LIVE DARI PARLIMEN

TERKINI

apa kata Iraman Hj Karim tentang CHE DET

Salam Tun,
Bukannya macam tu seharusnya apa yang Tun perkatakan.
Tun harus panggil pemimpin utama dalam UMNO berbahas dengan mereka apa yang harus dibuat agar masalah kebencian masyarakat Malaysia terhadap UMNO dapat dikikis.

2. Ini seolah Tun marahkan nyamuk, kelambu Tun bakar. Marah kepada Pak Lah dan KJ, UMNO yang menerima akibatnya. Sama seperti satu ketika dulu apabila Tun dinyahkan drp UMNO oleh Tengku Abd. Rahman Putra Al-Haj, Tun berceramah di Flatform PAS.

3. Mengenai dengan perbuatan KJ, sepatutnya Tun mengurangkan taring suara Tun kerana perkara sedemikian banyak dilakukan sama oleh anak-anak dan ipar duai Tun ketika Tun menjadi PM dulu. Tun sendiri banyak diperkatakan seperti MAHAFIRUN oleh segelintir Blogger's yang sekarang ini ramai diantaranya memuji Tun dengan hebat sekali. Apakah jikalau Tun masih memegang jawatan PM, blogger's tersebut akan memuji Tun atau sebaliknya meneruskan anggapan Tun seperti MAHAFIRUN itu?

4. Tun memegang PM selama 22 tahun sedangkan Pak Lah baru je 5 tahun. Dalam tempuh yang lama, tentulah Tun mempunyai banyak waktu dan kaedah untuk mengembalikan maruah tercemar. Begitu banyak perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat semasa Tun menjadi PM dulu. Tun tentu sedar.

5. Bukan maksud saya untuk menghina Yang Berbahagia Tun, tetapi sekadar merayu agar cukup-cukuplah tu menghina Pak Lah. Tak kemana, bulan Mac 2009 Pak Lah akan berundur sepenuhnya. Saya sangat berharap, jika Pak Najib tidak menurut "perintah Tun", ketika itu nanti, janganlah pula Pak Najib menjadi lanyakkan Tun pula. Mereka mempunyai cara dan methodologi tersendiri untuk memerintah negara. Tentunya tidak sama dengan cara dan kaedah Tun. Mungkin antaranya mereka takut mendapat gelaran Mahafiraun.

6. Kenapa Tun sesenangnya menghina UMNO? Apakah perjuangan melayu sudah selesai? Kalau ia bagai dikata oleh sesetengah penulis blog, yang berkata itu semua taktik Tun untuk memprovokasi masyarakat melayu supaya sentiasa sedar kepada perjuangan bangsa, agama dan negara, kenakah dengan cara begini. Saya merasakan cara Tun ini akan melemahkan semangat pejuang-pejuang bangsa. Kerana Tun adalah seorang yang sangat berpengaruh. Mereka akan menganggap kata-kata Tun sesuatu yang benar dan mereka akan mengikut maksud lurus dari kata-kata Tun. Jika Tun kata UMNO akan hancur, maka kepada mereka kata-kata tersebut betul dan akibatnya bertempiaranlah mereka lari ke PKR maupun PAS. Sebabnya adalah Tun kata UMNO akan hancur.

No comments: