Isu persenda istana di Terengganu, PM tidak bertindak?
Wartawan Kita
Sun | May 11, 08 | 5:51:55 pm MYT
KOTA BHARU, 11 Mei (Hrkh) � Masihkah anda ingat pada 29 April 1993 apabila seorang pemimpin Umno Kelantan ketika itu menabalkan seorang raja pada satu majlis di Ketereh.
Tidak pula kedengaran seorang pemimpin utama negara mengarahkan Setiausaha Agung Umno membuat laporan polis ke atas pemimpin yang jelas mempersendakan seorang sultan.
�Tidakkah ini jelas satu double standard yang dicerminkan pemimpin Umno sekarang. Sedangkan peristiwa yang berlaku pada April 1993 bukan sekadar mencabar raja malah cubaan menolak institusi raja-raja.
�Pemimpin Umno terbabit dianggap cuba mempengaruhi sekumpulan rakyat bagi membangkit kebencian terhadap raja-raja Melayu. Namun mengapa Perdana Menteri tidak bertindak agresif seperti sekarang,� kata seorang pegawai pencen.
Pada peristiwa yang mencatat sejarah hitam dalam institusi beraja di Kelantan itu kedengaran laungan Daulat Tuanku ketika menyambut ketibaan Tengku Ibrahim Petra pada majlis pemasyhuran Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra.
Ketibaan beliau di Sekolah Rendah Kebangsaan Ketereh disambut meriah dengan iringan sirih junjung dan perarakan pulut semangat dan paluan nobat.
Antara pemimpin Umno Kelantan yang dikatakan terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit iaitu Datuk Annuar Musa yang berjawatan menteri ketika itu.
Seorang lagi bekas kakitangan kerajaan mempersoalkan mengapa pula isu menghina Sultan Terengganu dengan perkataan �natang� semasa isu pelantikan Menteri Besar tidak dihebohkan seperti sekarang.
�Pemimpin Umno sendiri yang menolak pelantikan Datuk Ahmad Said sehingga mengugut mahu menyingkirkannya daripada parti.
�Tidakkah pemimpin utama Umno sendiri yang seolah-olah mengajar rakyat Terengganu tidak menghormati institusi raja dengan menolak Ahmad pada peringkat awalnya,� kata beliau.
Bekas anggota jawatankuasa Umno Kubang Kerian, Ibrahim Mamat berkata, dua peristiwa yang berlaku itu jauh berbeza dengan teguran Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.
Menurutnya, kes yang berlaku di Kelantan pada 1993 dan di Terenganu baru-baru ini bukan lagi sekadar menghasut sebaliknya menghina institusi raja-raja Melayu. - mj
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang
FC Pula Tarik Diri
-
MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka
dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan.
Dua kelab yan...
2 days ago
No comments:
Post a Comment