himpunan berita-berita terkini tentang PAKATAN RAKYAT -PAS, PKR, DAN DAP yang kebanyakkannya tidak disiarkan dalam akhbar dan media elektonik arus perdana
LIVE DARI PARLIMEN
TERKINI
-
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang FC Pula Tarik Diri - MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan. Dua kelab yan...2 days ago
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...2 days ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...2 months ago
-
Siasatan Gisbh: Hukum Pihak Bersalah, Hindari Ketidakadilan - PAS mengikuti rapat perkembangan siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) berkait beberapa isu, termasuk fahaman salah da...2 months ago
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...1 year ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...6 years ago
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 years ago
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi - Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh. Kunjungan mereka ...12 years ago
-
3 maut tanah runtuh Hulu Klang, jumlah dikhuatiri naik
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB-mstar
[DIKEMAS KINI, 1.15 tengah hari] KUALA LUMPUR Bilangan mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini, meningkat kepada tiga - termasuk seorang ibu dan anaknya.
Mayat dua wanita dan seorang lelaki telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), kata Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr. Lailanor Ibrahim.
Dr. Lailanor, yang memangku jawatan Pengarah HKL berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan nama mangsa terbabit kerana ia di bawah tanggungjawab pihak polis.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, tujuh lagi dikuatiri tertimbus.
Sebanyak 13 rumah banglo terlibat dengan separuh daripadanya tertimbus separuh.
"Langkah-langkah pencegahan juga telah diambil di mana 2,000 penduduk dari blok kediaman berdekatan telah dibawa keluar.
"Ada juga kes seorang diserang sakit jantung dan ada yang hampir melahirkan anak," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kira-kira pukul 11 pagi tadi.
"Bagaimanapun bantuan segera menggunakan helikopter polis telah dihantar untuk menyelamatkan mereka," kata beliau lagi.
Seramai 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri.
Perkata itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian.
Ia merupakan kejadian ketiga dalam tempoh seminggu ini termasuk yang terbaru dua hari lalu di kawasan Jalan Semantan di sini yang memusnahkan 11 kenderaan tetapi tiada kehilangan nyawa.
Pada Ahad lalu, dua beradik mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Lot 110, Jalan Belida 1, Hulu Yam Perdana, Selangor.
Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah.
Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed, Thajudeen Abdul Wahab.
Pegawai Perhubungan Awam Hospital Kuala Lumpur (HKL), Zaiton Abu Bakar berkata, 14 mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital itu.
Mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan awal di surau Addinniah di Bukit Antarabangsa sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan menggunakan tidak kurang daripada 12 ambulans.
Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di tempat kejadian, yang dipetik Bernama berkata, terdapat empat mangsa korban dalam insiden kirakira 4 pagi itu.
PBSM juga melaporkan 15 orang yang dilaporkan cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan.
Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.
Menurut bomba dan penyelamat, tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan air dalam tanah.
Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.
Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.
Ahli Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.
apa kata Iraman Hj Karim tentang CHE DET
Bukannya macam tu seharusnya apa yang Tun perkatakan.
Tun harus panggil pemimpin utama dalam UMNO berbahas dengan mereka apa yang harus dibuat agar masalah kebencian masyarakat Malaysia terhadap UMNO dapat dikikis.
2. Ini seolah Tun marahkan nyamuk, kelambu Tun bakar. Marah kepada Pak Lah dan KJ, UMNO yang menerima akibatnya. Sama seperti satu ketika dulu apabila Tun dinyahkan drp UMNO oleh Tengku Abd. Rahman Putra Al-Haj, Tun berceramah di Flatform PAS.
3. Mengenai dengan perbuatan KJ, sepatutnya Tun mengurangkan taring suara Tun kerana perkara sedemikian banyak dilakukan sama oleh anak-anak dan ipar duai Tun ketika Tun menjadi PM dulu. Tun sendiri banyak diperkatakan seperti MAHAFIRUN oleh segelintir Blogger's yang sekarang ini ramai diantaranya memuji Tun dengan hebat sekali. Apakah jikalau Tun masih memegang jawatan PM, blogger's tersebut akan memuji Tun atau sebaliknya meneruskan anggapan Tun seperti MAHAFIRUN itu?
4. Tun memegang PM selama 22 tahun sedangkan Pak Lah baru je 5 tahun. Dalam tempuh yang lama, tentulah Tun mempunyai banyak waktu dan kaedah untuk mengembalikan maruah tercemar. Begitu banyak perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat semasa Tun menjadi PM dulu. Tun tentu sedar.
5. Bukan maksud saya untuk menghina Yang Berbahagia Tun, tetapi sekadar merayu agar cukup-cukuplah tu menghina Pak Lah. Tak kemana, bulan Mac 2009 Pak Lah akan berundur sepenuhnya. Saya sangat berharap, jika Pak Najib tidak menurut "perintah Tun", ketika itu nanti, janganlah pula Pak Najib menjadi lanyakkan Tun pula. Mereka mempunyai cara dan methodologi tersendiri untuk memerintah negara. Tentunya tidak sama dengan cara dan kaedah Tun. Mungkin antaranya mereka takut mendapat gelaran Mahafiraun.
6. Kenapa Tun sesenangnya menghina UMNO? Apakah perjuangan melayu sudah selesai? Kalau ia bagai dikata oleh sesetengah penulis blog, yang berkata itu semua taktik Tun untuk memprovokasi masyarakat melayu supaya sentiasa sedar kepada perjuangan bangsa, agama dan negara, kenakah dengan cara begini. Saya merasakan cara Tun ini akan melemahkan semangat pejuang-pejuang bangsa. Kerana Tun adalah seorang yang sangat berpengaruh. Mereka akan menganggap kata-kata Tun sesuatu yang benar dan mereka akan mengikut maksud lurus dari kata-kata Tun. Jika Tun kata UMNO akan hancur, maka kepada mereka kata-kata tersebut betul dan akibatnya bertempiaranlah mereka lari ke PKR maupun PAS. Sebabnya adalah Tun kata UMNO akan hancur.
PENCALONAN UMNO-apa kata che det?
2. Sistem kuota masih berkuat-kuasa dan pemerhati mengikuti jumlah pencalonan yang diperolehi oleh calon-calon tertentu dalam media samada mereka memenuhi kuota atau tidak.
3. Tetapi berita utama bukanlah berkenaan dengan layak atau tidak layak calon-calon. Berita utama ialah berkenaan dengan kegunaan wang sogokan oleh calon-calon tertentu. Di zaman keterbukaan yang dijunjung oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri dan Presiden UMNO, sogokan wang juga dibuat secara semakin terbuka.
5. Satu fenomena yang aneh ialah pencalonan bagi calon tertentu meningkat dengan mendadak pada minggu pertama dan ke-dua. Ternampak seolah-olah mereka ini akan menang tanpa bertanding.
6. Tetapi selepas dua minggu pencalonan bagi calon-calon yang nampak popular ini mula merosot. Masuk minggu ke-empat pencalonan mereka tidak bertambah lagi atau hanya sedikit sahaja.
7. Sebaliknya dari jauh di belakang, calon-calon yang mendapat amat sedikit pencalonan pada minggu-minggu awal tiba-tiba mendapat begitu banyak pencalonan. Demikianlah pencalonan yang mereka dapati sehingga mereka melepasi kuota dan layak bertanding.
8. Apakah yang menyebabkan fenomena ini berlaku? Kata orang (saya tak ada bukti) kata orang sahaja, wang yang amat banyak ditaburkan oleh mereka yang mulanya ketinggalan.
9. Kita juga dengar ada perwakilan yang apabila diminta supaya menyokong calon tertentu telah hantar melalui SMS (system pesanan ringkas) namanya dan nombor akaunnya di bank.
10. Yang lain pula berkata tak apalah. Kami terima sogokan dan kami calon mereka tetapi undi semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agong belum tentu.
11. Tengku Ahmad Rithaudeen, pengerusi Lembaga Disiplin telah melaporkan yang lembaga telah terima 900 laporan rasuah dalam pencalonan untuk Majlis Tertinggi dan jawatankuasa bahagian. Ini semasa 2-3 minggu bahagian-bahagian bermesyuarat. Apakah angka ini tidak bertambah?
12. Juga dilaporkan bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga mendapat banyak laporan berkenaan sogokan wang semasa pencalonan.
13. Saya tertanya-tanya apa yang telah jadi kepada laporan-laporan ini. Besar kemungkinan bukti tidak cukup dan siapa pun tidak akan didakwa.
14. Sebenarnya rakyat Malaysia semua tahu yang pencalonan dan pemilihan pemimpin UMNO adalah hasil sogokan wang berjuta-juta Ringgit. Anggapan bahawa jika tidak ada bukti yang boleh diterima mahkamah maka ini bermakna tidak ada sogokan, bahawa pemilihan dan pencalonan dalam UMNO adalah bersih seperti kain putih, sukar diterima oleh orang ramai. Mereka bukan bodoh seperti yang dianggap sesetengah Menteri UMNO. Mereka tahu sogokan wang memang berlaku.
15. Sesungguhnya kesan daripada tingkah laku calon-calon untuk jawatan dalam UMNO dan juga ahli-ahli UMNO yang tamak dan begitu bersedia untuk disogok sudah menjadikan UMNO sebuah pertubuhan yang dipandang hina dan dibenci oleh rakyat samada Melayu, Cina atau India. Mereka sedang melihat kelakuan buruk dan kotor orang UMNO tanpa memprotes atau menegur. Kononnya orang bukan UMNO terutama pesara UMNO tidak berhak menegur UMNO. Dan mereka pun tidak menegur. Maka akan selamatlah perasuah.
16. Parti lawan juga turut lihat pendedahan keburukan UMNO dan mereka berdiam diri. Lebih buruk kelakuan orang UMNO lebih baik bagi parti lawan. Kemungkinan mereka menang menjadi lebih cerah apabila UMNO menjadi lebih kotor dan dipandang jijik oleh pengundi.
17. Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia UMNO telah tolak UMNO hanya kerana pucuk pimpinan UMNO yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bemacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati, undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi UMNO dan BN yang menjadi mangsa.
18. Kali ini penolakan UMNO dan Barisan Nasional oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka, Melayu, Cina dan India, memandang jijik keseluruhan UMNO itu sendiri. Dengan mengetahui UMNO terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah decalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon UMNO? Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN.
19. Dahulu ramai berpendapat jika dapat tempat dalam UMNO banyak peluang dan keuntungan akan diperolehi. Ada yang akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan gelaran-gelaran Tan Sri, Dato dan sebagainya. Yang lain akan dapat kontrak, atau jadi pengarah dan mendapat pendapatan lumayan.
20. Kenapa tidak? UMNO tetap menang dan jadi Kerajaan.
21. Tetapi kerana kelakuan buruk ahli dan pemimpin UMNO kali ini besar kemungkinan BN dan UMNO akan kalah. Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini. Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam UMNO tidak akan dapat menjadi Mentri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.
22. Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah.
23. Apakah yang akan jadi pada UMNO yang sudah kalah? Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO? Tentu tidak. Jika tidak hancur, UMNO akan jadi parti yang tidak bermaya, tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair. Mungkinkah UMNO yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan UMNO pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka.
24. Jika UMNO hendak dipulih semula pemimpin yang telah kotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan UMNO.
25. Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir. Ingatlah apabila Abdullah umumkan yang dia akan bersara pada tahun 2010, pengumuman ini disambut dengan tepuk sorak. Tidak ada sesiapa yang merayu supaya dia tarik balik pengumumannya. Tidak ada yang menangis. Sebaliknya sejurus selepas pengumuman ini desakan dibuat lagi supaya peralihan kuasa dilakukan lebih awal.
26. Kenapakah UMNO dan rakyat lain hendakkan peralihan kuasa lebih awal? Apakah kerana tidak suka kepada tubuh badan Abdullah atau apakah kerana tidak suka kepada dasar-dasar dan pendekatannya dalam pentadbiran parti dan Negara? Apakah kerana mereka semata-mata mahu pemimpin lain menggantinya?
27. Sesungguhnya sambutan terhadap peralihan kuasa ialah kerana harapan rakyat supaya dasar-dasar, pendekatan dan tingkahlaku Abdullah diganti dengan dasar, pendekatan dan tingkahlaku yang lain, yang berbeza.
28. Jika penggantinya hanya akan teruskan semua dasar dan amalan Abdullah maka sia-sia sahajalah penggantian Abdullah dan peralihan kuasa.
29. Kata Mat Salleh, "You will be back to square one". Dan UMNO akan kalah.
POLITIK WANG DALAM UMNO
2. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.
3. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.
5. Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.
6. Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.
7. Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.
8. Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.
9. Dalam pilihanraya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.
10. Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihanraya ke-12.
11. Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO dan lain-lain parti komponen.
12. Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam UMNO sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.
13. Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agong tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.
14. Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.
15. Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.
16. Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan UMNO mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan UMNO. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan UMNO akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada UMNO akan kutuk pemimpin dan ahli UMNO.
17. Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO.
Salam Tun...
Lebih baik jika jawatan tertinggi UMNO seperti Presiden, Timbalan dan yang lain-lain turut didagangkan atau mungkin dilelongkan sekali.
Saya merasa amat kecewa kerana, kerana zaman sekarang mereka sudah tidak langsung merasakan sebarang sentimen pengorbanan bangsa.
Bagi mereka bangsa dan maruah boleh dijual-beli.
UMNO, U- Untuk, M - Money, N - Not, O - Orang (Melayu)
Itulah hakikatnya.
HESMEL FAZNEE FAISAL
MAJLIS TERTINGGI
1. Perbincangan di dalam Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya rahsia. Jadi amat memeranjatkan apabila akhbar melaporkan beberapa butiran penting berkenaan mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan pada hari Khamis, 18hb September. Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah laporan tersebut mendedahkan tentangan terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi oleh beberapa ahli majlis dan desakan oleh mereka agar peralihan kuasa diadakan sebelum mesyuarat Bahagian-bahagian yang akan menamakan calon Presiden.
2. Difahamkan bahasa yang digunakan sesetengah ahli agak keras. Dato Seri Rafidah Aziz turut membangkitkan peranan yang dimainkan menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan anak beliau, Kamaluddin.
3. Begitu keras bahasa yang digunakan hinggakan muka Abdullah berubah. Beliau nampak tertekan dengan desakan ahli majlis apabila Dato Seri Najib Tun Razak, yang sentiasa menjadi penyelamat Abdullah, menghentikan mesyuarat. Najib berjanji untuk bercakap dengan Abdullah berkenaan hal ini.
4. Difahamkan ahli Majlis Tertinggi yang lain merasa tidak puas hati kerana sekali lagi perkara kontroversi yang melibatkan majlis dijadikan bahan perbincangan tertutup antara Abdullah dan Najib. Menidakkan hak majlis adalah sesuatu yang sering dilakukan Abdullah dan Najib. Mereka berdua akan membuat keputusan yang tidak pun memuaskan hati ahli majlis. Najib kemudian akan tekankan betapa pentingnya untuk bersatu dan setia kepada Presiden.
5. Keadaan kali ini juga sama seperti sebelumnya. Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah rumit, Abdullah akan meminta nasihat keluarganya, terutama anak dan menantunya termasuk sekarang ini isterinya.
6. Umum mengetahui keluarganya mempunyai kuasa dan kebebasan untuk mempengaruhi segala keputusan-keputusan Abdullah berdasarkan kepentingan diri mereka iaitu untuk mengaut sebanyak mana kekayaan yang mungkin dan untuk mempastikan cita-cita politik Khairi termasuk untuk menjadi Perdana Menteri termuda.
7. Apabila tiba masanya untuk bertemu Najib, Abdullah sudahpun diberi taklimat oleh keluarganya tentang apa yang harus diperkatakan. Dan Najib akan terima apa sahaja keputusan Abdullah untuk meleraikan masalah yang timbul. Di dalam kes ini, Abdullah akan tetap dengan pendiriannya untuk kekal hingga Jun 2010 atau mungkin awal sedikit sebelumnya. Najib kemudian akan ditugaskan untuk "menjual" keputusan ini kepada Majlis Tertinggi. Dengan ini Najib akan lebih dipandang rendah oleh ahli majlis dan rakyat apabila sikapnya ini didedahkan kepada umum.
8. Apabila UMNO ditubuhkan, pemimpin terdahulu memastikan yang tidak akan ada keputusan-keputusan yang bercanggah dengan asas perjuangan parti dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Tertinggi. Apa yang terjadi kepada Dato Onn, Yang di-Pertua UMNO yang pertama merupakan contoh terbaik. Presiden tidak diturut secara buta-tuli. Sebaliknya apabila beliau mencadang sesuatu yang bercanggah dengan perjuangan parti, cadangan beliau ditolak dan sebagai seseorang yang mempunyai maruah, beliau telah mengundur diri.
9. Selama lebih kurang 50 tahun, Majlis Tertinggi memain peranan ini. Demikian apabila (Tun) Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden parti, Majlis Tertinggi yang bersidang tidak bersetuju bulat-bulat dengan Presiden, sebaliknya bermesyuarat hingga ke awal pagi dan membuat keputusan, walau apa juga pendapat Presiden, untuk menghantar satu delegasi yang terdiri daripada ahli-ahli kanan majlis ke London untuk memujuk Musa menerima kembali jawatan Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri. Musa bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden tetapi tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dengan itu beliau berada di landasan yang baik untuk cuba menjatuhkan saya dengan mempengaruhi Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan presiden menentang saya. Secara kebetulan semasa berkempen untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, beliau mendakwa mendapat sokongan saya.
10. Tetapi apabila Abdullah mengambil alih Presiden parti merangkap Perdana Menteri, perwatakan Majlis Tertinggi bertukar. Ianya menjadi alat peribadi Abdullah untuk melulus dan menghalalkan apa sahaja yang beliau buat.
11. Saya percaya pada hari Khamis keadaan ini telah berubah sedikit. Beberapa orang ahli telah berani meyuarakan desakan supaya Abdullah melepas jawatan awal. Sudah tentulah penyokongnya tidak beralih arah. Demikian ada kemungkinan majlis pecah dua.
12. Saya rasa ini merisaukan Najib yang hendakkan peralihan kuasa secara aman supaya parti tidak pecah-belah. Oleh itu dia akan terima apa sahaja cadangan yang membenarkan Abdullah lepaskan jawatan dengan penuh kegemilangan.
13. Malangnya Najib tidak akan capai impiannya. Tidak pernah ada Presiden UMNO yang begitu sekali dibenci rakyat seperti Abdullah. Melayu, Cina dan India, samada ahli parti komponen Kerajaan mahupun penyokongnya atau rakyat kebanyakan kesemuanya mahukan Abdullah mengundur diri. Lagi cepat lagi baik.
14. Yang mahukan beliau terus pegang jawatan adalah mereka yang kedudukan mereka bergantung kepadanya, atau mereka yang mendapt untung daripada pemberian kontrak dan sebagainya oleh beliau. Bagi sesetengah yang lain, termasuk kakitangan awam, hanya ketakutan terhadapnya yang menyebabkan mereka tidak mahu bersuara tetapi mereka tetap marah.
15. Yang peliknya ialah yang benar-benar menyokong Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO adalah pembangkang. Karpal Singh, Anwar Ibrahim dan Nik Abdul Aziz Nik Mat hendakkan beliau (Abdullah) kekal sekurang-kurangnya hingga pilihanraya akan datang.
16. Tetapi ini bukanlah kerana mereka sayang kepadanya tetapi kerana mereka percaya dengan beliau mengepalai Barisan Nasional, pembangkang mempunyai peluang yang lebih cerah memenangi pilihanraya umum ke-13 dan mendirikan Kerajaan. Mereka rasakan yang mereka hampir mencapai matlamat mereka dan tidak mahu golongan yang memberontak di dalam UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP kembali kepada parti dan menyukarkan usaha mereka untuk kalahkan BN.
17. Begitulah Majlis Tertinggi yang tidakpun lagi tinggi.
Anwar menang besar: Majoriti 15,671
9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.
Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.
Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.
Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.
Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.
Wan Azizah kosongkan kerusi Permatang Pauh
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR.
Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.
Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.
Beliau mendapatkan 30,348 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.
Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.
Umno Perak kini semakin gelabah - Mursyidul Am PAS
Mursyidul Am PAS berkata, pelawaan itu membuktikan parti tersebut begitu menyesal terhadap apa yang telah dilakukan terhadap PAS selama ini sehingga terpaksa mengajak untuk bergabung sekarang.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran tabung Penambahbaikan Masjid Al-Baraah dan Ceramah Israk Mikraj di perkarangan Pasar Besar Siti Khatijah hari ini katanya, tindakan seperti dilakukan Umno Perak menggambarkan mereka bermasalah.
"Kalau di dunia sudah memperlihatkan masalah, apa lagi�kalau di akhirat, lagi bermasalah," kata beliau.Kelmarin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dilaporkan mengajak PAS menubuh kerajaan campuran di Perak sebagai simbol perpaduan Islam dan Melayu.
Ekoran tawaran tersebut Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian petang semalam membuat laporan polis kerana menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Perak itu mempunyai unsur-unsur rasuah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata, keputusan mengenai perkara akan dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Lumpur esok.
Beliau yang akan menghadiri mesyuarat itu esok menjelaskan pendiriannya tetap sama sebagaimana sebelum ini iaitu muqabalah dibolehkan dengan Umno dan tidak mungkin untuk bergabung dalam pakatan politik.
"Muqabalah dengan sesiapa sahaja boleh, sebab Islam sendiri telah mengajar pertemuan perlu diadakan sekiranya ia dapat menyelesaikan masalah masyarakat.
"Nabi Muhammad saw pernah mengadakan muqabalah dengan kaum musyrikin untuk menyelesaikan masalah masyarakat di zaman baginda.
"Begitu juga sekarang muqabalah dengan sesiapa pun boleh, tetapi jangan libatkan gabungan politik," ujarnya.
Menurutnya, muqabalah, muzakarah, musyawarah atau seumpamanya tiada masalah diadakan, sebaliknya berbincang politik dengan parti lawan (Umno) perlu berhati-hati kerana peristiwa lama telah berlaku 50 tahun lalu.
Beliau menegaskan PAS memang terluka hati dengan tindakan Umno menyingkir PAS setelah bergabung dalam Barisan Nasional pada 1970-an.
"Peristiwa Memali, peristiwa Lubuk Merbau, penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan dan membatal pendaratan minyak dan gas di Pantai Senok Bachok adalah antara peristiwa yang tidak mudah dilupakan," ujarnya.
Beliau juga berkata, muqabalah yang diadakan di antara pemimpin PAS dan Umno sebelum ini menyebabkan situasi tidak tenang berlaku di kalangan penyokong PAS.
"Mereka marah saya macam-macam sehingga pedih telinga mendengarnya," ujar beliau. - mj � _
Jangan jadikan Perdana V6 kambing hitam
July 24, 2008 by Pendeta
PEMBELIAN kereta Mercedes E200 Kompressor oleh kerajaan negeri Terengganu bukan sekadar satu pembaziran, tetapi membawa ke arah satu penghinaan terhadap ke- reta nasional, Proton Perdana V6.
Saya merujuk dakwaan Toh Chin Yaw, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, yang mendakwa Proton Perdana V6 Executive yang digunakan sebelum ini dipercayai kereta ‘potong’, dan kos yang mencecah RM50,000 untuk dua kali penyenggaraan.
Kereta-kereta ini, yang dibeli dengan hasil cukai rakyat, tujuan utamanya adalah untuk kegunaan rasmi kerajaan.
Kalau dalam masa empat tahun dari tarikh pembelian telah dua kali disenggara sedemikian rupa, maka saya berpendapat kereta-kereta ini perlu diperiksa dengan teliti secara menyeluruh meliputi pelbagai aspek.
Janganlah Proton Perdana V6 dipersalah dan diperlekeh, jika niat utama kerajaan negeri Terengganu adalah untuk menggunakan kereta jenis lain.
Kenapa setelah mendapat kereta Mercedes E200 Kompressor, baru ‘nampak’ apa yang boleh dikatakan ‘dakwaan kepincangan’ kereta Proton Perdana V6? Jangan jadikan kereta nasional sebagai kambing hitam untuk mencapai cita-cita ahli Exco negeri untuk menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor.
Keadaan sekarang tidak mengizinkan kita membazir dan bermegah. Banyak lagi projek pembelaan nasib rakyat negeri perlu diutamakan. Banyak lagi belanja menaik taraf kehidupan rakyat negeri perlu dititikberatkan. Hatta, kenapa bantahan sebegini disuarakan.
Kalau asyik kereta rosak kotak gear, saya mengesyorkan kerajaan negeri Terengganu meneliti cara pemanduannya. Jangka hayat sesebuah kereta terletak pada kebijaksanaan pemandunya.
Cuma sekarang, hentikan sahaja pembelian ini atau carilah kereta jenis lain yang harganya separuh daripada harga Mercedes E200 itu.
LAGI GAMBAR SEKITAR TANGKAPAN ANWAR
BERITA ANTARA GAMBAR SEKITAR TANGKAPAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TENGAH HARI SEMALAM
Anwar Ibrahim melambai ke arah wartawan ketika keluar dari IPK KL untuk menuju ke rumahnya.
DR. WAN AZIZAH DAN NURUL IZZAH TIBA DI IPK KL MALAM TADI
DR. WAN AZIZAH MELAMBAI KE ARAH WARTAWAN DI PEKARANGAN IPK KL
SUASANA DI KAWASAN SEKITAR IPK KL DIKERUMUNI ORANG RAMAI DAN ANGGOTA FRU.
MENTERI BESAR SELANGOR, TAN SRI KHALID IBRAHIM ANTARA YANG BERADA DI PEKARANGAN IPK KL MALAM TADI.
ANWAR IBRAHIM KETIKA DIBAWA KE HOSPITAL KUALA LUMPUR SEMALAM.
Anwar bebas jaminan polis pagi ini, kembali ke IPK 18 Ogos
(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Selepas ditahan polis lebih 18 jam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan atas jaminan polis, kata peguamnya Sankara Nair sebentar tadi.
Beliau dibebaskan kira-kira 9.40 pagi tadi.
Tiada sebarang pertuduhan akan dikenakan terhadap Anwar.
Pada 18 Ogos ini, Anwar akan kembali memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi.
Beliau dilihat keluar dari IPK Kuala Lumpur melalui pintu belakang dan meninggalkan premis itu dengan kereta yang dinaiki isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menuju ke rumahnya di Bukit Segambut.
Anwar dilihat meninggalkan perkarangan IPK KL pada 9.45 pagi melalui pintu pagar belakang yang menghala ke Jalan Hang Tuah dengan menaiki kereta pacuan empat roda warna hitam.
Beliau dilihat melambai tangan dari dalam keretanya ke arah petugas media yang cuba mengejar kenderaan beliau.
Seorang lagi peguam Anwar, R.Sivarasa, berkata Anwar ditahan sepanjang malam di dalam lokap kecuali ketika keterangannya diambil.
Sehingga dibebaskan, pihak polis masih terus mengambil keterangan daripada Anwar pagi ini bagi membantu siasatan dalam kes itu, katanya.
Anwar ditahan pada 1 tengah hari semalam oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kenderaan, 50 meter dari rumahnya di Segambut.
Bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Anwar telah memfailkan saman terhadap Mohamad Saiful kerana membuat laporan palsu berkenaan kejadian liwat itu yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lalu.
Turut serta mengiringi Anwar adalah kereta yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Kira-kira 35 minit kemudian, beliau tiba di rumahnya sambil ditemani oleh anak-anak dan isterinya.
Menurut peguamnya, Sankara, Anwar mengadu sakit belakang disebabkan tidur di atas lantai ketika ditahan reman sepanjang malam tadi.
Oleh itu, beliau akan menerima rawatan doktor di rumahnya.
Anwar dijangka akan membuat sidang media pada pukul 2 petang ini di rumahnya.
Difahamkan sebelum Anwar dibebaskan beliau telah diambil keterangan, susulan proses semalam.
Kira-kira 45 minit kemudian, peguamnya, Sivarasa Rasiah tiba di IPK.
Sementara Sankara pula tiba pada pukul 8.50 pagi.
Katanya, salah seorang pegawai penyiasat polis menelefon beliau untuk memaklumkan bahawa Anwar akan dibebaskan atas jaminan polis hari ini sejurus selesai memberikan keterangan kepada polis
Pasukan peguam Anwar telah mencuba untuk membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan atas jaminan polis sehingga tengah malam tadi.
Menurut Sankara, pegawai penyiasat itu juga berjanji kepada beliau di mana tahanan reman terhadap Anwar tidak akan dilanjutkan.
Turut serta adalah peguamnya yang ketiga iaitu Saiful Izham.
Pada pukul 9.30 pagi, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di IPKKL bersama tiga orang anaknya termasuk Nurul Izzah dengan menaiki kereta jenis Honda berwarna hitam.Anwar ditahan di IPK malam ini, Perdana Menteri jamin 'mata lebam' 98 tidak berulang
Oleh G. MANIMARAN, ARIFFUDDIN ISHAK, NURUL ALIN, ZANARIAH ABD. MUTALIB dan LEE YAN XIU
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur.
- foto SIN CHEW
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Selepas lapan jam ditahan polis, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini memberi jaminan kejadian "mata lebam" yang pernah dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis pada 1998 tidak akan berulang kali ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR ) itu ditahan kira-kira 1 tengah hari tadi mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat.
Sehingga 12.10 tengah malam, menurut peguamnya Sankara Nair, Anwar akan ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini.
Anwar ditahan polis, direman 24 jam
Oleh G. MANIMARAN, AFFIFUDDIN ISHAK dan LEE YAN XIU
Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni wakil media sejurus selepas memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya Beliau ditahan polis dekat rumahnya kemudian, kira-kira sejam sebelum dikehendaki hadir di IPK Kuala Lumpur. - foto REUTERS
(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar), ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.
Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di kawasan berhampiran dengan rumahnya.
Anwar mula memberikan kenyataan kepada polis mulai pukul 2.30 petang - kira-kira 70 minit selepas dibawa ke IPK Kuala Lumpur.
Beliau dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan DNA.
Kata Sankara polis boleh menasihatkan Anwar menjalani pemeriksaan di hospital tetapi tidak boleh memaksanya membekalkan sampel untuk DNA.
"Beberapa minit sebelum ditangkap, DSP Jude Pereira (pegawai penyiasat) menelefon saya dan mengesahkan tentang kedatangan mereka. Mereka kata hendak datang, tetapi (Anwar) ditahan di kawasan selekoh di Jalan Segambut (berhampiran rumah Anwar)," katanya.
Semalam polis telah mengeluarkan waran tangkap dan mengkategorikan Anwar sebagai suspek dalam tuduhan Mohd Saiful bahawa majikannya itu telah meliwatnya beberapa kali termasuk pada 26 Jun lalu. Kira-kira 200 penyokong Anwar pula sudah mula membanjiri kawasan berdekatan dengan IPK. Dia membuat laporan polis dua hari kemudian. Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan dakwaan seumpama itu selepas kali pertama pada 1998 dan September tahun itu juga beliau ditahan polis di rumahnya. Polis mengatakan bahawa anda (Anwar) ditahan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, Anwar akan direman 24 jam," kata Sankara dan menambah, polis perlu mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah jika mahu menahan Anwar lebih daripada 24 jam. Bagaimanapun, kata Sankara Anwar tidak digari semasa dibawa ke IPK. Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.15 tengah hari. Beliau ditahan di rumahnya di Segambut dekat sini selepas pulang dari memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya yang dibuat terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara pada 1 Julai lalu. Anwar keluar dari pejabat BPR pukul 12.10 tengah hari. Ketika ditemui wartawan di Putrajaya, Anwar berkata, beliau telah meminta BPR supaya proses memberi keterangan ditangguhkan kerana perlu hadir di IPK Kuala Lumpur pukul 2 petang ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat. Kata beliau: "Oleh kerana waran tangkap sudah dikeluarkan, saya perlu berada di IPK Kuala Lumpur dengan segera." Ketika ditanya mungkin ditahan, Anwar memberitahu, beliau bersedia jika polis hendak menahannya dan BPR boleh mengambil keterangan di lokap. Wartawan mStar Online yang berada di IPK Kuala Lumpur melaporkan Anwar dibawa dalam Pajero dengan diiringi kira-kira 15 buah kereta, dipercayai dinaiki anggota polis dan peguamnya. Surat arahan polis bertarikh 15 Julai (semalam) menyebut Anwar perlu hadir di IPK Kuala Lumpur dan menemui pegawai penyiasat Jude Pereira pada pukul 2 petang ini. Di IPK Kuala Lumpur Anwar ditemani peguam Sankara dan R. Sivarasa. Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula tiba di IPK dari Parlimen selepas dimaklumkan mengenai tangkapan Anwar. Beliau disusuli kehadiran peguam Karpal Singh yang tiba lima minit kemudian. "Sekarang tidak tahu keadaan lagi. Cara polis (menangkap Anwar) ganas, akan cuba menjamin beliau secepat mungkin," kata Azizah kepada para pemberita. Selepas keluar dari IPK, Dr. Wan Azizah meminta semua orang supaya bertenang. "Saya kecewa kerana polis bertindak sedemikian. Ini tidak diperlukan, saya kesal kerana suami saya ditangkap. "Kami sudah memberi jaminan bahawa Anwar akan datang sebelum pukul 2 petang," katanya lagi. Anak Anwar, Nurul Izzah memberitahu wartawan selepas memasuki bangunan IPK kira-kira 3.30 petang bahawa bapanya telah meminta ahli keluarga dan penyokongnya supaya berdoa. Terdahulu Karpal pula memberitahu, setakat ini (sehingga pukul 2.30 petang) Anwar tidak ditahan, cuma dibawa untuk memberi keterangan kepada polis. Sama ada ditahan ataupun sebaliknya hanya akan diketahui selepas keterangan diambil, kata Karpal. Beberapa pemimpin parti pembangkang juga kelihatan berada di IPK sejak Anwar dibawa masuk. Antara yang berada di ibu pejabat polis kontinjen itu ialah anak perempuan Anwar, Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR Tian Chua, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. |
Keputusan DEBAT antara DSAI vs DSC.
Round 1.
DSAI menang Besar!!!!
sebab: menjawab semua soalan yang diajukan mengikut fakta.
DSC kalah teruk!!!
sebab: tidak menjawab soalan sebaliknya termelalut menerangkan tentang sejarah DSAI yang lama.( masa kat U dulu).
Round 2.
DSAI menang Lagi!!!!
Sebab: tidak menjawab soalan yang berbentuk peribadi tetapi sebaliknya menggunakan masa yang ada untuk menerangkan keadaan ekonomi yang sebenarnya berlaku di malaysia malah di dunia kini..
DSC Kalah Besar!!!
sebab: kenyataan beliau bahawa kerajaan malaysia tidak mahu “mengajar rakyat malaysia dengan meurunkan harga minyak” macam cikgu sastera yang nak cuba ajar ekonomi lah pulak….
Round 3.
DSAI menang lagi besar!!!!
sebab: dengan tenang menerangkan kepada rakyat siapakah pengikut IMF yang sebenarnya….
DSC kalah lagi besar!!!!
sebab: langsung tidak menjawab soalan sebalik nya menceritakan tentang sejarah petronas!yang kita tahu penubuhan petronas itu memang untuk malaysia dan keuntungannya akan dapat dirasai nikmati oleh semua.
Pengulungan:
DSAI Menang di tambah BONUS Lagi.
Sebab: dapat mengulungkan semua fakta2 secara detail (satu persatu) dan yang penting sekali dapat BONUS,iaitu kita semua tahu baru-baru ini DSAI ada berkata saya akan istiharkan pilihanraya kecil di atas pentas ceramah nya..Namun hari ini beliau mengistiharkan Secara Langsung di TV…ini satu Bonus Kemenangan…
DSC:kalah teruk kerana tidak dapat menggulungkan usul harga minyak tetapi sebaliknya menggulungkan sapu tangannya dan menyapu air liur nya yang dah tidak tahan lagi mendengar kata-kata dusta yang keluar dari mulutnya….
Anwar ditahan polis jam 1 tengah hari tadi
Wan Azizah yang mengesahkan penahanan Anwar berkata, suaminya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari Putrajaya ke rumahnya di Segambut.
Penahanan Anwar dipercayai dibuat selepas polis mendapat waran tangkap supaya dia memberi keterangan berhubung dakwaan liwat membabitkannya.
"(Tetapi) itupun BN tidak berani, mengapa takut sangat," TUN MAHATHIR
Dr M: Muhyiddin mampu tewaskan Najib |
Muda Mohd Noor | Jul 15, 08 12:12pm |
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menewaskan Datuk Seri Najib Tun Razak jika beliau bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti yang akan datang. Najib adalah timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno. Beliau menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti yang lalu. Sebaliknya, Dr Mahathir meramalkan Muhyiddin lebih mudah diterima oleh ahli-ahli Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mereka yang tidak menyokong presiden parti sekarang. "Orang-orang ini yang menentukan siapa yang menang dalam pilihanraya, berbanding dalam pemilihan Umno kerana (ia) boleh dimanipulasi dngan pemberian wang ringgit dan pemberian lain,"katanya. "Saya rasa Tan Sri Muhyiddin patut diberi peluang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di ibunegara pagi ini. "Saya tidak kata saya menyokong Tan Sri Muhyiddin, tetapi saya menyokong sesiapa sahaja kerana saya bukan lagi ahli Umno. Perlu pencalonan Muhyiddin merupakan naib presiden Umno yang terkanan dari segi lama memegang jawatan tersebut. Seorang lagi ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Manakala kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dibatalkan selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang. Untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden, Muhyiddin perlu mendapatkan 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 bahagian Umno yang akan mula bermesyuarat pada 9 Oktober depan. Usul tidak percaya Pada 10 Julai lalu,Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010. Beliau juga mengumumkan akan bertanding mempertahankan jawatan presiden parti dalam pemilihan Umno pada 16 Disember depan. Ketika ditanya mengenai usul tidak percaya Pakatan Rakyat terhadap kerajaan Abdullah, Dr Mahathir berkata, ia patut benarkan kerana BN tahu parti lawan tidak cukup wakil rakyat. "(Tetapi) itupun BN tidak berani, mengapa takut sangat," katanya. Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kemasukan parti kaum India, selain MIC ke dalam BN, tidak berjaya kerana presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menentang kemasukan mereka. Beliau berkata, dalam BN kemasukan parti baru adalah mustahil jika tidak mendapat persetujuan penuh dari komponennnya. "Samy Vellu menentang parti kaum India lain masuk BN kerana dia hendak menjadi wakil kepada kaum India," kata Dr Mahathir. |
Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan
Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.
Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.
Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
- Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
- Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
- Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
- Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
- Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.
Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah.
Perak pula dapat air percuma
Oleh Harakah, Bernama | |
Selasa, 08 Julai 2008 | |
IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini, kata Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Bernama melaporkan bahawa, kerajaan negeri telah mengenal pasti seramai 15,000 penduduk miskin di negeri ini untuk menerima kemudahan itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak RM2 juta sebulan. "Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing. Perak kini merupakan negeri kedua selepas Selangor yang membekalkan 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun lepas sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum Mac lepas. Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Katanya bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA. "Hanya segelintir sahaja pelajar yang datang ke pejabat ini untuk meminta bantuan melanjutkan pelajaran ke IPTA setakat ini atau mungkin mereka tidak mengetahui adanya sumbangan seperti itu," katanya. Beliau turut memaklumkan permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Perak untuk mereka yang melanjutkan pengajian ke IPTA telah ditutup pada 30 Jun lepas. |
GAMBAR SEKITAR MENJELANG HIMPUNAN PROTES HARGA MINYAK
Senarai gambar menjelang perhimpunan yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya, esok. Pihak polis turut mengadakan pemeriksaan di beberapa kawasan di Lembah Klang sejak awal pagi tadi.-dari mstar online
PENGANJUR menghiaskan Stadium Kelana Jaya sejak petang tadi.
KESESAKAN ekoran sekatan jalan di Jalan Ipoh.
ANGGOTA polis turut diletakkan di kawasan padang Jalan Timur, Petaling Jaya iaitu lokasi awal pilihan penganjur untuk mengadakan perhimpunan protes.
PEMERIKSAAN polis melibatkan semua jenis kenderaan.
Anwar dedah Najib punyai hubungan dengan Altantuya
Khamis, 3 Julai 2008 • Kategori: Berita Utama, English, Kenyataan, Nasional, Pilihanraya 2008
KUALA LUMPUR, 3 Julai (SK) - Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal hari ini mendedahkan Timbalan PM telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan pagi ini, Balasubramaniam telah memberikan beberapa butiran yang menunjukan hubungan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak bersama dengan Altantuya.
Beliau turut mendedahkan Najib Razak telah memperkenalkan Altantuya kepada Penganalisa Politik, Razak Baginda di satu pameran berlian di Singapura.
Namun apa yang menggemparkan adalah: Najib pernah menyetubuhi mangsa. Menurut Balasubramaniam, siasatan beliau mengesahkan berlakunya hubungan seksual diantara Timbalan Perdana Menteri itu dan mangsa.
Tambah Balasubramaniam lagi, mangsa tiada masalah untuk diliwat oleh Timbalan Presiden Umno itu.
Liwat-liwat : Anwar Di Stadium Malawati SHAH ALAM 2
Liwat-liwat : Anwar Di Stadium Malawati SHAH ALAM 2
Saiful Bukhari Azlan tinggal di kondominium mewah RM2.2 juta ?
Tue | Jul 01, 08 | 8:53:45 pm MYT
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Mungkin ramai yang ingin mengenali siapa susuk watak Saiful Bukhari Azlan yang telah 'menggegarkan' negara dan antarabangsa tentang aduan dan dakwaan liwatnya oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun kes ini belum pun diputuskan kesahihannya malah masih dalam siasatan mengikut lunas undang-undang, namun segala tindakan individu selama ini masih menimbulkan tanda-tanya yang sehingga kini belum lagi muncul daripada 'tempat persembunyiannya' walaupun setelah membuat aduan dan laporan polis di pondok polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu.
Satu laporan menyiarkan Saiful disifatkan sebagai seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.
Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.
"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.
Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre'.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang dipetik sebagai berkata mengakui gambar yang tersiar diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari lalu bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.
"Dia (pembantu Anwar) seorang pemimpin di kalangan pelajar. Dia pun ambil gambar dengan pemimpin lain. Soalnya bukanlah peranan sesiapa tetapi sama ada perkara itu berlaku atau tidak. Saya bukan orang di sebalik perkara ini. Itu terserah pada polis untuk tentukan," katanya.
Najib berkata pembantu Anwar itu merupakan bekas pemimpin pelajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala pegawainya di dalam gambar itu bertanggungjawab antara lain, bagi perkara berkaitan dengan pendidikan tinggi.
"Adalah menjadi lumrah tetamu, terutamanya para pelajar yang datang ke pejabat TPM (Timbalan Perdana Menteri), untuk mengambil gambar dengan pegawai-pegawai sebagai kenangan lawatan mereka," katanya. _
Kenyataan media Pakatan Rakyat
Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib
Sun | Jun 29, 08 | 2:13:55 pm MYT
SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.
Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang.
Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar.
Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan.
Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar.seterusnya
Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.
Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.
Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.
Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.
PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.
Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.
Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.
Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.
Tegakkan keadilan
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.
Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.
Sebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.
Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.
Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.
Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.
Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.
Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.
Siumankah Untuk Mengatakan Pas Bekerjasama Dengan Umno
Listed by -mbo -
Oleh YB Hj Mahfuz OmarTIDAK semena-mena bertiup kencang cerita PAS sedang berunding dengan Umno untuk mengadakan kerjasama atau pakatan politik, kononnya demi ketuanan politik Melayu. Entah siapa yang memulakannya, tetapi ia telah tersebar luas di blog-blog dan juga berkeliaran dalam sms.
Ramai juga peminat politik yang percayakan desas-desus ini kerana mungkin logik juga kalau hendak dicarikan sebab mengapa PAS perlu bekerjasama dengan Umno. Tetapi ramai yang memandang jejek kepada perbuatan ini jika PAS berhasrat demikian.
Tidak timbul isu ini benar atau tidak, kerana saya sudah pun menafikan adanya rundingan sulit untuk ‘mengahwinkan’ PAS dengan Umno. Lagipun perkahwinan politik seperti ini mungkin ‘tidak sah’ kerana antara PAS dan Umno memang tidak ‘sekufu’. PAS mempunyai dasar Islam, sedangkan Umno ‘beraqidah’ Islam Hadhari. Jika Umno itu ‘ahli Kitab’ ada juga tendensinya, tetapi dengan Islam Hadhari ini PAS terpaksa menjauhkan diri. Lagipun PAS amat tidak sekufu dengan Umno kerana PAS adalah parti yang masih suci, sedangkan Umno sudah terpalit dengan noda-noda rasuah, politik wang, kronisme, nepotisme dan macam-macam kebejatan yang lain.
Ada pihak yang berpandangan supaya PAS tidak harus ‘menjual mahal’ dalam konteks kepentingan politik nasional, tetapi isu yang berbangkit sekarang bukannya kepentingan negara, sebaliknya adalah kepentingan survival politik Umno itu sendiri. Kerjasama ini adalah talian hayat yang amat diharapkan oleh Umno dan sudah tentu mereka sanggup bergolok-gadai untuk memenuhi keperluan PAS demi talian hayat ini. PAS tidak akan menjual maruahnya dengan harga yang murah kepada Umno, sebaliknya akan terus mempertahankan prinsip demi kepentingan dan kebajikan rakyat yang sudah lama dipijak-pijak oleh Umno/BN apatah lagi kini dengan kenaikan harga minyak, kerajaan Umno/BN tergamak membawa satu usul dalam perlimen bagi menghalalkan tindakan untuk menindas rakyat. Maka ternyatalah 129 ahli-ahli perlimen BN menyokong usul untuk menindas rakyat. PAS akan terus memikul amanah dan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat, dan akan terus memberikan pembelaan kepada rakyat yang ditindas oleh kerajaan BN.
Sejarah telah membuktikan bahawa PAS adalah parti yang paling terbuka di negara ini sehingga menjadi parti yang paling banyak menjalin kerjasama politik. Keterbukaan Islam yang didukung oleh PAS diterjemahkan melalui siri-siri kerjasama sama bukan sahaja dengan orang Melayu, bahkan semua kaum. PAS pernah duduk semeja dengan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya dalam National Conference pada 1953, kemudian menyertai National Convention yang turut diserati oleh Umno dan MCA mulai September tahun yang sama. PAS juga berpakat dengan parti-parti kiri ketika memperjuangkan kemerdekaan, sebelum bekerjasama dengan Dato’ Onn dalam pilihan raya 1959. Kerana kerjasama PAS Dato’ Onn menang di Terengganu.
PAS juga mempunyai hubungan yang baik dengan Sosialis Front pada 1959 dan 1964 walaupun pakatan itu dianggotai oleh pendukung sosialis seperti Parti Rakyat, Parti Buruh dan National Convention Party. Selepas krisis politik 1969, PAS telah memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan yang ketika itu sudah disertai oleh parti-parti dari Sabah dan Sarawak, selain PPP dan Gerakan. Pada 1986, PAS bersama tiga parti lain menubuhkan Harakah Keadilan rakyat (HAK), di samping hubungan dengan masyarakat Cina melalui CCC. Kemudian PAS menyertai pula Angkatan Perpaduan Ummah (1988-1996) dan Barisan Alternatif (1999-2008) sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan selepas pilihan raya ini. Inilah keterbukaan PAS!
Dengan Umno sendiri, PAS sudah dua kali berpengalaman. Pada 1953, atas usaha keras bapa Perdana Menteri, Ustaz Haji Ahmad Badawi, PAS meninggalkan Dato’ Onn dan National Conference untuk menyertai National Convention yang ditaja oleh Umno-MCA. Apabila berunding tentang pilihan raya pertama, cadangan PAS untuk membela kepentingan orang Melayu dengan menolak jus soli dalam hak mengundi serta menambahkan wakil ekonomi Melayu dalam Dewan Undangan Persekutuan telah ditolak oleh Umno. Umno bersikap demikian kerana menjaga kepentingan MCA. PAS tidak dapat menerima kerjasama yang membunuh bangsa sendiri, lalu keluar daripada National Convention sebelum 1953 berakhir.
Apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969, PAS memandang kepentingan perpaduan nasional dan survival politik orang Melayu. Walaupun Muktamar Khas PAS meluluskan dengan majoriti mudah – sebagai tanda berat hati PAS – Kerajaan Campuran PAS-Perikatan dibentuk pada 1973. Kemudian PAS bersama-sama parti lain menubuhkan Barisan Nasional pada 1974. PAS yang mencadangkan nama Perikatan ditukar kepada BN dan simbol dacing itupun dicadang oleh Dato’ Mohd Asri bagi menggantikan Kapal Layar. Tun Ghafar Baba melukiskan simbol dacing itu. Tetapi Umno mengkhianati PAS dengan memainkan peranan untuk melagakan pimpinan PAS di Kelantan, kemudian didaruratkan Kelantan.
Akibat darurat itu, PAS kehilangan Kelantan yang dikuasainya sejak 1959. PAS terpaksa menentang usul mendaruratkan Kelantan kerana percaya ada tujuan politik sulit di sebalik undang-undang darurat itu. Tetapi PAS tidak mengkhianati BN dengan keluar dari pakatan itu seperti yang dilakukan oleh PBS pada 1990 dahulu. Sebaliknya, Umno yang mencadangkan supaya PAS disingkirkan pada Disember 1977 dan akhirnya PAS tidak lagi sebulu dengan Umno. Sejak itu, PAS sentiasa ditindas dalam berbagai-bagai isu seperti Pembunuhan Memali, Ops Lalang, Ops Kenari dan lain-lain. Namun, PAS masih bersedia duduk semeja dengan Umno ketika membantah isu nuklear dan isu Palestin kerana kepentingan kemanusiaan.
Hari ini apabila Umno sudah tersepit, mereka mencari PAS semula seperti mana Tun Razak lakukan dahulu. Mereka sanggup tawarkan apa sahaja jika PAS bersedia. Tidak cukup dengan itu, dek cemburu oleh kejayaan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, mereka melancarkan perang saraf kononnya PAS sedang berunding dengan Umno. Mereka mahu PAS renggan dengan rakan Pakatan Rakyat dan terus menggoda PAS supaya terima sahaja tawaran mereka. PAS sedar tawaran ini bukannya untuk menjayakan matlamat politik PAS, tetapi memberikan nyawa baru kepada Umno yang sudah tidak diyakini lagi oleh rakan-rakan BN mereka. Bila adalah wartawan mengatakan PAS adalah ‘real kingmaker’, Umno merasakan PAS pasti terjerat.
PAS tidak akan mengambil sikap demikian walaupun ada pandangan pemerhati politik picisan yang melihat bahawa PAS perlu memanfaatkan peluang ini jika mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang diperjuangkannya. Pemerhati-pemerhati politik ini berpandangan bahawa PAS masih sukar ‘bernafas’ dalam Pakatan Rakyat yang ada DAP ini. Mereka membangkitkan keadaan di Selangor yang lebih ‘mesra kandang babi’ daripada ‘mesra masjid’. Inilah peluang PAS untuk memaksa Umno melaksanakan Islam, kata mereka. Ada kebenarannya. Tetapi kepimpinan PAS melihat bahawa tawaran kerjasama dengan Umno ini tidak akan membawa PAS ke matlamatnya, sebaliknnya menjadi alat untuk memulihkan semula Umno yang sudah parah itu.
Pada saya, walaupun banyak perkara yang perlu dirunding dan disepakati oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang memerintah di lima negeri, tetapi semua harus faham umur Kerajaan Pakatan Rakyat baru mencapai 100 hari dan amat memerlukan kesabaran komitmen semua pihak. PAS tetap bersabar dengan karenah rakan-rakan yang baru belajar memerintah dan yakin rakan-rakan Pakatan Rakyat tidak memandang sebelah mata kepada PAS. Kesemua pihak dalam Pakatan Rakyat mestilah boleh menerima dan memberi yang penting semua parti mesti setia sebagai rakan pakatan. Ketiga-tiga parti mesti melihat bahawa setiap antara mereka ada wibawanya yang harus dihormati, dengan itu sahaja pakatan ini boleh dipertahankan.
Jika ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat adil sesama senndiri, maka saraf Umno untuk memecahkan pakatan ini akan menjadi seperti menjual buah yang tidak laku dan akhirnya busuk begitu sahaja. Tetapi, jika kita sengaja membiarkan ketidakpuasan hati ahli-ahli dan penyokong-penyokong pakatan di bawah, mungkin mereka akan berubah sikap terhadap pakatan ini. Sebab itu mungkin ada ahli dan penyokong-penyokong bersikap positif dengan desas-desus kerjasama ini. PAS sudah beberapa kali belajar daripada ‘eksploitasi politik’ Umno ini dan adalah mustahil PAS dipatuk pada lubang yang sama sekali lagi. Pimpinan tertinggi PAS sudah bertegas bahawa tidak akan ada rundingan dan kerjasama politik PAS-Umno selagi Umno dengan wajah yang sedia ada. Mursyidul Am PAS sudah bertegas dalam soal ini.
Pada masa ini ahli-ahli PAS atau ahli serta penyokong Pakatan Rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah palsu ini. Ia adalah serangan minda untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan masa depan Umno. Pimpinan PAS amat sedar tentang siuman atau tidak untuk menerima kerjasama ini. Kalau kita percayakan khabar angin ini, maka kita seolah-olah tidak siuman sebenarnya, bahkan Umno sendiripun tidak siuman jika terus mewar-warkan berita palsu ini. Bukan PAS namanya jika kita meninggalkan harapan besar rakyat, kerana mengejarkan pangkat dan wang ringgit yang ditaburkan. Lebih tidak siuman jika kagum dengan dunia sehingga melupakan perjuangan panjangnya. Adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat yang dibinanya dan ‘memuziumkan’ Umno bersama kebobrokannya.
YB Hj Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sultan Perak rasmi sidang Dun
Tue | Jun 24, 08 | 2:58:09 pm MYT
IPOH, 24 Jun (Hrkh) - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengingatkan rakyat supaya pandai berjimat serta dapat membantu kerajaan berusaha mengatasi krisis kekurangan bahan makanan yang sedang melanda negara.
Baginda menegaskan bahawa krisis tersebut bukan sahaja berlaku di negara ini malah ia juga terjadi di seluruh dunia.
Justeru, nasihat baginda kepada rakyat, jangan salahkan sesiapa tetapi rakyat harus sentiasa berhati-hati berbelanja dalam menyediakan makanan seharian.
Titah baginda lagi, memandangkan dunia sekarang dilanda krisis makanan, baginda berharap rakyat di negara ini dijauhkan tuhan daripada menghadapi masalah ketidakcukupan bahan makanan.
"Beta berharap Kerajaan Perak bersikap proaktif dalam menangani krisis tersebut dengan mengambil tindakan segera untuk mengatasi perkara itu sebelum ia memberi kesan negatif terhadap semua golongan rakyat," seru baginga ketika bertitah merasmikan pembukaan Dewan Undangan Negeri Ke-12 di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) dekat sini pagi tadi.
Tegas baginda, langkah segera lagi berkesan perlu dilakukan bagi menambahkan kawasan tanah sawah tempat penanaman padi terutama di Kerian dan Seberang Perak supaya pengeluaran hasil padi dapat ditingkatkan.
"Potensi penanaman padi dari tiga tan kepada 10 tan sehektar dapat dihasilkan jika dilaksanakan langkah bersungguh-sungguh oleh Jabatan Pertanian Negeri dengan memberikan khidmat nasihat yang positif kepada petani," ujar baginda.
Sebagai fokus utama untuk memastikan dua kawasan jelapang padi tersebut (Kerian dan Seberang Perak) dapat menghasilkan pengeluaran yang tinggi, baginda berharap kerjasama yang berkesan dapat dijalin di antara Kerajaan Perak dengan Kerajaan Persekutuan.
Tegas baginda, peningkatan hasil padi bukan sekadar membantu peningkatan pendapatan petani tetapi turut membantu masalah kekurangan komuniti tersebut.
Sebelum ini keberangkatan tiba Sultan Azlan Shah telah disambut oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, seterusnya melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat yang teridri daripada Anggota Batalion Kedua, Pasukan Gerak Am Kedah. - mns_
“Ini bukan amaran…itu semua orang tahu… itu disiplin parti,”
Jika tumpuan sebelum ini diberikan mengenai cadangan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, sidang Dewan Rakyat yang bermula esok akan melihat satu lagi ujian buat dua Ahli Parlimen SAPP iaitu Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar). Ini apabila kerajaan akan membawa usul mengenai kenaikan harga minyak hari Isnin yang memerlukan semua Ahli Parlimen BN untuk menyokong usul berkenaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah ketika ditanya mengenai harapannya terhadap dua Ahli Parlimen SAPP berhubung dengan usul yang di bawa kerajaan itu berkata beliau berharap mereka akan menyokong usul tersebut. “Saya harap mereka tidak akan mengundi sebaliknya …ini bukan soal harapan sebenarnya tapi ini sudah menjadi parti disiplin,” katanya. Terdahulu dalam sidang media berkenaan, Abdullah turut memberitahu, kerajaan akan membawa usul mengenai kenaikan harga minyak di Dewan Rakyat hari Isnin. Usul berkenaan akan dibawa oleh Menteri Perdagangan dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad. Menurut Perdana Menteri, kerajaan memperuntukkan masa sehari bagi membincangkan usul berkenaan bermula jam 11.30 pagi sebaik sahaja selesai urusan jawab lisan di Dewan Rakyat. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika diminta mengulas perkara yang sama berkata, dalam usul yang penting seperti itu setiap Ahli Parlimen BN dikehendaki dan diwajibkan menyokong usul kerajaan melainkan mereka diberitahu sebaliknya. “Saya saya telah menegaskan perkara ini dalam perjumpaan tadi semua angota Parlimen faham. “Ini bukan amaran…itu semua orang tahu… itu disiplin parti,” ujar beliau. – 22/6/2008
The problem with Malaysia now
The problem with Malaysia now is that the PM is at Ketua Kampung level of thingking. Std Ketua Kampung ni biasa la boleh mentadbir setakat suruh orang kampung tanam sayur, jaga kambing, bela lembu.. dan bersawah padi. Ketua Kampung mana pikir mcm mana nak bawa negara ke pentas dunia.
Najib pun satu hal. Macam kena pegang ekor. Panjat kata orang panjat lah dia .. terjun kata orang terjun lah dia. Kalau sekarang pun dia dah tak boleh kawal keadaan dan jadi pak turut macam mana nak ambil alih pentadbiran negara. Tak payah ada peralihan kuasa. Pilih saja orang lain.
Hari ini SAPP buat hal. Baru berape bulan selepas PRU12. Komponen yg hanya dua kerusi parlimen pun dah berani memberontak. Bayangkan apa akan berlaku sekiranya Pak Lah memegang pentadbiran hingga 2010. Yang menagggung adalah rakyat. Pak Lah hanya tahu menaikkan harga minyak dan mengambil subsidi rakyat untuk menjana projek2 yang tidak mendatangkan faedah.
Baru-baru ini sibuk dengan berita menyampaikan wang kepada bekas-bekas hakim. Akhbar-akhbar membuat liputan meluas tetapi tidak menyatakan berapa jumlah yang diberi kepada bekas-bekas hakim tersebut. Rakyat berhak mengetahui jumlah sebenar kerana wang tersebut adalah wang rakyat. Adakah mereka takut hendak mendedahkan jumlah tersebut kerana ianya terlalu banyak sedangkan rakyat sedang menderita berjimat cermat berbelanja. Sekiranya kerajaan beranggapan bahawa bayaran patut dibuat, sepatutnya kerajaan tidak teragak-agak menyatakan jumlah tersebut kerana tindak itu benar. Dengan menyembunyikan jumlah sebenar memberi gambaran bahawa ada agenda tersembunyi disebalik pemberian tersebut.
Hari ini UMNO masih mempunyai kuasa. Sehari selepas pengumuman SAPP, Dato Yong Teck Lee telah diberitakan disiasat BPR atas kes rasuah. Begitu mudah pada pemikiran saya. Ini menunjukkan betapa bongkaknya kerajaan yang ada sekarang dan kebal dari tindakan undang-undang selagi tidak membawa masalah. Mengapa kes rasuah ini tidak timbul sebelum isu ini.
Usul tidak percaya mungkin tidak menjadi kenyataan kerana boleh ditolak oleh speaker dewan. Walau pun ini tidak menunjukkan sikap demokrasi tetapi ini tidak mustahil dizaman Pak Lah. Ingat lah kuasa yg ada adalah pemberian daripada rakyat yang sentiasa melihat dan menilai. Sekarang mungkin parti komponen ini tidak dpt berbuat apa-apa. Bak kata pepatah bagai timun dengan durian. Jangan lupa suatu hari nanti durian jadi tempoyak mentimun pula yang akan mengganyang durian.
Membunuh dua ekor burung dengan satu batu".
Syed Jaymal Zahiid | Jun 20, 08 8:03pm |
Seorang daripada enam bekas hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988 hari ini mendedahkan bagaimana integriti badan kehakiman telah dicerobohi dengan campurtangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin mendakwa, Dr Mahathir mahu meminta Artikel 121 dalam Perlembagaan Persekutuan - satu peruntukan mengenai pemisahan kuasa antara badan perundangan, badan kehakiman dan kerajaan. "Saya rasa beliau mahu memerintah seperti seorang diktator. Beliau (Dr Mahathir) sudah pun mengetuai badan perundangan (dan) beliau mahu badan kehakiman juga diletak di bawah kuasanya. Itulah niatnya," kata Azmi. Beliau berkata, Dr Mahathir sebenarnya sangat bijak "membunuh dua ekor burung dengan satu batu". "Saya kata begitu kerana apa yang beliau lakukan sangat bijak kerana beliau mahu meminta perlembagaan dan meletakkan badan kehakiman di bawahnya," tambah Azmi. Azmi memberitahu pemberita demikian selepas menerima bayaran ex-gratia yang disampaikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Zaid menyerahkannya kepada Azmi di rumah bekas hakim tersebut, dekat Jalan Ampang di Kuala Lumpur hari ini. Mereka berdua bagaimanapun enggan menyatakan jumlah yang diterima itu. Berbalik kepada Dr Mahathir, bekas hakim itu juga berkata, ketika waktu kritikal pada 1988, Dr Mahathir sedang menghadapi satu kes di mana 11 penyokong Tengku Razaleigh Hamzah, yang mencabarnya bagi jawatan presiden, telah membawa perkara itu ke mahkamah. "Itulah sebabnya beliau mahu badan kehakiman diletakkan di bawahnya. Saya pasti beliau tidak akan menafikannya," tambah Azmi. Pertelingkahan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh kemudiannya membawa kepada pengharaman Umno. Umno baru ditubuhkan kemudiannya. Azmi juga mendedahkan bagaimana penggantungan perkhidmatannya telah membunuh kariernya sebagai seorang hakim kanan. Azmi: Dr M bunuh karier saya "Saya hilang kenaikan pangkat dan kekananan saya bila semua ini berlaku. Ketika itu, dalam hirarki hakim-hakim, saya di tempat keenam bila perkhidmatan saya digantung. "Dan bila saya didapati tidak bersalah (oleh tribunal), saya kekal di tempat keenam dan dinaikkan pangkat ke tempat kelima hanya selama 10 tahun, manakala mereka yang di bawah saya, telah melompat melepasi saya," kata Azmi. Azmi dan lima lagi hakim kanan, termasuk Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas (kini) telah dihadapkan ke tribunal pada 1988 yang berakhir dengan pemecatan tiga hakim mahkamah agung, termasuk Salleh manakala yang lainnya digantung perkhidmatan. Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memulihkan integriti badan kehakiman ekoran tekanan daripada masyarakat perundangan, yang mencapai kemuncaknya selepas pendedahan klip video Lingam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - pada 17 April lalu - berkata kerajaan akan membayar ex-gratia kepada mereka. Zaid juga menyampaikan bayaran tersebut kepada Salleh di rumahnya di Setiawangsa. Semua hakim-hakim lain yang turut terbabit, juga menerima bayaran ex-gratia mereka. Salleh menyambut baik bayaran tersebut sebagai satu usaha ikhlas oleh pihak kerajaan untuk "menamatkan peristiwa krisis kehakiman 1988 yang memalukan itu". "Walaupun sukar bagi sukar kreajaan untuk memohon maaf sepenuhnya dalam keadaan politik sekarang, bayaran ex-gratia itu merupakan satu kompromi dan mencerminkan keberanian kerajaan untuk berbuat demikian," kata bekas hakim negara itu. Sementara itu, Zaid berkata kerajaan mesti belajar daripada apa yang telah berlaku. "Satu daripadanya ialah prinsip pemisahan kuasa di mana tiada campurtangan dalam badan kehakiman oleh pihak eksekutif, mesti dihormati dan kerana itulah saya mencadangkan kabinet mengembalikan semula Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan. "Jika kita dapat lakukan ini, maka ia bermakna prinsip yang Azmi dan Salleh cuba pertahankan pada 1988 akan mencapai objektifnya. Kita tidak mahu seorang diktator memerintah negara ini di mana beliau seorang sahaja yang boleh mengatur segala-galanya. Kita mahu badan kehakiman mempertahankan demokrasi," kata Zaid. Katanya, perkara kedua yang perlu dipelajari ialah mempunyai hakim-hakim perlunya berani dan berhemah tinggi yang integriti mereka tidak dapat dipersoalkan. |
Akhirnya seperti yang dijangka, Zaid dipecat dari UMNO. Tun juga pernah dipecat pada tahun 1969 dahulu kerana mengkritik UMNO. Tapi kes Zaid agak berbeda dari Tun, kesalahannya bukan kerana mengkritik UMNO tetapi kerana menghadiri Kongres PKR. Saya sendiri tidak tahu mengapa bagi orang politik mereka dihalang untuk berinteraksi dengan pihak-pihak lain di luar garisan parti mereka.
Saya tertanya-tanya mengapa politik kita menjadi seperti itu, bermusuh tidak habis-habis. Di satu pihak pemimpin kita menganjurkan rakyat untuk bersatu tanpa mengira perbedaan anutan politik. Tetapi mereka sendiri nampaknya cakap tidak serupa bikin apabila tidak membenarkan ahli UMNO menyertai persidangan parti lain. Kontras sungguh. Murid diminta kencing duduk, tetapi guru pula kencing berlari-lari keliling padang.
Nampaknya pemimpin-pemimpin kita ini jenis manusia yang menganjurkan permusuhan sampai ke liang kubur. Saya tidak nampak apa salahnya hadir kongres atau persidangan parti lain. Malah jika pemimpin PKR, PAS dan DAP dijemput ke Persidangan UMNO sekalipun, bagi saya mereka perlu pergi. Pergi bukan bermakna untuk menyertai parti lain, tetapi sekadar sebagai pemerhati. Apa salahnya melihat dan mendengar pandangan yang berbeda bagi mengukuhkan tahap ketulusan kita? Dalam hal ini nampaknya rata-rata orang kampung lebih bijak dari pemimpin kita. Orang kampung bila kenduri semua dijemput tanpa mengira fahaman politik mereka. Begitu juga bila ada kematian, seisi kampung hadir tanpa mengira dia penyokong parti mana.
Tetapi pemimpin politik kita menganut mazhab politik yang berbeda dari orang kampung. Apabila Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buluh dulu saya tidak tahu sama ada bekas hulubalang Anwar yang ketika itu menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri ada datang melawat dan bertanya khabar. Begitu juga ketika dia mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur, tidak tahu saya sama ada orang kuat BN yang merupakan sahabat Anwar dulu ada yang berani mengunjunginya. Dan apabila Tun Mahathir terlantar di IJN, saya juga tidak tahu sama ada pemimpin PKR ada mengunjunginya, walaupun terdapat pemimpin PAS yang berbuat demikian.
Begitu juga keadaan di Parlimen. Sokongan dan bangkangan terhadap sesuatu perkara bukan berdasarkan isu yang dibangkitkan, tetapi siapa yang membawanya. Jika isu itu dibangkitkan oleh PR, baik bagaimanapun isu yang dibawa namun Ahli Parlimen BN tidak akan menyokongnya. Begitu juga sebaliknya jika isu yang dibangkitkan oleh BN, Ahli Parlimen PR pasti enggan menyokongnya..
Di Amerika Syarikat perkara seperti ini tidak terjadi. Sebaik sahaja Clinton tewas di tangan Obama, beliau terus berkempen bersungguh-sungguh untuk kemenangan Obama. Begitu juga apabila Mc Cain tewas di tangan Obama, dia pergi menemui Obama untuk menyatakan sokongan bagi membina sebuah Amerika yang baru tanpa mengingati permusuhan kelmarin.
Mungkin kita belum semaju Amerika, walaupun pemimpin kita bercakap minda kita sedang dipacu ke arah itu. Tetapi jika fikiran pemimpin kita tidak kira BN mahupun PR masih di takuk lama - di takuk bermusuh hingga ke liang lahad - maka banyaklah masa kita untuk berbincang soal politik sahaja. Lama-lama rakyat akan menjadi makin muak dengan politik anutan pemimpin politik kita, politik pecah belah yang mereka seringkali meminta rakyat jangan melakukannya.