LIVE DARI PARLIMEN

TERKINI

Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR.

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,348 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Umno Perak kini semakin gelabah - Mursyidul Am PAS

KOTA BHARU, 30 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pelawaan Umno untuk menubuhkan kerajaan bersama PAS di Perak menggambarkan parti itu kini semakin gelabah.

Mursyidul Am PAS berkata, pelawaan itu membuktikan parti tersebut begitu menyesal terhadap apa yang telah dilakukan terhadap PAS selama ini sehingga terpaksa mengajak untuk bergabung sekarang.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran tabung Penambahbaikan Masjid Al-Baraah dan Ceramah Israk Mikraj di perkarangan Pasar Besar Siti Khatijah hari ini katanya, tindakan seperti dilakukan Umno Perak menggambarkan mereka bermasalah.

"Kalau di dunia sudah memperlihatkan masalah, apa lagi�kalau di akhirat, lagi bermasalah," kata beliau.

Image Kelmarin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dilaporkan mengajak PAS menubuh kerajaan campuran di Perak sebagai simbol perpaduan Islam dan Melayu.

Ekoran tawaran tersebut Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian petang semalam membuat laporan polis kerana menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Perak itu mempunyai unsur-unsur rasuah.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata, keputusan mengenai perkara akan dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Lumpur esok.

Beliau yang akan menghadiri mesyuarat itu esok menjelaskan pendiriannya tetap sama sebagaimana sebelum ini iaitu muqabalah dibolehkan dengan Umno dan tidak mungkin untuk bergabung dalam pakatan politik.

"Muqabalah dengan sesiapa sahaja boleh, sebab Islam sendiri telah mengajar pertemuan perlu diadakan sekiranya ia dapat menyelesaikan masalah masyarakat.

"Nabi Muhammad saw pernah mengadakan muqabalah dengan kaum musyrikin untuk menyelesaikan masalah masyarakat di zaman baginda.

"Begitu juga sekarang muqabalah dengan sesiapa pun boleh, tetapi jangan libatkan gabungan politik," ujarnya. Image

Menurutnya, muqabalah, muzakarah, musyawarah atau seumpamanya tiada masalah diadakan, sebaliknya berbincang politik dengan parti lawan (Umno) perlu berhati-hati kerana peristiwa lama telah berlaku 50 tahun lalu.

Beliau menegaskan PAS memang terluka hati dengan tindakan Umno menyingkir PAS setelah bergabung dalam Barisan Nasional pada 1970-an.

"Peristiwa Memali, peristiwa Lubuk Merbau, penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan dan membatal pendaratan minyak dan gas di Pantai Senok Bachok adalah antara peristiwa yang tidak mudah dilupakan," ujarnya.

Beliau juga berkata, muqabalah yang diadakan di antara pemimpin PAS dan Umno sebelum ini menyebabkan situasi tidak tenang berlaku di kalangan penyokong PAS.

"Mereka marah saya macam-macam sehingga pedih telinga mendengarnya," ujar beliau. - mj � _

Jangan jadikan Perdana V6 kambing hitam

July 24, 2008 by Pendeta

PEMBELIAN kereta Mercedes E200 Kompressor oleh kerajaan negeri Terengganu bukan sekadar satu pembaziran, tetapi membawa ke arah satu penghinaan terhadap ke- reta nasional, Proton Perdana V6.

Saya merujuk dakwaan Toh Chin Yaw, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, yang mendakwa Proton Perdana V6 Executive yang digunakan sebelum ini dipercayai kereta ‘potong’, dan kos yang mencecah RM50,000 untuk dua kali penyenggaraan.

Kereta-kereta ini, yang dibeli dengan hasil cukai rakyat, tujuan utamanya adalah untuk kegunaan rasmi kerajaan.

Kalau dalam masa empat tahun dari tarikh pembelian telah dua kali disenggara sedemikian rupa, maka saya berpendapat kereta-kereta ini perlu diperiksa dengan teliti secara menyeluruh meliputi pelbagai aspek.

Janganlah Proton Perdana V6 dipersalah dan diperlekeh, jika niat utama kerajaan negeri Terengganu adalah untuk menggunakan kereta jenis lain.

Kenapa setelah mendapat kereta Mercedes E200 Kompressor, baru ‘nampak’ apa yang boleh dikatakan ‘dakwaan kepincangan’ kereta Proton Perdana V6? Jangan jadikan kereta nasional sebagai kambing hitam untuk mencapai cita-cita ahli Exco negeri untuk menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor.

Keadaan sekarang tidak mengizinkan kita membazir dan bermegah. Banyak lagi projek pembelaan nasib rakyat negeri perlu diutamakan. Banyak lagi belanja menaik taraf kehidupan rakyat negeri perlu dititikberatkan. Hatta, kenapa bantahan sebegini disuarakan.

Kalau asyik kereta rosak kotak gear, saya mengesyorkan kerajaan negeri Terengganu meneliti cara pemanduannya. Jangka hayat sesebuah kereta terletak pada kebijaksanaan pemandunya.

Cuma sekarang, hentikan sahaja pembelian ini atau carilah kereta jenis lain yang harganya separuh daripada harga Mercedes E200 itu.

LAGI GAMBAR SEKITAR TANGKAPAN ANWAR

17-07-2008 01:32:31 PM

BERITA ANTARA GAMBAR SEKITAR TANGKAPAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TENGAH HARI SEMALAM

Anwar Ibrahim melambai ke arah wartawan ketika keluar dari IPK KL untuk menuju ke rumahnya.

DR. WAN AZIZAH DAN NURUL IZZAH TIBA DI IPK KL MALAM TADI

DR. WAN AZIZAH MELAMBAI KE ARAH WARTAWAN DI PEKARANGAN IPK KL

SUASANA DI KAWASAN SEKITAR IPK KL DIKERUMUNI ORANG RAMAI DAN ANGGOTA FRU.

MENTERI BESAR SELANGOR, TAN SRI KHALID IBRAHIM ANTARA YANG BERADA DI PEKARANGAN IPK KL MALAM TADI.

ANWAR IBRAHIM KETIKA DIBAWA KE HOSPITAL KUALA LUMPUR SEMALAM.

Anwar bebas jaminan polis pagi ini, kembali ke IPK 18 Ogos

Oleh G. MANIMARAN, ARIFFUDDIN ISHAK, NURUL ALIN dan LEE YAN XIU

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Selepas ditahan polis lebih 18 jam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan atas jaminan polis, kata peguamnya Sankara Nair sebentar tadi.

Beliau dibebaskan kira-kira 9.40 pagi tadi.

Tiada sebarang pertuduhan akan dikenakan terhadap Anwar.

Pada 18 Ogos ini, Anwar akan kembali memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi.

Beliau dilihat keluar dari IPK Kuala Lumpur melalui pintu belakang dan meninggalkan premis itu dengan kereta yang dinaiki isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menuju ke rumahnya di Bukit Segambut.

Anwar dilihat meninggalkan perkarangan IPK KL pada 9.45 pagi melalui pintu pagar belakang yang menghala ke Jalan Hang Tuah dengan menaiki kereta pacuan empat roda warna hitam.

Beliau dilihat melambai tangan dari dalam keretanya ke arah petugas media yang cuba mengejar kenderaan beliau.

Seorang lagi peguam Anwar, R.Sivarasa, berkata Anwar ditahan sepanjang malam di dalam lokap kecuali ketika keterangannya diambil.

Sehingga dibebaskan, pihak polis masih terus mengambil keterangan daripada Anwar pagi ini bagi membantu siasatan dalam kes itu, katanya.


Anwar ditahan pada 1 tengah hari semalam oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kenderaan, 50 meter dari rumahnya di Segambut.

Bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar telah memfailkan saman terhadap Mohamad Saiful kerana membuat laporan palsu berkenaan kejadian liwat itu yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lalu.

Turut serta mengiringi Anwar adalah kereta yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Kira-kira 35 minit kemudian, beliau tiba di rumahnya sambil ditemani oleh anak-anak dan isterinya.

Menurut peguamnya, Sankara, Anwar mengadu sakit belakang disebabkan tidur di atas lantai ketika ditahan reman sepanjang malam tadi.

Oleh itu, beliau akan menerima rawatan doktor di rumahnya.

Anwar dijangka akan membuat sidang media pada pukul 2 petang ini di rumahnya.

Difahamkan sebelum Anwar dibebaskan beliau telah diambil keterangan, susulan proses semalam.

Kira-kira 45 minit kemudian, peguamnya, Sivarasa Rasiah tiba di IPK.

Sementara Sankara pula tiba pada pukul 8.50 pagi.

Katanya, salah seorang pegawai penyiasat polis menelefon beliau untuk memaklumkan bahawa Anwar akan dibebaskan atas jaminan polis hari ini sejurus selesai memberikan keterangan kepada polis

Pasukan peguam Anwar telah mencuba untuk membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan atas jaminan polis sehingga tengah malam tadi.


Menurut Sankara, pegawai penyiasat itu juga berjanji kepada beliau di mana tahanan reman terhadap Anwar tidak akan dilanjutkan.

Turut serta adalah peguamnya yang ketiga iaitu Saiful Izham.

Pada pukul 9.30 pagi, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di IPKKL bersama tiga orang anaknya termasuk Nurul Izzah dengan menaiki kereta jenis Honda berwarna hitam.

Anwar ditahan di IPK malam ini, Perdana Menteri jamin 'mata lebam' 98 tidak berulang

17-07-2008 12:48:01 AM
Oleh G. MANIMARAN, ARIFFUDDIN ISHAK, NURUL ALIN, ZANARIAH ABD. MUTALIB dan LEE YAN XIU


Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur.
- foto SIN CHEW

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Selepas lapan jam ditahan polis, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini memberi jaminan kejadian "mata lebam" yang pernah dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis pada 1998 tidak akan berulang kali ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR ) itu ditahan kira-kira 1 tengah hari tadi mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat.

Sehingga 12.10 tengah malam, menurut peguamnya Sankara Nair, Anwar akan ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini.

Anwar ditahan polis, direman 24 jam

16-07-2008 05:59:16 PM
Oleh G. MANIMARAN, AFFIFUDDIN ISHAK dan LEE YAN XIU


Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni wakil media sejurus selepas memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya Beliau ditahan polis dekat rumahnya kemudian, kira-kira sejam sebelum dikehendaki hadir di IPK Kuala Lumpur. - foto REUTERS

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar), ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di kawasan berhampiran dengan rumahnya.

Anwar mula memberikan kenyataan kepada polis mulai pukul 2.30 petang - kira-kira 70 minit selepas dibawa ke IPK Kuala Lumpur.

Beliau dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan DNA.

Kata Sankara polis boleh menasihatkan Anwar menjalani pemeriksaan di hospital tetapi tidak boleh memaksanya membekalkan sampel untuk DNA.

"Beberapa minit sebelum ditangkap, DSP Jude Pereira (pegawai penyiasat) menelefon saya dan mengesahkan tentang kedatangan mereka. Mereka kata hendak datang, tetapi (Anwar) ditahan di kawasan selekoh di Jalan Segambut (berhampiran rumah Anwar)," katanya.


Semalam polis telah mengeluarkan waran tangkap dan mengkategorikan Anwar sebagai suspek dalam tuduhan Mohd Saiful bahawa majikannya itu telah meliwatnya beberapa kali termasuk pada 26 Jun lalu.

Kira-kira 200 penyokong Anwar pula sudah mula membanjiri kawasan berdekatan dengan IPK.

Dia membuat laporan polis dua hari kemudian.

Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan dakwaan seumpama itu selepas kali pertama pada 1998 dan September tahun itu juga beliau ditahan polis di rumahnya.

Polis mengatakan bahawa anda (Anwar) ditahan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, Anwar akan direman 24 jam," kata Sankara dan menambah, polis perlu mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah jika mahu menahan Anwar lebih daripada 24 jam.

Bagaimanapun, kata Sankara Anwar tidak digari semasa dibawa ke IPK.

Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.15 tengah hari.

Beliau ditahan di rumahnya di Segambut dekat sini selepas pulang dari memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya yang dibuat terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara pada 1 Julai lalu.

Anwar keluar dari pejabat BPR pukul 12.10 tengah hari.

Ketika ditemui wartawan di Putrajaya, Anwar berkata, beliau telah meminta BPR supaya proses memberi keterangan ditangguhkan kerana perlu hadir di IPK Kuala Lumpur pukul 2 petang ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat.

Kata beliau: "Oleh kerana waran tangkap sudah dikeluarkan, saya perlu berada di IPK Kuala Lumpur dengan segera."

Ketika ditanya mungkin ditahan, Anwar memberitahu, beliau bersedia jika polis hendak menahannya dan BPR boleh mengambil keterangan di lokap.

Wartawan mStar Online yang berada di IPK Kuala Lumpur melaporkan Anwar dibawa dalam Pajero dengan diiringi kira-kira 15 buah kereta, dipercayai dinaiki anggota polis dan peguamnya.

Surat arahan polis bertarikh 15 Julai (semalam) menyebut Anwar perlu hadir di IPK Kuala Lumpur dan menemui pegawai penyiasat Jude Pereira pada pukul 2 petang ini.

Di IPK Kuala Lumpur Anwar ditemani peguam Sankara dan R. Sivarasa.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula tiba di IPK dari Parlimen selepas dimaklumkan mengenai tangkapan Anwar.

Beliau disusuli kehadiran peguam Karpal Singh yang tiba lima minit kemudian.

"Sekarang tidak tahu keadaan lagi. Cara polis (menangkap Anwar) ganas, akan cuba menjamin beliau secepat mungkin," kata Azizah kepada para pemberita.

Selepas keluar dari IPK, Dr. Wan Azizah meminta semua orang supaya bertenang.

"Saya kecewa kerana polis bertindak sedemikian. Ini tidak diperlukan, saya kesal kerana suami saya ditangkap.

"Kami sudah memberi jaminan bahawa Anwar akan datang sebelum pukul 2 petang," katanya lagi.

Anak Anwar, Nurul Izzah memberitahu wartawan selepas memasuki bangunan IPK kira-kira 3.30 petang bahawa bapanya telah meminta ahli keluarga dan penyokongnya supaya berdoa.

Terdahulu Karpal pula memberitahu, setakat ini (sehingga pukul 2.30 petang) Anwar tidak ditahan, cuma dibawa untuk memberi keterangan kepada polis.

Sama ada ditahan ataupun sebaliknya hanya akan diketahui selepas keterangan diambil, kata Karpal.

Beberapa pemimpin parti pembangkang juga kelihatan berada di IPK sejak Anwar dibawa masuk.

Antara yang berada di ibu pejabat polis kontinjen itu ialah anak perempuan Anwar, Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR Tian Chua, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Keputusan DEBAT antara DSAI vs DSC.

Keputusan DEBAT antara DSAI vs DSC.
Round 1.
DSAI menang Besar!!!!
sebab: menjawab semua soalan yang diajukan mengikut fakta.
DSC kalah teruk!!!
sebab: tidak menjawab soalan sebaliknya termelalut menerangkan tentang sejarah DSAI yang lama.( masa kat U dulu).

Round 2.
DSAI menang Lagi!!!!
Sebab: tidak menjawab soalan yang berbentuk peribadi tetapi sebaliknya menggunakan masa yang ada untuk menerangkan keadaan ekonomi yang sebenarnya berlaku di malaysia malah di dunia kini..
DSC Kalah Besar!!!
sebab: kenyataan beliau bahawa kerajaan malaysia tidak mahu “mengajar rakyat malaysia dengan meurunkan harga minyak” macam cikgu sastera yang nak cuba ajar ekonomi lah pulak….

Round 3.
DSAI menang lagi besar!!!!
sebab: dengan tenang menerangkan kepada rakyat siapakah pengikut IMF yang sebenarnya….
DSC kalah lagi besar!!!!
sebab: langsung tidak menjawab soalan sebalik nya menceritakan tentang sejarah petronas!yang kita tahu penubuhan petronas itu memang untuk malaysia dan keuntungannya akan dapat dirasai nikmati oleh semua.

Pengulungan:
DSAI Menang di tambah BONUS Lagi.
Sebab: dapat mengulungkan semua fakta2 secara detail (satu persatu) dan yang penting sekali dapat BONUS,iaitu kita semua tahu baru-baru ini DSAI ada berkata saya akan istiharkan pilihanraya kecil di atas pentas ceramah nya..Namun hari ini beliau mengistiharkan Secara Langsung di TV…ini satu Bonus Kemenangan…
DSC:kalah teruk kerana tidak dapat menggulungkan usul harga minyak tetapi sebaliknya menggulungkan sapu tangannya dan menyapu air liur nya yang dah tidak tahan lagi mendengar kata-kata dusta yang keluar dari mulutnya….

Anwar ditahan polis jam 1 tengah hari tadi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan polis jam 1 tengah hari ini, kata isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Wan Azizah yang mengesahkan penahanan Anwar berkata, suaminya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari Putrajaya ke rumahnya di Segambut.

Penahanan Anwar dipercayai dibuat selepas polis mendapat waran tangkap supaya dia memberi keterangan berhubung dakwaan liwat membabitkannya.

"(Tetapi) itupun BN tidak berani, mengapa takut sangat," TUN MAHATHIR

Dr M: Muhyiddin mampu tewaskan Najib
Muda Mohd Noor | Jul 15, 08 12:12pm

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menewaskan Datuk Seri Najib Tun Razak jika beliau bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti yang akan datang.

Beliau berkata, Najib tidak akan dapat menjadi perdana menteri kerana beliau seorang pemimpin yang lemah dan tidak ada pendirian tetap.

muhyiddin yassin and najib and umnoNajib adalah timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno. Beliau menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti yang lalu.

Sebaliknya, Dr Mahathir meramalkan Muhyiddin lebih mudah diterima oleh ahli-ahli Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mereka yang tidak menyokong presiden parti sekarang.

"Orang-orang ini yang menentukan siapa yang menang dalam pilihanraya, berbanding dalam pemilihan Umno kerana (ia) boleh dimanipulasi dngan pemberian wang ringgit dan pemberian lain,"katanya.

"Saya rasa Tan Sri Muhyiddin patut diberi peluang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di ibunegara pagi ini.

"Saya tidak kata saya menyokong Tan Sri Muhyiddin, tetapi saya menyokong sesiapa sahaja kerana saya bukan lagi ahli Umno.

Perlu pencalonan

"Jika Tan Sri Muhyiddin melawan Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddn akan menang, Najib akan kalah...," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, jika muhuiddin menang timbalan presiden Umno, beliau sepatutnya dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Katanya, semasa Tun Musa Hitam meletak jawatan, beliau memberi jawatan timbalan perdana menteri kepada Tun ghafar Baba, setelah beliau menang dalam pertandingan umno.

Muhyiddin merupakan naib presiden Umno yang terkanan dari segi lama memegang jawatan tersebut. Seorang lagi ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Manakala kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dibatalkan selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang.

Untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden, Muhyiddin perlu mendapatkan 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 bahagian Umno yang akan mula bermesyuarat pada 9 Oktober depan.

Usul tidak percaya

Pada 10 Julai lalu,Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.

Beliau juga mengumumkan akan bertanding mempertahankan jawatan presiden parti dalam pemilihan Umno pada 16 Disember depan.

Ketika ditanya mengenai usul tidak percaya Pakatan Rakyat terhadap kerajaan Abdullah, Dr Mahathir berkata, ia patut benarkan kerana BN tahu parti lawan tidak cukup wakil rakyat.

"(Tetapi) itupun BN tidak berani, mengapa takut sangat," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kemasukan parti kaum India, selain MIC ke dalam BN, tidak berjaya kerana presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menentang kemasukan mereka.

Beliau berkata, dalam BN kemasukan parti baru adalah mustahil jika tidak mendapat persetujuan penuh dari komponennnya.

"Samy Vellu menentang parti kaum India lain masuk BN kerana dia hendak menjadi wakil kepada kaum India," kata Dr Mahathir.

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan


Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

  1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
  2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
  3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
  4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
  5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

Perak pula dapat air percuma

Oleh Harakah, Bernama
Selasa, 08 Julai 2008

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini, kata Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bernama melaporkan bahawa, kerajaan negeri telah mengenal pasti seramai 15,000 penduduk miskin di negeri ini untuk menerima kemudahan itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak RM2 juta sebulan.

"Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing.

Perak kini merupakan negeri kedua selepas Selangor yang membekalkan 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun lepas sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum Mac lepas.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Katanya bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA.

"Hanya segelintir sahaja pelajar yang datang ke pejabat ini untuk meminta bantuan melanjutkan pelajaran ke IPTA setakat ini atau mungkin mereka tidak mengetahui adanya sumbangan seperti itu," katanya.

Beliau turut memaklumkan permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Perak untuk mereka yang melanjutkan pengajian ke IPTA telah ditutup pada 30 Jun lepas.

GAMBAR SEKITAR MENJELANG HIMPUNAN PROTES HARGA MINYAK

Senarai gambar menjelang perhimpunan yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya, esok. Pihak polis turut mengadakan pemeriksaan di beberapa kawasan di Lembah Klang sejak awal pagi tadi.-dari mstar online

PENGANJUR menghiaskan Stadium Kelana Jaya sejak petang tadi.

KESESAKAN ekoran sekatan jalan di Jalan Ipoh.

ANGGOTA polis turut diletakkan di kawasan padang Jalan Timur, Petaling Jaya iaitu lokasi awal pilihan penganjur untuk mengadakan perhimpunan protes.

PEMERIKSAAN polis melibatkan semua jenis kenderaan.

Anwar dedah Najib punyai hubungan dengan Altantuya


Khamis, 3 Julai 2008 • Kategori: Berita Utama, English, Kenyataan, Nasional, Pilihanraya 2008

KUALA LUMPUR, 3 Julai (SK) - Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal hari ini mendedahkan Timbalan PM telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan pagi ini, Balasubramaniam telah memberikan beberapa butiran yang menunjukan hubungan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak bersama dengan Altantuya.

Beliau turut mendedahkan Najib Razak telah memperkenalkan Altantuya kepada Penganalisa Politik, Razak Baginda di satu pameran berlian di Singapura.

Namun apa yang menggemparkan adalah: Najib pernah menyetubuhi mangsa. Menurut Balasubramaniam, siasatan beliau mengesahkan berlakunya hubungan seksual diantara Timbalan Perdana Menteri itu dan mangsa.

Tambah Balasubramaniam lagi, mangsa tiada masalah untuk diliwat oleh Timbalan Presiden Umno itu.

Saiful Bukhari Azlan tinggal di kondominium mewah RM2.2 juta ?

Azamin Amin
Tue | Jul 01, 08 | 8:53:45 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Mungkin ramai yang ingin mengenali siapa susuk watak Saiful Bukhari Azlan yang telah 'menggegarkan' negara dan antarabangsa tentang aduan dan dakwaan liwatnya oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun kes ini belum pun diputuskan kesahihannya malah masih dalam siasatan mengikut lunas undang-undang, namun segala tindakan individu selama ini masih menimbulkan tanda-tanya yang sehingga kini belum lagi muncul daripada 'tempat persembunyiannya' walaupun setelah membuat aduan dan laporan polis di pondok polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu.

Satu laporan menyiarkan Saiful disifatkan sebagai seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre'.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang dipetik sebagai berkata mengakui gambar yang tersiar diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari lalu bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.

"Dia (pembantu Anwar) seorang pemimpin di kalangan pelajar. Dia pun ambil gambar dengan pemimpin lain. Soalnya bukanlah peranan sesiapa tetapi sama ada perkara itu berlaku atau tidak. Saya bukan orang di sebalik perkara ini. Itu terserah pada polis untuk tentukan," katanya.

Najib berkata pembantu Anwar itu merupakan bekas pemimpin pelajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala pegawainya di dalam gambar itu bertanggungjawab antara lain, bagi perkara berkaitan dengan pendidikan tinggi.

"Adalah menjadi lumrah tetamu, terutamanya para pelajar yang datang ke pejabat TPM (Timbalan Perdana Menteri), untuk mengambil gambar dengan pegawai-pegawai sebagai kenangan lawatan mereka," katanya. _