TERBARU: Tun Dr. Mahathir Mohamad hari Sabtu mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menyiasatnya ekoran laporan inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai video V.K. Lingam.
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau sedia untuk didakwa di mahkamah kerana kesempatan itu akan digunakannya untuk membela diri di samping mendedahkan hal-hal lain yang termasuk para hakim yang melobinya.
Beliau juga sedia menerima sebarang keputusan dan redha jika didapati bersalah di mahkamah daripada 'dibicarakan' dengan cara-cara lain.
Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, jangan pula selepas kerajaan membuat keputusan siasatan dibuat tetapi akhirnya didapati tiada kes pula.
Ini kerana katanya, akan ada pula tuduhan beliau melobi agar tidak didakwa di mahkamah. Dr. Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan seorang peserta pada forum mengenai pilihan raya umum ke-12 di Johor Bharu.
Menjawab soalan mengenainya dalam sidang akhbar kemudian Dr Mahathir tidak melihat sebnagai satu kesalahan sesiapa saja melobi untuk tujuan apa sekalipun.
Katanya semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu macam-macam orang datang melobi untuk berbagai tujuan.Ini,katanya kerana akhirnya beliau membuat keputusan sendiri berasaskan pertimbangannya sendiri.
Katanya kalau melobi satu kesalahan maka ramailah orang yang akan kena tangkap.
Diminta mengulas lanjut mengenai kenyataanya bahawa ada juga para hakim yang melobi,bekas Perdana Menteri itu kata hal itu akan diceritakan di mahkamah kelak.-17/5/2008
Ketua Polis Daerah Bentong: Dua Laluan Di Genting Highlands Masih Lagi
Ditutup Dan Dikawal 24 jam
-
*BENTONG: *Jalan ke Amber Court dan Ion D'element, Genting Highlands yang
terlibat dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Jumaat lalu masih ditutup
kepada...
2 days ago
No comments:
Post a Comment