TERKINI
-
Kerajaan Pahang Tunggu Kerajaan Persekutuan Luluskan Tapak Pelancaran Roket
Antarabangsa Di Nenasi
-
*KUANTAN:* Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains,
Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, kerajaan
Pahang telah...
15 hours ago
-
Usah ambil ringan mimpi angan-angan Azmi
-
*PANDANGAN*
PEMIMPIN PH Selangor tidak boleh pandang ringan dengan cita cita PN yang
dilemparkan Pengerusi PN Selangor Azmin Ali untuk tawan negeri itu dal...
2 days ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
8 months ago
-
Siasatan Gisbh: Hukum Pihak Bersalah, Hindari Ketidakadilan
-
PAS mengikuti rapat perkembangan siasatan terhadap Global Ikhwan Services
and Business Holdings (GISBH) berkait beberapa isu, termasuk fahaman salah
da...
8 months ago
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah
-
KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada
bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka
memerlukan ban...
6 years ago
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
-
*Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam*
Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang
dimiliki orang y...
7 years ago
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi
-
Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan
ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh.
Kunjungan mereka ...
12 years ago
-
KOMEN RAKYAT TENTANG ZAID IBRAHIM
Akhirnya seperti yang dijangka, Zaid dipecat dari UMNO. Tun juga pernah dipecat pada tahun 1969 dahulu kerana mengkritik UMNO. Tapi kes Zaid agak berbeda dari Tun, kesalahannya bukan kerana mengkritik UMNO tetapi kerana menghadiri Kongres PKR. Saya sendiri tidak tahu mengapa bagi orang politik mereka dihalang untuk berinteraksi dengan pihak-pihak lain di luar garisan parti mereka.
Saya tertanya-tanya mengapa politik kita menjadi seperti itu, bermusuh tidak habis-habis. Di satu pihak pemimpin kita menganjurkan rakyat untuk bersatu tanpa mengira perbedaan anutan politik. Tetapi mereka sendiri nampaknya cakap tidak serupa bikin apabila tidak membenarkan ahli UMNO menyertai persidangan parti lain. Kontras sungguh. Murid diminta kencing duduk, tetapi guru pula kencing berlari-lari keliling padang.
Nampaknya pemimpin-pemimpin kita ini jenis manusia yang menganjurkan permusuhan sampai ke liang kubur. Saya tidak nampak apa salahnya hadir kongres atau persidangan parti lain. Malah jika pemimpin PKR, PAS dan DAP dijemput ke Persidangan UMNO sekalipun, bagi saya mereka perlu pergi. Pergi bukan bermakna untuk menyertai parti lain, tetapi sekadar sebagai pemerhati. Apa salahnya melihat dan mendengar pandangan yang berbeda bagi mengukuhkan tahap ketulusan kita? Dalam hal ini nampaknya rata-rata orang kampung lebih bijak dari pemimpin kita. Orang kampung bila kenduri semua dijemput tanpa mengira fahaman politik mereka. Begitu juga bila ada kematian, seisi kampung hadir tanpa mengira dia penyokong parti mana.
Tetapi pemimpin politik kita menganut mazhab politik yang berbeda dari orang kampung. Apabila Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buluh dulu saya tidak tahu sama ada bekas hulubalang Anwar yang ketika itu menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri ada datang melawat dan bertanya khabar. Begitu juga ketika dia mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur, tidak tahu saya sama ada orang kuat BN yang merupakan sahabat Anwar dulu ada yang berani mengunjunginya. Dan apabila Tun Mahathir terlantar di IJN, saya juga tidak tahu sama ada pemimpin PKR ada mengunjunginya, walaupun terdapat pemimpin PAS yang berbuat demikian.
Begitu juga keadaan di Parlimen. Sokongan dan bangkangan terhadap sesuatu perkara bukan berdasarkan isu yang dibangkitkan, tetapi siapa yang membawanya. Jika isu itu dibangkitkan oleh PR, baik bagaimanapun isu yang dibawa namun Ahli Parlimen BN tidak akan menyokongnya. Begitu juga sebaliknya jika isu yang dibangkitkan oleh BN, Ahli Parlimen PR pasti enggan menyokongnya..
Di Amerika Syarikat perkara seperti ini tidak terjadi. Sebaik sahaja Clinton tewas di tangan Obama, beliau terus berkempen bersungguh-sungguh untuk kemenangan Obama. Begitu juga apabila Mc Cain tewas di tangan Obama, dia pergi menemui Obama untuk menyatakan sokongan bagi membina sebuah Amerika yang baru tanpa mengingati permusuhan kelmarin.
Mungkin kita belum semaju Amerika, walaupun pemimpin kita bercakap minda kita sedang dipacu ke arah itu. Tetapi jika fikiran pemimpin kita tidak kira BN mahupun PR masih di takuk lama - di takuk bermusuh hingga ke liang lahad - maka banyaklah masa kita untuk berbincang soal politik sahaja. Lama-lama rakyat akan menjadi makin muak dengan politik anutan pemimpin politik kita, politik pecah belah yang mereka seringkali meminta rakyat jangan melakukannya.