Awang Harun
Mon | Apr 28, 08 | 6:13:02 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 28 April (Hrkh) - PAS Terengganu memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memohon supaya disemak semula keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada hari pengundian, 8 Mac lalu.
Petisyen itu dikemukakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, yang merupakan pengundi di kawasan Parlimen berkenaan di Pejabat Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Huda Akmal Mohamed, kira-kira jam 12.00 tengah hari.
Beliau menamakan pegawai pengurus pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Mat Razali Kassim, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Razali Ismail sebagai defendan.
Turut bersamanya ialah Setiausaha Pemuda PAS kawasan, Wan Mohd Faizul Wan Abas dan peguam Kamaruzzaman A Wahab.
Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, calon PAS,Mohamad Sabu tewas kepada calon BN, Razali Ismail dengan majoriti 628 undi. Mohamad memperolehi 31,934 undi sementara Razali 32,562 undi manakala calon Bebas, Maimun Yusof hanya 685 undi. - mks.
Isu Tanah Babitkan Orang Asli Semelai Tasek Bera Perlulah Ditangani Dengan
Baik Kerana Bahang PRU-16 Kini Semakin Menghampiri
-
*TEMERLOH*: Isu berkaitan tanah yang membabitkan masyarakat orang asli
Semelai Tasek Bera perlu ditangani dengan baik oleh Kerajaan Pahang,
kerana raky...
1 day ago
No comments:
Post a Comment