahathir juga dilaporkan berkata bahawa setiapkali seseorang itu membuat rakaman rahsia, niatnya ialah untuk mengugut dan beliau bimbang 'kerajaan telah menjadikan percubaan memeras ugut itu, berjaya'.

Anwar dibebaskan pada September 2004 ketika Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri manakala Isu klip video 'Linggam' muncul pada 2002 tetapi menimbulkan kontroversi di Malaysia pada tahun 2007.

Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka, Dato' V.K. Linggam dan seorang hakim kanan bagi mengatur perlantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002.

Sebelum itu dalam kenyataannya Anwar menggesa kerajaan mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam skandal kehakiman seperti dirumus oleh suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam.

Image"Perdana menteri Dato' Seri Abdullah Badawi berhasrat melaksanakan reformasi badan kehakiman, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dalam dilaksanakan.

"Kami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidakadilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu di bawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut," katanya.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar petang tadi:

Kami mengalu-alukan penyerahan Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai video klip Lingam kepada Yang Di-Pertuan Agong dan meminta laporan itu segara didedahkan kepada umum.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat melaksana reformasi badan kehakiman, seperti mana yang beliau umumkan sebelum ini, maka cadangan suruhanjaya tersebut supaya menyiasat dan mendakwa kalangan yang terlibat dapat dilaksanakan.

ImageKami juga ingin memohon penjelasan bersabit laporan suruhanjaya yang mengaitkan isu ketidak adilan pendakwaan dan penghukuman kes-kes tertentu dibawah bidang kuasa suruhanjaya tersebut.

Amat mendesak sekali untuk kerajaan mengambil tindakan wajar mengembalikan keyakinan terhadap badan kehakiman serta memastikan agar penyiasatan dan pendakwaan salah laku jenayah oleh Jabatan Peguam Negara yang bebas dari gangguan pemerintah.

Ini pastinya melibatkan beberapa percanggahan dan kaedah yang dipertikai yang sewajarnya dipatuhi oleh pihak berwajib dalam penyiasatan kes yang melibatkan pimpinan kanan kerajaan termasuk kes-kes yang tercela seperti pembunuhan dan yang melibatkan dana yang besar.

Rakyat Malaysia prihatin tentang permasalahan tersebut dan justeru itu tidak harus diremehkan oleh pemeritnhn sekarang. Sebarang tindakan yang dianggap tidak bersungguh-sungguh bagi memulihkan kewibawaan badan kehakiman pasti nya tidak akan berhasil.

ANWAR IBRAHIM - mr

Kos tanggung tiga penasihat PM cecah RM 1.2 juta

Azamin Amin
Fri | May 09, 08 | 9:35:42 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi dibidas kerana membelanjakan jumlah peruntukan yang besar sebanyak RM1,134,401.40 setahun untuk menanggung tiga penasihat beliau.

Tiga penasihat ialah Penasihat Petronas Tun Dr. Mahathir Mohamad;Penasihat Agama Islam Tan Sri Abdul Hamid Othman dan Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosial Dato� Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam jawapan bertulis Abdullah kepada soalan lisan Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (KeADILan- Kulim Bandar Baharu) menyatakan bahawa peruntukan seperti gaji, emolumen, elaun dan kos untuk penasihat Petronas itu berjumlah RM15,000-00 sebulan.

Ini tidak termasuk kemudahan yang disediakan seperti kos kakitangan, pejabat, logistik dan lain-lain yang tidak diberikan jumlahnya.

Manakala peruntukan untuk Penasihat Agama Islam pula ialah RM27,163.00 sebulan dan RM18,643.25 untuk gaji serta elaun kakitangan.

Bagi Shahrizat selaku Penasihat Wanita, beliau dibayar RM33,727.20 sebulan dan tidak termasuk gaji dan elaun kakitangan yang masih dalam proses kelulusan JPA.

"Ini adalah satu jumlah yang besar untuk menanggung tiga orang Penasihat yang tiada sebarang fungsi ataupun fungsi yang bertindih (duplicate).

"Sedangkan Abdullah sudah punya Lembaga Pengarah Petronas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Agama Dato' Dr. Zahid Hamidi dan Menteri Pembangunan Wanita & Sosial Dato' Ng Yen Yen untuk menasihati beliau dalam hal-hal berkaitan," kata Zulkifli dalam blognya.

Katanya perkara ini merupakan satu penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat sedangkan pemimpin sentiasa mendengar rintihan rakyat miskin samada yang disuarakan dalam Parlimen atau diluar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tambah Zulkifli lagi wang rakyat berjumlah RM1.2 juta itu boleh menanggung seorang anggota polis selama 12,371 bulan atau 1,030 tahun (pada kadar gaji RM900.00 sebulan) manakala dengan peruntukan penasihat itu boleh membina 36 biji rumah untuk rakyat miskin pada kadar RM25,000.00 sebuah rumah.

"Mengapakah perlu wang rakyat sebanyak ini dibazirkan kepada 'dinasour' Umno, pupusan Wanita Umno dan golongan pencen Umno?

"Kita berdoa semoga rakyat tidak kira apa bangsa dan agama akan celik mata melihat sandiwara keangkuhan dan kesombongan rejim Umno dan BN ini," katanya yang juga seorang peguam.

Teori konspirasi jatuhkan Najib di sebalik kes raba bekas menteri?

Mohd Rashidi Hassan
Fri | May 02, 08 | 9:46:35 am MYT

Kes membabitkan seorang bekas menteri yang didakwa meraba seorang pelayan di kedai menjual cigar (cerut), yang dikatakan berlaku di Kelab Havana 14 April lepas, mungkin tidak harus dilihat dari aspek moral dan jenayah semata-mata.

Ia harus dilihat daripada perspektif yang lebih besar daripada itu. Barangkali ianya ada unsur sabotaj atau ada teori konspirasi terbabit dan mungkin ada character assasination berlaku.

Jika ia unsur sabotaj atau teori konspirasi, ia membabitkan siapa dan untuk apa ia dilakukan?

Akhbar, The New Straits Times, 1 Mei (semalam) dipetik melaporkan 'Police want ex-minister to be charged' jelas menyatakan pihak polis telah memberikan rekomen untuk mendakwa bekas menteri terbabit.

Laporan yang sama dinyatakan oleh media rasmi kerajaan, Bernama.

Laporan itu menyebut bahawa menteri terbabit akan didakwa di bawah Sekyen 354 Penal Code, yang boleh disabitkan dengan hukuman sehingga 10 tahun penjara, denda serta sebatan.

Kes terbabit timbul pada 18 April lepas, apabila wanita berusia 30-an membuat laporan polis bahawa bekas menteri itu merabanya di sebuah kedai menjual cerut di sebuah hotel terkemuka di KL Sentral.

Bagaimanapun lima hari selepas itu, wanita yang berbangsa Melayu itu, menarik balik laporan polis dan mendakwa laporan itu dibuat kerana salah faham.

Wanita itu juga mengakui bahawa beliau dan ahli politik berkenaan adalah kawan yang sudah lama dikenali.

Persoalannya yang timbul sekarang, jika ahli politik berkenaan sudah lama dikenali sebagai kawan, mengapa kejadian seumpama itu boleh berlaku sekarang (didakwa berlaku pada 14 April)?

Atau kemungkinan kemesraan sebagai kawan disalah ertikan sebagai 'mengambil kesempatan' atau mungkin wujud desakan pihak tertentu yang mengatur plot rancangan bagi 'mengenakan' ahli politik terbabit?

Kelab Havana, merupakan 'pot' atau tempat berhimpun elit yang terkenal bagi puak-puak VIP sama ada terdiri daripada orang politik atau orang berniaga (politician and businessman).

Hotel tempat kejadian berkenaan dikatakan, bukan sahaja menjadi tumpuan bekas menteri berkenaan, malah menteri-menteri kabinet, malah ada sumber mendakwa Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga sering berada di situ.

Sewaktu kejadian, difahamkan bekas menteri berkenaan bukan keseorangan, terdapat ramai rakan-rakannya ada bersama, berada di tempat terbuka dan turut sama di situ ada anggota keluarga Perdana Menteri.

Ada sumber mengatakan pada mulanya wanita Melayu berkenaan enggan membuat laporan polis kerana menganggap tindakan ahli politik yang sudah lama dikenali itu sebagai gurau biasa seorang kawan.

Bagaimanapun, laporan dibuat selepas empat hari kejadian berlaku, akibat desakan teman lelakinya yang berbangsa Cina yang dipercayai bertindak di atas sokongan pihak tertentu.

Sumber mendakwa, wanita berkenaan 'digunakan' oleh teman lelakinya yang rapat dengan seorang ahli perniagaan, yang ada hubungan erat dengan ahli politik dari keluarga PM.

Persoalan yang ditimbul disebalik kes

Pelbagai andaian boleh wujud rentetan daripada insiden ini.

Pertamanya, mengapa selepas wanita berkenaan menarik balik laporan polisnya, pihak polis tetap bertegas meneruskan siasatan dengan memanggil bekas menteri itu ke balai.

Kedua, bagaimana laporan hasil siasatan polis yang seharusnya dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara (AG) seharusnya confidential boleh diketahui pihak media, khususnya Bernama dan NST?

Ada sumber memberitahu, sebaik laporan disiarkan, pihak polis memanggil wartawan berkenaan ke balai untuk mengetahui bagaimana dokumen sulit yang boleh dikategorikan sebagai di bawah Akta Rahsia Rasmi, OSA, boleh terlepas ke tangan media.

Sebaliknya, jika laporan itu tidak betul, atau tidak berlaku permintaan polis kepada AG untuk bekas menteri itu didakwa, apakah tujuan laporan berkenaan dibuat?

Siapakah yang berada di belakang Bernama dan NST atau media lain, yang mahu memastikan berita tersebut disiarkan?

Mengapakah Bernama sebagai media rasmi kerajaan, seolah-olahnya 'berusaha' memalukan bekas menteri berkenaan dan bagaimana wartawan terbabit boleh memastikan arahan pendakwaan sudah dibuat?

Juga bagaimana NST selaku media milik Umno, boleh menghentam dan memalukan Ahli Parlimennya sendiri, yang turut merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno?

Dan apakah tujuannya bekas menteri berkenaan dijatuhkan hukuman di atas sesuatu perkara yang belum dipastikan pengesahannya?

Tidakkah pihak berkenaan memikirkan, jika pendakwaan tidak wujud, anggota keluarga, isteri dan anak-anak ahli politik berkenaan sudah pun menanggung malu?

Kes jenayah yang dipolitikkan wujud dalam kerajaan dan Umno

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah mengalami peristiwa yang amat pahit dalam hidupnya sepuluh tahun yang lalu.

Kes membabitkan bekas menteri ini, jika dibandingkan tidak sampai pun 10 peratus daripada bebanan kes yang ditimpakan terhadap Anwar.

Persoalannya bukan soal perbandingan kecil atau besarnya sesuatu kes. Sebaliknya ia menunjukkan, kes-kes jenayah yang didakwa ke atas ahli-ahli politik, kemungkinan besar, wujud teori konspirasi.

Kes ini menimbulkan keraguan kemungkinan wujudnya agenda politik dan politiking dalaman Umno yang semakin runcing selepas penolakan besar rakyat terhadap Umno/Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.

Sehingga kini, pemimpin serta parti komponen BN sering bercakaran dan tuduh menuduh sesama sendiri.

Dalam Umno pula, kecaman, desakan dan pelbagai tekanan dikenakan terhadap Presiden mereka, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa punca utama penolakan rakyat.

Di sebalik tekanan yang hebat terhadap Abdullah, beliau tetap kelihatan bersahaja, dan menegaskan pendirian untuk terus mengekalkan jawatan sebagai Presiden dalam pemilihan parti itu Disember depan.

Secara khususnya gelombang besar yang wujud dalam Umno untuk menolak Abdullah, jelas menunjukkan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai pengganti Abdullah.

Abdullah tidak ada pilihan. Dalam suatu pertemuan dengan wakil-wakil rakyat BN, Abdullah mengumumkan Najib adalah penggantinya dan peralihan kuasa akan dibuat. Bila dan bagaimana, tidak Abdullah nyatakan.

Walaupun Abdullah sudah membuat perakuan bahawa Najib adalah penggantinya, apakah ianya boleh dipercayai oleh ahli-ahli Umno?

Apabila tekanan terhadap Abdullah memberikan favour kepada Najib, apakah mungkin orang-orang Abdullah yang diketuai menantunya, Khairy akan berdiam diri dan membiarkan Abdullah terus dibelasah orang-orang Umno.

Secara lojiknya sudah tentu juak-juak Abdullah akan turut merancang.

Apabila kedudukan ahli politik sudah berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan', revenge politik akan berlaku.

Janji Presiden Umno, bolehkah dipercayai?

Lebih sepuluh tahun dulu, PM ketika itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (Tun), turut bercakap berulang kali kepada media bahawa Anwar adalah penggantinya.

Namun, sejarah membuktikan bahawa janji-janji PM dan Presiden Umno itu tidak boleh dipakai.

Anwar yang diwar-warkan sebagai pengganti PM, dipecat, didakwa, dipukul, dipenjara dan dijatuhkan hukuman dengan cara yang amat mengaibkan.

Walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan November 2004 mendapati beliau tidak bersalah, namun kata nista dan pertuduhan yang amat dahsyat ditanggung beliau serta keluarga sejak tahun 1998, tiada siapa yang dapat membayar betapa mahal harganya sebuah maruah diri.

Hakikat daripada kes-kes yang berlaku, menunjukkan demi mempertahankan jawatan dalam Umno, semua kemungkinan akan berlaku.

Hubungan Anwar-Mahathir yang dikatakan seperti anak-bapa pun boleh terputus akibat politik. Inikan pula hubungan Najib-Abdullah.

Dalam kes membabitkan bekas menteri tersebut secara spesifik, beliau dikatakan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Najib.

Kedudukannya bukan sekadar sahabat, tetapi dikatakan salah seorang think-tank Najib, sama seperti Abdul Razak Baginda yang didakwa atas kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sekarang ini media milik kerajaan dan Umno sudah melayan wakil rakyatnya sendiri seperti anggota pembangkang, tekanan demi tekanan dibuat menjadikan beliau seolah-olahnya 'pelarian politik'.

Apakah mungkin nasib yang bakal menimpa orang kanan TPM ini, tidak terkena tempiasnya kepada Najib sendiri?

Atau apakah mungkin, tindakan ini merupakan suatu benchmark baru politik kumpulan Abdullah Badawi untuk pertahan diri?

Menjelang pemilihan Umno nanti, mungkin lebih banyak kes-kes seumpama ini akan berlaku, jatuh menjatuhkan, cemar mencemar akan terus berlaku dalam Umno.

Pergaduhan dan perebutan jawatan dalam Umno nampaknya sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Umno dan BN adalah seumpama sinking boat yang hampir karam.

Rakyat tidak perlu bimbang, kerana Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sudah bersedia menggantikan mereka, bila-bila masa.

Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang - Anwar


Nabila Abdullah
Thu | Apr 24, 08 | 2:20:44 pm MYT

PENAMPANG, 24 April (Hrkh) - "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam.

Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.

"Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya.

Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN.

"Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus terburu-buru", katanya.

"Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang.

Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya.

Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti.

Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu.

Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi mangsa, ujarnya.

"Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya./wann.

Pak Lah Respon Permintaan Mad Said Dengan Alasan Remeh dan Tidak Jelas

Ditulis oleh SM Noor
Tuesday, 22 April 2008

Hari pertama selepas Mad Said mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan Pusat menyerahkan seluruh wang royalti untuk diuruskan oleh Kerajaan Terengganu, Perdana Menteri Malaysia. Abdullah Ahmad Badawi memberi respon yang negatif. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Mad Said dengan bersungguh-sungguh mengemukakan alasan-alasan sebagai justifikasi mengapa wang royalti harus kembali ke negeri dan rakyat Terengganu.

Antara alasan Mad Said adalah:

1. “Sejak Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) @ Wang Ehsan @ Royalti Petroleum diperkenalkan, semua projek yang dilaksanakan tidak merujuk kepada kerajaan negeri, menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi impak kerana tidak mengambil kira keperluan rakyat.”

2. “buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta, kita hanya tahu tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya”.

3. ”Ada projek yang kita rancang... kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat, ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan.”

4. ”Apabila kementerian melaksanakan sesuatu projek, ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu, sedangkan wang yang dibelanjakan adalah wang rakyat”.

5. ”Saya cakap terus terang ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah”.

6. “jika Kerajaan Pusat menyerahkan kembali hak pengurusan DKKP, ia akan memudahkan kerajaan Terengganu membuat perancangan tentang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan”.

7. “kerajaan negeri mempunyai keutamaan sendiri dalam menentukan projek yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan jika wang itu ada pada kerajaan negeri, bajet dan perancangan akan menjadi lebih mudah”.

Tujuh hujah Mad Said kemukakan kepada Pak Lah kepada media supaya dihakimi oleh seluruh rakyat Malaysia betapa sebenarnya Dana Khas@Ehsan menyusahkan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu,

Pak Lah hanya menjawab dengan jawaban yang sama dan di ulang-ulang:

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemberian wang ehsan sebagai ganti pembayaran royalti minyak daripada Kerajaan Pusat kepada Terengganu membawa kebaikan kepada rakyat negeri itu.

Perdana Menteri berkata pemberian itu yang dibuat menerusi satu langkah yang diputuskan sebelum ini sebenarnya membantu rakyat Terengganu mencapai kejayaan.

“Ada satu kaedah yang sudah kita buat dengan kewujudan wang ehsan ini, dan ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu selama ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama pada Dialog Integriti Asean 2008 di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang menyebut Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta Kerajaan Pusat mengembalikan pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri itu - Sumber Bernama

Kumpulan 11 muncul…dakwa Dr Mahathir penyebab UMNO haram

Bunyi nama kumpulan mereka seperti penyamun dan penyangak.Dalam sejarah UMNO ‘Kumpulan 11’ tercatat sebagai perosak yang akhirnya telah menyebabkan mahkamah membuat keputusan parti itu haram 20 tahun yang lampau.

Generasi muda hari ini mungkin tidak kenal wajah-wajah 11 orang ahli UMNO itu yang mempertikaikan kesahihan Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987 yang menyaksikan pertandingan antara Team A Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Team B Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam pertandingan bersejarah pada 24 April 1987 itu Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh dengan majoriti cuma 43 undi.

Segalanya bermula bila kumpulan yang asalnya dianggotai oleh 12 orang itu merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat kerana mendakwa ada beberapa kes dimana ada mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian tidak sah .

Selepas ia tidak dilaya baru mereka membawanya ke mahkamah.

Jika mesyuarat cawangan dan bahagian itu tidak sah maka dengan sendirinya perwakilan mereka yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO itu juga tidak sah.

Ini yang akhirnya membawa kepada Hakim Harun Hashim memutuskan UMNO haram.

Pagi Sabtu salah seorang anggota Kumpulan 11 itu,Rahim Abdul Rahman ( baju merah) mengadakan satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menuntut agar diperbetulkan fakta sejarah tentang fiasco pengharaman UMNO itu.

Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar ini tidak mahu lagi kumpulan itu terus menerus dipandang sebagai ‘ budak jahat’.

Rahim tampil ke depan setelah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan kesungguhan beliau untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara.

Khamis malam Perdana Menteri menghadiri jamuan makan malam Majlis Peguam yang turut dihadiri oleh bekas Ketua Hakm Negara Tun Salleh Abas dan tiga lagi bekas hakim yang dipecat dari jawatan mereka oleh sebuah tribunal hakim 20 tahun lampau atas alasan melakukan salahlaku kehakiman.

Pemecatan Salleh dan lima lagi hakim dikaitkan dengan keputusan mahkamah mengharamkan UMNO ekoran pemilihan jawatan Presiden UMNO antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun1987.

Rahim yang kata beliau mewakili rakan-rakan lain dalam kumpulan itu ( ada yang sudah meninggal dunia) mendakwa bahawa UMNO haram kerana tindak tanduk Dr Mahathir yang tidak mahu melihat UMNO pulih sebab bimbang pemilihan UMNO perlu diadakan semula waktu itu.

Katanya tindakan mereka membawa kes mesyuarat cawangan dan bahagian yang tidak sah itu semata-mata bertujuan agar Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula dan bukan hendak melihat UMNO haram.

Dakwa Rahim semasa mereka merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO masa itu Tan Sri Sanusi Junid bersikap tidak demokratik tidak melayan dan menjawabnya dengan betul.

“Sebelum ini tidak seorang pun berani mempertikaikan tingkah laku Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid yang dengan sewenang-wenangnya mentabir parti mengikut acuan dan citarasa mereka,”katanya.

Beliau mendakwa Dr Mahathir tidak mahu Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula kerana tidak yakin keputusan akan menyebelahi beliau jika pemilihan diadakan semula.

Dakwannya sebab itu bekas Perdana Menteri itu lebih suka melihat UMNO haram.

“Di situlah bermulanya episod The Grand Design of Mahathir ,”dakwa Rahim yang turut melibatkan pemecatan para hakim itu.

Katanya beliau sedia disaman oleh Dr Mahathir dan berdepan dengannya di mahkamah kerana membuat dakwaan ini.

Beliau juga kesal dengan cara bekas Perdana Menteri itu membangkitkan banyak isu berhubung dengan kepimpinan Abdullah iaitu orang yang beliau tunjuk mengantikannya.

“Soalnya apakah beliau merupakan the saints yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa ?Soalnya apakah beliau lupa bahawa banyak kesalahan dan dosa beliau terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat masih belum tertebus?

“Pada hemat saya beliau sengaja melemparkan kritikan-kritikan pedas serta memperkecilkan YAB Perdana Menteri kerana tergugat oleh ketelusan YAB Perdana Menteri serta didorong oleh rasa takut bahawa kesalahan-kesalahan beliau akan terdedah satu demi satu,” dakwa Rahim.- 19/4/2008

Krisis Kehakiman - Abdullah 'perbetulkan' kesilapan Mahathir

Agendadaily.com
Fri | Apr 18, 08 | 10:27:01 am MYT


Suasana dalam dewan besar Hotel Marriot Kuala Lumpur Khamis malam memang cukup menarik. Ada wajah tokoh-tokoh dari Barisan Nasional dan begitu juga dari parti pembangkang. Ia bukan majlis politik tetapi jamuan makan malam Majlis Peguam.

ImagePaling mencuri perhatian tentulah di meja utama.Di situ Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk semeja dengan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas.

Hadir sama ialah Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh dan Dato' George Seah iaitu tiga dari lima Hakim-Hakim Mahkamah Agung yang dipecat semasa krisis kehakiman pada 1988.

Manakala dua lagi Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh diwakili oleh keluarga masing-masing.

Ini adalah kali pertama mereka hadir dalam satu majlis dengan seorang Perdana Menteri sejak dipecat dari jawatan mereka oleh sebuah tribunal hakim 20 tahun lampau atas alasan melakukan salahlaku kehakiman.

Pemecatan Salleh dan lima lagi hakim dikaitkan dengan keputusan mahkamah mengharamkan Umno ekoran pemilihan jawatan Presiden Umno antara Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987.

Abdullah yang menunjukkan kesungguhan beliau untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara telah melantik Dato' Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kabinet selepas pilihanraya umum 8 Mac.Beliau diberi tanggongjawab khusus mencadangkan pembaharuan dalam badan berkenaan.

Kes klip video perbualan peguam Dato' VK Lingam telah mencetuskan berbagai andaian dan tandatanya mengenai kredibiliti badan kehakiman.

Abdullah telah menyampaikan ucap utama bertajuk bertajuk "Delivering Justice, Renewing Trust" yakni sampaikan keadilan,barui kepercayaan dimana beliau mengumumkan kerajaan akan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi mengenal pasti dan mencadangkan nama-nama calon hakim kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata Suruhanjaya itu akan membantu menilai dan menyemak calon dalam cara yang bersistematik serta amanah untuk Perdana Menteri, berasaskan kepada kriteria yang ditakrifkan dengan jelas.

Bagaimanapun, hak perlembagaan Perdana Menteri untuk mengemukakan nama-nama itu kepada Yang di-Pertuan Agong terus kekal, katanya.

Abdullah berkata kerajaan mencadangkan perubahan itu bagi menjadikan proses menamakan calon, pelantikan dan kenaikan pangkat lebih telus serta berperwakilan.

"Proses untuk membawa perubahan ini akan bermula sekarang dan saya memberi jaminan kepada anda semua di sini hari ini, bahawa rundingan mengenai fungsi dan struktur Suruhanjaya itu akan membabitkan pihak berkepentingan yang utama.

"Semua pihak akan mempunyai peluang untuk menyediakan input mereka kepada kerajaan," katanya.

ImageTurut hadir di majlis itu ialah Zaid, Presiden MIC Dato' Seri S Samy Vellu, Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

Sebagai tambahan, Abdullah berkata kerajaan akan memulakan semakan terma perkhidmatan dan ganjaran badan kehakiman.

"Terdapat keperluan mendesak untuk menetapkan gaji dan imbuhan di tahap yang betul bagi memastikan bidang kehakiman dapat menarik serta mengekalkan bakat yang terbaik di negara ini," katanya.

Abdullah berkata perkara ini dan langkah lain yang akan diumumkan apabila tiba masanya, akan membentuk pakej perubahan yang menyeluruh bagi memperkukuhkan kapasiti serta kredibiliti badan kehakiman.

Sekalipun kerajaan menolak cadangan oleh Zaid agar kerajaan memohon maaf ekoran pemecatannya para hakim dalam ucapannya, Abdullah turut membayangkan bahawa kerajaan mengiktiraf sumbangan Salleh, Azmi, Eusoffe, Wan Hamzah, Wan Suleiman dan Seah.

Abdullah berkata sebagai gantirugi kepada hakim-hakim berkenaan, kerajaan memutuskan untuk memberikan bayaran ex-gratia kepada mereka.

"Tuan-tuan, saya tidak membuat anggapan untuk menyamakan sumbangan, penderitaan dan kehilangan dengan sekadar matawang, tetapi saya harap tuan-tuan dapat menerimanya sebagai satu sumbangan tulus ikhlas bagi memperbaiki apa yang telahpun berlaku," kata beliau.

Abdullah berkata bagi kebanyakan orang, peristiwa pada 1988 merupakan satu pergolakan dalam sistem kehakiman negara memandangkan banyak yang mempertikaikan kesahan dan prinsip moral prosiding yang berkaitan.

"Bagi saya, secara peribadi, saya merasakan ia adalah tempoh krisis yang negara tidak akan kembali pulih sepenuhnya. Sekali lagi, tuan-tuan dan puan-puan, ayuh kita mara ke hadapan.

Saya tidak fikir bahawa meninjau semula keputusan yang lepas adalah tindakan yang bijak atau membantu memandangkan ia hanya akan memanjangkan kesan krisis itu -- sesuatu yang negara kita tidak perlukan.

Rakyat mahukan pergerakan dan kemajuan, bukan persengketaan yang berterusan.

"Oleh itu, katanya, kerajaan ingin mengiktiraf sumbangan keenam-enam hakim ini kepada negara, komitmen mereka dalam mendukung keadilan dan mengakui penderitaan serta kehilangan yang telahpun mereka tempuhi," katanya.

"Bagi Tan Sri Eusoffe dan Tan Sri Wan Suleiman serta keluarga mereka, saya tahu bahawa sentimen ini dibuat terlalu lambat.

Bagi Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah dan Dato' George Seah, sungguhpun pengakuan ini dibuat 20 tahun terlewat, namun ia dilakukan dengan sepenuh harapan agar sedikit sebanyak penderitaan dan kehilangan itu dapat kembali sembuh," katanya dengan disambut tepukan gemuruh.

Sambil mengakui bahawa masih banyak yang perlu dilakukan untuk memulihkan kepercayaan oang ramai terhadap badan kehakiman negara dan bagi memastikan agar keadilan dilaksanakan secara konsisten, Perdana Menteri berkata apa yang beliau umumkan malam ini merupakan permulaan bagi satu proses yang lebih panjang ke arah perubahan.

"Saya dengan rendah diri ingin meminta sokongan tuan-tuan kepada langkah yang akan diambil ini memandangkan keperluan untuk melakukan perubahan ini mungkin tidak jelas sepenuhnya bagi semua orang.

"Kerajaan telahpun memulakan segala-galanya. Kami telahpun memulakan langkah awal namun penting. Kini terserah kepada semua pihak yang berkenaan -- badan kehakiman, badan peguam, masyarakat madani dan orang awam keseluruhannya -- untuk turut menjalankan peranan masing-masing dalam mempermudahkan perubahan ini," katanya.

Abdullah berkata menjadi harapannya agar "kita dapat memulakan babak baru bagi badan kehakiman Malaysia".

"Menjadi harapan saya bahawa usaha ini akan menjadi sebahagian daripada proses yang lebih besar untuk terus memperkukuhkan institusi demokrasi kita, menyelesaikan langkah demi langkah masalah yang sukar diselesaikan yang menghalang pembinaan negara yang tulen. Marilah kita menulis babak gemilang dan baru ini bersama-sama," katanya.

Salleh yang ditemui para wartawan lepas majlis itu berkata,"Saya tahu saya tidak boleh menang daripada segi undang-undang di hadapan kerajaan terdahulu tetapi doa saya dimakbulkan hari ini kerana saya diberikan kemenangan moral.

"Jadi malam ini semua orang boleh mengatakan yang kemenangan moral kini diberikan kepada saya," kata beliau,

"Saya bersyukur kepada Allah kerana bersifat pengasih dan penyayang kepada saya, saya menunggu selama 20 tahun dan doa saya telahpun dimakbulkan," ujarnya. - mr

Abdullah akui beliau antara penyebab BN kehilangan undi

JOHOR BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui beliau merupakan di antara faktor yang telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi pada pilihan raya umum ke-12 bulan lepas.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, disebabkan perkara tersebut beliau merasakan bertanggungjawab untuk berbuat sebaikbaiknya bagi memulihkan BN dan Umno.

"Saya merasakan saya adalah penyebab kepada `pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknyabaiknya untuk memulihkan BN dan Umno," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan Badan Perhubungan Umno Johor yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden Umno, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak hadir kerana Menteri Pelajaran itu kini berada di Paris atas urusan rasmi kerajaan.

Perdana Menteri berkata, beliau memahami banyak perkara dan antaranya ialah perubahanperubahan yang telah dijanjikan kepada rakyat sebelum ini tetapi masih belum ditunaikan oleh kerajaan sehingga kini.

Perubahan yang dijanjikan kepada rakyat itu, katanya meliputi pelbagai perkara seperti sistem kehakiman, pembanterasan rasuah, menurunkan kadar jenayah serta hubungan di antara kaum di negara ini.

Bagaimanapun, katanya ada di antara perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan itu perlu mengambil masa sebelum ianya menunjukkan hasil yang positif.

"Oleh kerana itu, saya akan terus memberikan perhatian untuk membawa perubahanperubahan yang telah dijanjikan kepada rakyat. Malah ia telahpun dimasukkan di dalam janjijanji kerajaan BN di dalam manifesto (BN) pada (pilihan raya umum) 2004," katanya.

Abdullah berkata, sejak 2004 beliau telah berusaha untuk menangani beberapa masalah seperti keadaan defisit kewangan negara yang besar, isuisu ekonomi dan pembangunan serta yang berkaitan dengan pembaharuan syarikatsyarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Di dalam pengubalan dasardasar oleh kerajaan, Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa memastikan ianya dapat diterima oleh rakyat dan sebarang kesilapan akan diperbaiki secepat mungkin.

"Dasardasar yang dilaksanakan itu sentiasa diberikan perhatian, di mana ada silapsilapnya, kita akan memperbaikinya secepat mungkin supaya ia tidak membebankan rakyat," katanya.

Mengenai perjumpaan itu, Abdullah berkata mereka telah berbincang secara terbuka tentang beberapa perkara berkenaan kedudukan parti.

"Saya mengambil kesempatan dari perjumpaan hari ini untuk menghuraikan beberapa isu yang perlu difikirkan bersama (oleh anggota Perhubungan Umno Negeri)," katanya.

Katanya anggota Badan Perhubungan Umno Johor juga mengemukakan beberapa cadangan kepada beliau tentang usahausaha memulihkan parti, tetapi enggan mengulas lanjut. BERNAMA

Umno perlukan pemimpin secocok suasana baru

Oleh A Kadir Jasin

7.55am | 28 Mac
[KEMASKINI 28 Mac] MAJLIS Tertinggi Umno yang bersidang semalam memutuskan yang pilihan raya parti peringkat pusat akan diadakan pada perhimpunan agung tahunan antara 19 dan 20 Disember ini. Pemilihan peringkat cawangan akan berlangsung antara 17 Julai dan 24 Ogos manakala bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November.

Sementara itu, ibarat tertimpa ludah sendiri, presiden parti, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa mesyuarat itu menyokong pelantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terenggunu yang sebelum ini dianggapnya sebagai “bertentangan dengan Perlembagaan.”

Anehnya, Bernama pula melaporkan yang setiausaha agung Umno yang baru, Teuku Adnan Teuku Mansor sebagai memberi amaran kepada Ahmad Said yang dia akan dipecat jika mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

Pening, putar belit (spin) tetap putar belit walaupun sedikit!

[Tulisan awal]

URA-URA menangguhkan pemilihan Umno Ogos ini sehingga tahun hadapan kononnya atas desakan ketua-ketua bahagian dan perhubungan negeri cukup menarik.

Pertama ia menunjukkan yang sindrom menidakkan (denial syndrome) masih menular dalam jiwa sesetengah para pembesar Umno walaupun pengundi telah menjatuhkan hukuman yang berat ke atas mereka pada 8 Mac lalu.

Kedua ia menunjukkan betapa mudahnya pihak-pihak tertentu dalam Umno memperkotak-katikkan pendapat umum demi menjaga kepentingan peribadi mereka.

Ketiga kepentingan segelintir peneraju mengatasi kepentingan jutaan ahli Umno.

Dan keempat mereka tidak teragak-agak memperolok-olokkan sentimen ahli akar umbi parti.

Semua ini adalah perbuatan dan tindak tanduk yang sangat berbahaya kepada kelangsungan – survival — Umno.

Alhamdulillah, tidak semua pembesar Umno hilang akal dan tenggelam punca.

Laporan SMS akhbar The Star pagi ini (27 Mac) memetik Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin, sebagai berkata Jawatankuasa Pengurusan Umno sebulat suara bersetuju pemilihan parti tidak ditangguhkan.

Soalnya apakah jaminan yang keputusan itu tidak akan dipertikai dan dibatalkan oleh pihak-pihak yang lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Pengurusan?

Ini mendalamkan lagi misteri dakwaan bahawa ketua-ketua bahagian dan pengerusi-pengerusi perhubungan negeri mahu pemilihan ditangguhkan.

Nampaknya pihak-pihak yang menghebahkan ura-ura itu mahu menguji sentimen ahli dan pembesar parti. Daripada reaksi awal, nyata cadangan itu berpotensi memecahbelahkan lagi Umno.

Ketua Penerangan Umno, Mohamad Muhd Taib berkata ketua-ketua bahagian dan pengerusi-pengerusi perhubungan negeri Umno mahu pemilihan parti ditangguhkan.

Tetapi beberapa ketua bahagian dan pengerusi perhubungan negeri menafikannya. Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan, misalnya, menolak ura-ura itu.

Ini menimbulkan tanda tanya mengenai kemungkinan ada pihak yang tidak demokratik dan takutkan cabaran cuba menggunakan nama ketua bahagian dan pengerusi perhubungan negeri untuk menangguhkan pemilihan parti.

Apa pun yang hendak dilakukan oleh para pembesar Umno yang berasa mereka masih berkuasa dan masih dikehendaki, mereka tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ahli parti tidak boleh diperkotak-katikkan lagi.

Mereka telah mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada 8 Mac lalu dengan menghukum Umno di bawah kepemimpinan sekarang!

Jika para pembesar Umno masih enggan atau tidak berkeupayaan menghadapi realiti, usaha merawat parti – meminjam slogan Barisan Nasional “merawat Kelantan” — dan memujuk hati orang Melayu akan tertangguh.

Lagi lama tertangguh lagi sukar merawat Umno yang sedang gering dan hati orang Melayu yang luka.

Jika pemilihan ditangguhkan ia sudah tentu memburukkan lagi kemarahan orang Melayu, khasnya ahli dan penyokong Umno, terhadap pembesar-pembesar parti.

Ini berkemungkinan menyebabkan ahli dan penyokong Umno yang berpaling tadah pada 8 Mac lalu tidak kembali lagi ke pangkuan parti.

Apatah lagi dalam keadaan di mana pada pandangan mereka kerajaan pembangkang tidak mengecewakan aspirasi mereka apabila mereka dengan segala berat hati dan dukacita memangkah PAS, PKR dan DAP.

Malangnya bagi Umno, itulah tanggapan orang Melayu kini. Malah mereka terkejut bahawa kerajaan-kerajaan negeri pembangkang dapat ditubuhkan dengan begitu pantas dan tanpa krisis besar berbanding kerajaan-kerajaan negeri Umno sendiri.

Krisis pelantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu yang melagakan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi dengan pihak Istana memburukkan imej kepemimpinan Umno.

Serentak itu ia menyerlahkan lagi sikap hipokrit media massa arus perdana yang menjadi tulang belakang propaganda pemerintah. Padahnya kerana taasub mereka jatuh tersungkur dan misai mencecah debu apabila cuba menggembar-gemburkan masalah pelantikan MB Perak dan menuduh pembangkang, khasnya Lim Kit Siang, biadab terhadap Raja.

Ini terjadi apabila Umno sendiri ternyata lebih teruk ketika menangani krisis di Perlis dan Terengganu dan menunjukkan sikap yang lebih buruk terhadap Raja daripada DAP.

Walaupun media massa arus perdana tidak menuduh Umno “kurang ajar”, “biadab” atau “derhaka” namun rakyat jelata tidaklah terlalu bodoh untuk membuat kesimpulan mengenai tindak tanduk pembesar-pembesar tertentu.

Menangani perhubungan yang unik dan sensitif dengan Istana adalah tugas dan tanggungjawab yang telah dipikul oleh Umno sejak penubuhannya pada tahun 1946.

Sama ada dalam suasana aman atau konfrontasi, Umno dan pemimpinnya sebelum ini tidak pernah menunjukkan derhaka, biadab dan kurang ajar kepada Raja.

Penolakan Shahidan Kassim di Perlis dan Idris Jusoh di Terengganu walaupun membawa surat tauliah daripada Perdana Menteri adalah bukti kegagalan kepemimpinan tertinggi Umno meneruskan tradisi berbaik-baik dengan Raja berperlembagaan.

Apatah lagi Presiden Umno sendiri begitu beria-ia mempertahankan dua watak berkenaan tetapi akhirnya terpaksa akur dengan pelantikan Mat Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis dan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Pada perhimpunan dan pemilihan Ogos ini, Umno memerlukan pemikiran dan kepemimpinan yang lebih secocok dengan suasana baru yang ditonjolkan oleh keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu. Umno memerlukan perubahan di semua peringkat untuk merawat kegeringannya.

PM biadap arah Adun BN boikot majlis angkat sumpah

Written by admin on Mar 28th, 2008 | Filed under: Minda Pimpinan

7.15am | 28 Mac
DEWAN Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius kenyataan Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mendakwa tindakan biadap mereka memboikot Menteri Besar yang dilantik oleh Istana Terengganu, Datuk Ahmad Said adalah berasaskan arahan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bagi DPP Pusat, perbuatan biadap Presiden Umno ini telah menyebabkan berlakunya penderhakaan terhadap Sultan secara terbuka oleh ahli-ahli Umno Terengganu yang akhirnya boleh menggugat kestabilan politik negara.

Kesan daripada arahan Presiden Umno tersebut, kesemua ADUN BN kecuali Datuk ahmad Said telah bertindak menyokong Datuk Seri Idris Jusoh walaupun istana telah menolak bekas Menteri Besar itu. Dalam masa yang sama 23 ADUN BN itu turut membawa penyokong mereka mengadakan perhimpunan haram di Kuala Terengganu untuk membantah istana. Rosol Wahid sebagai juru cakap kumpulan 23 ADUN BN ini juga telah mengeluarkan ugutan kepada Sultan untuk memulau Menteri Besar termasuk untuk tidak hadir majlis angkat sumpah. Mereka juga mengancam untuk meletak jawatan selain membuat ugutan untuk memecat Ahmad Said sebagai ahli Umno.

Perbuatan biadap dan derhaka 23 ADUN BN atas arahan Presiden Umno ini kemudian mengundang perbuatan biadap penyokong mereka. Selain mengadakan perhimpunan haram dan menghantar memorandum bantahan kepada istana, mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada istana. Kemuncaknya, penyokong Idris yang ‘taat’ kepada arahan Presiden Umno itu telah menggelarkan Sultan Terengganu sebagai ‘natang’ (binatang). Kini setiap hari juak-juak Presiden Umno berhimpun secara haram di Kuala Terengganu dan di Kuala Lumpur, 23 ADUN tersebut mengadakan sidang akhbar untuk menyerang Ahmad Said atau Istana Terengganu. Presiden dan Setiausaha Agung Umno pula dilaporkan memberi kata dua kepada Ahmad Said supaya tidak menerima watikah daripada Sultan Terengganu.

DPP Pusat berpandangan perkembangan politik derhaka Umno Terengganu ini mempunyai kaitan yang rapat dengan arahan Presiden Umno tersebut. Semua bentuk penderhakaan dan kebiadapan mereka adalah didorong oleh arahan tersebut. Kerana itu, DPP Pusat merasakan bahawa Presiden Umno mesti dikenakan tindakan undang-undang sama ada di bawah Akta Hasutan atau ISA kerana mengancam keselamatan dan kestabilan politik negara. Presiden Umno itu juga tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mengarahkan satu ‘perang terbuka’ ke atas Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong. Adalah tidak munasabah pemimpin sebuah parti derhaka seperti Umno untuk memimpin negara yang diketuai oleh raja yang diderhakainya.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Umno Selangor akan tuntut Abdullah berundur

Abdul Halim Mohd Rashid
Thu | Mar 20, 08 | 9:00:08 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Badawi dilihat semakin hampir kepada saat penghujung kekuasaannya.

Ketika Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah Imagesecara terbuka menawarkan diri untuk dicalonkan mencabar Abdullah sebagai Presiden Umno, muncul pula laporan bahawa Umno Selangor akan menuntut Perdana Menteri berundur.

Menurut seorang blogger Umno, The "thirteen million plus Ringgit" guy (bigdogdotcom.wordpress.com), hanya dua bahagian sahaja di dalam Umno Selangor yang tidak terlibat dengan cadangan itu.

"Semalam, semua Bahagian Umno Selangor kecuali Tanjung Karang dan Sepang bersetujui untuk mencadangkan PM 'Flip-Flop' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur dari semua jawatan politik, setelah BN Selangor mengalami kekalahan buruk dan untuk pertama kali, kerajaan Selangor diperintah oleh pembangkang, yang diketuai PKR," kata beliau dalam posting bertajuk "Dr. Khir Toyo berundur, Ku Li sedia cabar PM 'Flip-Flop' Abdullah" bertarikh 19 Mac.

Mengenai perletakan jawatan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN Selangor, The "thirteen million plus Ringgit" guy menyatakan, "dikhabarkan bahawa hanya 9 dari 22 Bahagian Umno Selangor meminta Dr Khir melepaskan jawatan tertinggi Umno negeri itu".

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, BN hanya mampu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen di Selangor.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 15 kerusi DUN dan sembilan Parlimen manakala DAP 13 DUN dan empat Parlimen sementara Pas menang lapan DUN dan empat Parlimen.

Sementara itu, KL Pos melaporkan, lima cawangan Umno di Kampung Bukit Sungai Putih Ampang akan dibubarkan dengan semua ahlinya akan menyertai PKR dalam satu majlis khas pada 23 Mac ini. - abmr/ mr